Saturday, November 22, 2008

MENYAHUT CABARAN SENARAI KESYUKURAN

    This time saya sahut cabaran senarai kesyukuran si Hanis.


  1. Saya bersyukur saya mempunyai blog untuk letak senarai kesyukuran :p
  2. Saya bersyukur nama saya Liana Ezzana. Cikgu-cikgu sekolah sukakan nama saya. Saya kembang.
  3. Saya bersyukur emak saya tak jadi nak menamakan saya Lily Shadoris. (nama tu tiada maksud rasanya).
  4. Saya bersyukur saya mempunyai kaki yang panjang.
  5. Saya bersyukur saya tinggi. (eh, Hanis baru sahaja memintas saya minggu lepas..ala..2cm je.. :p)
  6. Saya bersyukur saya pandai main futsal. (defend je..position lain tak reti..hahahh)
  7. Saya bersyukur saya sudah tidak tomboy lagi. Bolehlah saya pakai high-heels.
  8. Saya bersyukur saya tidak cacat fizikal dan mental.
  9. Saya bersyukur saya berada dalam keluarga yang bahagia.
  10. Saya bersyukur bapa saya kelakar.
  11. Saya bersyukur emak saya pandai masak.
  12. Saya bersyukur adik-beradik saya ramai.meriah.kecoh.riuh.hiruk pikuk.hingar bingar.
  13. Saya bersyukur kucing-kucing saya dapat survive dalam keadaan di atas.
  14. Saya bersyukur saya tahu goreng ayam sedap.
  15. Saya bersyukur adik-adik saya sukakan nasi goreng saya. Jadi bila saya malas, saya masak je nasi goreng.
  16. Saya bersyukur saya Islam. (ok tiba-tiba serius)
  17. Saya bersyukur saya tidak racist.
  18. Saya bersyukur saya tidak gemuk dan tidak kurus.
  19. Saya bersyukur saya tidak allergic terhadap makanan yang best seperti seafood, ayam dan lain-lain.(saya allergic terhadap kobis..tapi takpa..bukan best pun :p)
  20. Sayabersyukur saya tidak hisap rokok/ganja.
  21. Saya bersyukur saya dapat nombor satu dalam peperiksaan pertengahan tahun semasa darjah satu. Inilah kali pertama dan terakhir.Haha.
  22. Saya bersyukur saya selalu kena rotan di sekolah. Sekarang saya dah lali dengan hukuman rotan. Tak herannn..(eh tapi kalau yang rotan kat penjara tu mestila tak lali langsung! tak mau..takotttt!)
  23. Saya bersyukur saya takut dengan azab tuhan..takottt...eh jom sembahyang!
  24. Saya bersyukur saya pernah gagal ujian jalanraya kerana signal. Sekarang asyik nak signal walaupun tak perlu.
  25. Saya bersyukur saya pernah mempunyai peta negara asing di belakang seluar. Bukan semua orang dapat pengalaman ni tau.
  26. Saya bersyukur rambut saya lebat atau banyak menurut pekerja-pekerja salun berbangsa cina.
  27. Saya bersyukur kalau ada orang jealous sama saya. Maksudnya saya lebih bagus daripadanya. (sebab kalau saya tak bagus, buat apa orang nak jealous kannnnnnn)
  28. Saya bersyukur adik saya Khairi sekolah di Sabak Bernam. Di sana ada banyak barang menarik dan murah. Shopping!!
  29. Saya bersyukur ahli keluarga saya dan juga Nazmin tahu saya pemborong ubat nyamuk ;).
  30. Saya bersyukur saya masuk matrikulasi. Matrikulasi menjadikan saya seorang yang extrovert. (yeke?ke extravaganza?)
  31. Saya bersyukur terima tawaran kursus Ukur Bangunan di UiTM Shah Alam.
  32. Saya bersyukur ada kawan macam Nazmin, Nor Syizwani, dan Syafaf Nur.(ni ikut alphabetical order, yang depan sekali jangan perasan).
  33. Saya bersyukur saya jumpa Hery.
  34. Saya bersyukur Hery lelaki yang baik.
  35. Saya bersyukur Hery menghadiahi saya tabung yang sangat gemuk. Saya ada wang simpanan sekarang.(kalau tak, jangan harapla nak simpan...)
  36. -
  37. Saya bersyukur saya organize BISA Dinner. Dari situ saya kenal hati budi manusia.
  38. Saya bersyukur badan saya athletic. walaupun sebenarnya lembik takde stamina :p
  39. Saya bersyukur saya tinggal lagi 1 semester sahaja untuk habiskan degree yang saya rasa macam tak habis-habis ni. Phewwh!
  40. Saya bersyukur kerana saya bersyukur.
  41. Oh ya, saya bersyukur kerana anda berjaya baca list yang mengantukkan ini sampai habis. :D
Alhamdulillah.
Marilah kita bersyukur.



Sunday, November 16, 2008

Ayam KLG



Pada suatu tengahari yang membutakan, emak menyuruh aku masak.
Ayam Goreng.
Perhatian: Ayam Goreng ini rangup di luar lembut di dalam.
Ececeh.


FLASHBACK




Terdapat sebuah francais makanan segera disini yang menarik
perhatian crew kami sewaktu
bejalan-jalan di sekitar bandaraya ipoh.

(tolong baca macam gaya Mazidul Akmal Sidek. Ok. Plis).

Sebuah ciplakkan KFC, jual ayam goreng juga,
tetapi ayam goreng biasa sahaja. S H J titik.


Aku mungkin dah pernah dengar akan kewujudannya,
tetapi…adik-adikku belum.
Keterujaan mereka memperkatakan tentang restoran itu menyebabkan
perkataan- perkataan seperti

‘lame’, ’bored’, dan sebagainya menari- nari dibibir mereka. WAH!


OK.FLASHBACK TAMAT.



Sebenarnya ada niat nak cakap ayam gorengan aku sangat sedap.

Bawah sikit je dari KFC. Hahahh.

Satu rumah memperkatakan tentang kesedapannya hingga

adik aku menggelarkannya Ayam KLG.

Jangan tertipu. Mereka tak pernah rasa pun Ayam KLG.


Yang buat aku terharu sangat-sangat ialah

Ayam KLG tu..


Ayam Kakak Liana Goreng.


Sobs. :’)