Wednesday, July 1, 2009

PROFESIONALISME

Pernah dengar orang cakap kena ‘aim’/kena ‘mark’? Atau anda pernah kena ‘mark’? Pertama kali saya dengar perkataan ini bila saya sendiri kena mark. Dengan siapa? Sebab apa?


Prof Ezanee: Awak student BS ke? Part berapa?
Liana: Ye saya. Part 4.
Prof Ezanee: Come ikut saya. (sambil memberi isyarat tangan)
Kami pun berjalan masuk ke sebuah kelas. Kelas dipenuhi student beliau. Senior-senior saya.
Saya? Mestilah berdebar.
Prof Ezanee: Kenapa rambut awak merah?
Mana ada merah? Blonde lah! (Tapi ni cakap dalam hati je la..hehehh)
Liana: Sebab saya colour.
(gila gamble aku jawab sambil senyum)
Prof Ezanee: Siapa nama awak?
Liana: Liana Ezzana
(seronok tak nama kita lebih kurang sama..hahahh)
Prof Ezanee: Sekarang macam mana nak buat ni?
Liana:?? Kalau nak hitam, colour je la balik.
Prof Ezanee: Boleh colour balik? Kalau macam tu bila awak nak colour hitam?
Ceh menyesal la pulak cakap boleh hitamkan.
Kalau tahu cakap je ni permanent dah tak boleh buat apa-apa.
Kan?
Liana: Okla sebelum final exam saya hitamkan balikla..
Prof Ezanee: Ok, Kalau saya tengok awak tak hitamkan balik..saya ambil tindakan tatatertib. Tulis nama dan nombor matrik kat sini.

Menulis dengan jujur sambil fikir gila sayang nak hitamkan balik. Baru je seminggu colour. Student course lain colour rambut tak kecoh pun. Tapi saya tak hitamkan rambut, pergi kelas saya pakai tudung..hehe.

Sejak itu, senior-senior cakap beliau dah ‘mark’ saya. Sebab beliau selalu tanya pasal saya kat mereka. Saya agak kisah. Sebab kalau Part 6, confirm ada subjek beliau. Kenapa saya kisah? Sebab beliau memang prof yang hebat. Sesiapa yang beliau tak suka..memang habisla..pandai atau rajin macam mana pun..takkan dapat result bagus punya.. Lecturer-lecturer pun banyak tak puas hati dengan beliau..tapi nak buat macam mana..terpaksa akur..sebab beliau senior lecturer dan pengasas Building Survey malaysia kot! Student tak payah cakapla..boleh kata 99% bengang dengan beliau. Lagi 1%? Kurang normal la kot.

Beliau selalu cerita tentang kehidupannya semasa menuntut selama 5 tahun di Scotland. Oleh itu beliau merasakan, beliau lah orang yang paling mahir berbahasa Inggeris di fakulti.
Minus point- sometimes dia make fun of students yang kurang mahir berbahasa Inggeris.
Plus point- beliau selalu betulkan pronunciation student. Sampai kadang-kadang agak menyampah..contohnya..saya sebut Hotel Concorde sebagai “kongkord”. Tapi telah dibetulkan oleh beliau dengan sebutan “kenkerd”. Bagaimanakah sebutan anda pula?

Selain kehidupan di Scotland, kehidupannya semasa muda juga amat dibanggakan. “ Saya dulu gangster, suka bergaduh. Lagi-lagi kalau tengah main bola. Dulu time belajar rambut saya panjang, saya pernah hisap ganja, main perempuan..semua kaum saya dah try.Bapok pun saya layan. Tapi sekarang saya dah insaf”. Seorang senior saya mengatakan, semasa dia belajar diploma beliau cerita benda ni. Sambung degree..cerita lagi..sambung master pun beliau buka cerita yang sama! Mungkin beliau bangga dulu beliau budak jahat. Dan sekarang beliau bangga beliau dah insaf.

Case 1: Bapa kepada seorang senior course saya merupakan seorang bekas dekan di FSPU. Semasa perkhidmatannya sebagai seorang dekan..anaknya sedang menuntut ijazah tahun kedua dan salah seorang pensyarahnya..of course Prof Ezanee. Pada suatu hari, dekan mempunyai perselisihan faham dengan Prof Ezanee. Ketegangan antara mereka menyebabkan..anak dekan menjadi mangsa. Anak beliau mendapat Gred E untuk subjek Prof tersebut. Bayangkan..gred E..macam langsung tak pergi kelas..atau langsung tak buat assignment atau pergi exam tapi tak jawab apa-apa kan? Sedangkan..rakan-rakan seperjuangan anaknya yang satu kumpulan buat assignment sama-sama..dapat gred A.

Case 2: Senior saya lagi. Boleh saya sifatkan beliau sebagai seorang yang pintar. Kelulusan diploma in Architecture, pernah bekerja di architecture firm for 3 years.. Sangat up to date dengan latest construction technologies, kemahiran berbahasa inggeris? Muet band 6. Note prof ni tak pernah berubah daripada tahun 90-an lagi..so dalam class always argue dengan this student.

One fine day..

Prof Ezanee: Awak ada cari note yang saya suruh?
Student pintar: Tak
Prof Ezanee: Kenapa tak cari? Kalau saya buat test baru tahu!
Student pintar: Kalau prof nak buat, buatlah..saya jawab je.
(amboi amboi amboi mentang-mentanglah kau pintar)

***Silence***

Prof tu tak buat pun test, dia ugut je. .and of course this particular student kena aim!
He got C for Maintenance & Facilities Management. The same goes to me T_T .
Hancur luluh rasa hatiku. Target A dapat C. Impian nak dapat dean list lagi..punah.

Tapi berita baik kepada student yang berasal senegeri dengan beliau okeh! Kalau tak buat assignment ke, pasif dalam kelas ke, tak datang kelas atau tak tahu sepatah haram English pun takpe..you all akan lulus dengan cemerlang punya!



p/s: Tahniah kepada pemenang..eh yang dapat result bagus sempena peperiksaan baru-baru ini. Especially to adik saya Hanis, that was a great start. Keep it up!