Tuesday, April 21, 2009

COMING SOON

Dalam kesibukan mengejar dateline, aku sempat juga mencuri masa untuk relaks. Kenapa ayat aku macam segmen Remaja Minggu Ini? OK. Zaman remaja kau dah habis, Liana.

Movie Coming Soon ini mungkin dah seminggu ditayangkan. Tertarik dengan cerita ni apabila tengok iklan dia. Masa tu sedang tonton cerita Street Fighter, Legend of Shun Li. Iklan dia yang horror tu buat aku dan Mr L.O.V.E teruja.




Pengarahnya Sophon Sakdapisit, dimana beliau juga yang menulis screenplay untuk Thai horror "Alone" dan "Shutter".



Cerita Coming Soon ni mengisahkan tentang
err..

(kamu tahu tak aku tak reti nak tulis sinopsis, kalau aku tulis juga nanti aku tertulis sekali dia punya klimaks pastu tertulis ending..habiss2..~)

Apa yang mami nak habaq sebenaqnya, cerita ni best!

Seram ke tak seram kalau kau rasa kau bawa backpack..sedangkan kau sebenarnya tengah gendong hantu perempuan tua..lepas tu kau j..
Ok cukup la Liana.


Siapa yang belum tonton sila pergi sekarang juga sebelum adik perempuan kamu annoying balik rumah terus nak cerita apa yang dia dah tengok siap dengan ending sekali.



Thai horror movie beb!





p/s: Tayangan di TGV sampai 22 April je, GSC sampai 29 April, ada yang 28 April. Tapi GSC Mid Valley sampai 24 April.

Saturday, April 11, 2009

MALAM BERSAMA RAHIMAH RAHIM

*Semasa menulis entri ini, aku ada 2 assignments, 1 practical report dan 1 Muar conservation master plan untuk disiapkan.
Isnin, 06.04.2009

7.45p.m

Liana Ezzana baru pulang dari Mandarin language oral test.

8.30p.m

Belek-belek info untuk buat practical training report. (ehem, sebenarnya kena hantar Jumaat lepas).

9.00 – 10.00 p.m (around that time lar~)

Text message received. From: Sr. Syafaf

“Dah terlupa pulak pasal assignment. Aku dok sibuk fikir pasal baju untuk Malam Pra-Graduan. Hari rabu!! Tema dia natural”.

(Dah delete mesej tu. Tapi lebih kurang macam tu lah bunyinya)


Replied:

“Hari rabu ni ke? Mana kau dapat tahu ni?”

Text message received. From Sr. Syafaf

“Ab baru bagitahu aku, itu pun sebab Encik Zul kata Building Survey takde wakil”.

Hurmm…macam mana ni? Sungguh last minute pemberitahuan itu. Natural? Nak kena pakai baju warna beige ke?

Ok. Typical.

12.00 a.m

Message sent to Hanis:

“Tolong reply sebaik sahaja anda bangun dari tidur. Rabu ni I have pre-graduation night. Tema natural. Right now, all I can think is nude. Any idea?”

Selasa, 07.04.2009

7.30 a.m

Text message received. From: Hanis

"Go for green! U will outstand everybody!"

Green. Mana nak cari baju hijau? Sekarang tengah pokai pulak..ok kalau ada duit pun, mana ada masa nak carik baju! Assignment beratur minta disiapkan!
Kalau darurat sangat, pakai je lah baju kurung hijau mama. Bisik hati kecilku.

10.00 a.m

Liana: Mama, Liana ada dinner hari Rabu malam. Takde bajulah. Tema dia Natural, nak pakai baju apa ha?

Mama: Pakai lah kebaya hijau Liana. Kan warna dia hijau and coklat. Natural la tu.

Liana: Dah pernah pakai masa dinner semester 3. Lagi pun kebaya tu seksi. Liana ingat nak pakai tudung.

(takdelah seksi mana pun sebenarnya..cuma aku dah tak muat baju tu~wuwuwu..)

Mama: Ala, pakai je dress hitam yang berjela-jela tuh. Pastu pakai tudung hitam. Style~

4.00 p.m

Perjumpaan bersama rakan-rakan di fakulti untuk membincangkan assignment.

Liana: Ab, confirm ke Rabu ni dinner?

Ab: Confirm. Semua final year student wajib pergi. Tema dia ‘Graduan dan Alam’.

Liana: Berbisik di dalam hati lagi~Ok..sebenarnya tema dia ‘Graduan dan Alam’.

Ruslan: ‘Graduan dan Alam?’ So, nak kena pakai baju hijau la?

Ab: A.ah..kau pakai je baju hijau.

Liana: Asyik berbisik dalam hati je~ Jejaka-jejaka yang tidak pernah kisah tentang fesyen ini ingin memakai baju hijau? Kalau pakai baju hijau mestilah tak standout! Pakai dress hitamlah.



MALAM PRA-GRADUAN UITM MALAYSIA
NAME: LIANA EZZANA
COURSE: BUILDING SURVEYING (AP229)
TABLE NO: 25
LUCKY DRAW NO: 230



Pengacara 1: Minta hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan UiTM dihatiku.

Nazmin: Sebaknya..

Syizwani: Ni la kali terakhir kita nyanyi lagu ni kan.

Syafaf: Eh, tak lah. Ni second last. Last nanti kita nyanyi masa konvo.

Liana: *hanya tersenyum sambil cuba mengingat2 kembali lirik lagu itu*



Best of Friends


*Oh gambar yang sedikit kabur disebabkan candlelight mode.




Mdm Zarina & Prof Mohamad




Bila masa diorang ambil gambar ni pakai kamera aku?


Class of April 2009




Kami & Encik Azizan Supardi yang cool bersama Rahimah Rahim


Pengacara 1: Nombor seterusnya..2…3…

Liana: Hah! *tahan nafas..

Pengacara 2: 0!!

Nazmin: Liana!!

Liana: Weh~(sambil kembang hidung)

Liana bangun sambil tersenyum

Pengacara 1: Siapakah pemilik nombor ini? Mungkin boleh angkat tangan.

Pengacara 2: Mungkinkah yang berbaju hitam?

Liana Ezzana pun berjalan ke pentas lalu mengangkat tangan.

Pengacara 2: Ya itu dia..berbaju hitam..

Pengacara 1: Mukanya ada iras-iras Siti Nurhaliza.

Pengacara 2: Kasutnya bergemerlapan ya..

What the..

OK mungkin style aku pada malam tu ala-ala Dato’ Siti..cuma takde jambul je..tapi itu tidak membuatkan muka aku ada iras-iras Siti Nurhaliza kot kan. Walau apa pun..aku sukakan pujian itu..ahaks! Terima Kasih! You made my day Encik Pengacara Majlis.