Thursday, April 15, 2010

Saya Seorang Sulung.

Entry kali ini adalah sempena entry Alisya di sini.

Best ke jadi anak sulung?


1. Kecil-kecil lagi, anak sulung dah diberi tanggungjawab jaga adik. Tak kisah, kau ada orang gaji ke, mak kau surirumah ke, nenek kau jaga kau kat kampung ke...tapi kau tetap kena take care of adik kau..kan.

Kalau mak bapak pergi kerja, aku kena jaga adik, buat susu, bagi makan, mandikan dan lain-lain. Masa aku kecil, kalau balik kampung, aku selalu tak dapat ikut sepupu-sepupu aku merayap disekitar bandaraya Alor Setar. Sebab kena jaga adik. Kalau bunyi je diorang menangis, pasti akan berkumandang di udara..

Mama: "Liana! Tengok adik!"

Kalau adik jatuh..

Mama: “Girl! Kenapa tak tengok adik?”

Liana: “Dah tenung dah ma, tapi jatuh jugak..”

(Eh, boleh ke macam tu..)

Paling tak cool sekali..

Mama: "Liana! Tolong cebokkan Khairi ni, dia berak".

Malu wey, kalau tengah main dengan kawan-kawan kena panggil cebok adik. Serius tak cool.

Khairi dan Imran, you owe me one thousand ringgit for this.


2. Oh, tugas pembantu dapur sudah tentulah aku punya. Dari basuh pinggan mangkuk, ke potong bawang, ke goreng kacang, ke potong timun, basuh cili, kopek telur...eh macam nak masak nasi lemak je mak aku ni :p

Umur 12 tahun aku dah masak sambal tumis untuk makan tengahari wehhh. Okay my point is, Hanis and Alisya, that's why I know what, how, when and where in the kitchen. Kalau mama berniaga, aku jugak lah yang kena ikut tolong dia. Adik-adik duduk rumah tengok cartoon classic! Mungkin sebab tu aku suka kerja buat sales kot sekarang.


3. Kalau bergaduh adik-beradik dah tentu kau kalah bila mak bapak masuk campur. Especially, kalau adik kau tu anak kesayangan bapak kau kan.

I know you are smiling Hanis.


4. Bila dah boleh memandu kereta, kena ambil/hantar adik kat sekolah. Sekolah tak nak kalah, nak sekolah sebelah stadium negara. Ambil/hantar adik kat Sabak Bernam. Ambil/hantar adik kat Segamat. Pergi Tesco beli lauk untuk masak. Pergi beli bungkus kalau tak sempat/malas masak. Kena bawa adik-adik pergi jalan-jalan bila cuti sekolah. Kena langgan majalah Pa&Ma internet sebab adik-adik nak buat folio Kajian Tempatan. Kena pergi CC print kan kerja sekolah adik. Kena beli topap adik masa tengah main futsal. Kena beli manila kad adik masa tengah tengok wayang. Okay over. (-_-“)



Jadi,

best ke jadi anak sulung?


Best!

Sebab sekarang kakak boleh suruh korang semua buat kerjaaa. Yeah!

Hafiz pernah cakap, “Eee, kakak ni..suka hati je nak suruh.”

Hey, aku kan kakak!





p/s: Alisya, anda boleh mencuba bakat dimuka saya.

Wednesday, April 7, 2010

Apabila Lidah dan Perut Bersatu

Kalau tengok cooking show especially License To Grill, mesti teruja kalau dia masak ribs! Macam sedap gila je dia marinate ribs tu kan. Tony Roma's datang Malaysia angkut ribs-ribs dia pulak, lepas tu letak poster besar-besar depan kedai.."World's Famous Ribs". Tak ke dup dap dup dap aku tengok?! Hah apa lagi, mr l.o.v.e la jadi mangsa teman aku makan! (Mangsa bayar sekali kot..hewew)




Appetiser: Chicken in Honey sauce apetah name dia..
amboi3..kat umah tak payah pun pembuka-pembuka selera bagai~




World's Famous Ribs tu...jeng jeng jeng..




Haa..puas hati aku mentanakdarah mentekedarah...memang puas hati! Walaupun harga dia agak mahal, tapi rasa dia memang superb! Berbaloi!



Next review (cewah cewah), Nyonya Colours at The Gardens.
Nyonya Colours ni memang terkenal dengan kiosk-kiosk nya yang jual kuih-muih yang mahal gila sebiji 90sen tu kan. Tapi cafe dia macam kureng la..a big dissapointment sebab masuk dengan harapan menggunung. -_-"




Petang-petang ahad kan, order la Meehoon Siam..masam ya amat!
I should've expected the taste would be like tomyam meehoon (just because the name is Siam?) tapi ni tomyam ke tomsam????(ok tak kelakar)
masam = tak habis makan.





mr l.o.v.e teruja order Bubur Pulut Hitam tapi..
Tawar. Cair. Fail
Macam dia tuang air panas sebelum serve.
mr l.o.v.e = emo




Dah lah kami order Chinese Tea, dapat bubur tawar, meehoon masam.
Kau perli aku ke? Aku bukan diebetic!!
Tiba-tiba emo.





Childhood favourite juga yang dapat menghiburkan I.
Dah gelojoh minum separuh baru nak snap :p




Wajib order setiap kali walau berapa kali pun!





Waffle ni mengimbau zaman kanak-kanak sebab mama
takkan order benda lain kalau kami sekeluarga makan di A&W :)





Ok dah habis.
Kuiz penonton dirumah: Silat lihat garpu betul-betul.
Kemanakah hilangnya sisa-sisa garpu?


Dial 1-800-88-KAUTELANKOT untuk menjawab.








p/s: Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sabtu ni!!
Cuak ni...bayangan muka mak bapak kita yang penuh berharap tu bermain-main di kalbuku!Mohon doa kalian untuk lulus! Ngaaaa...