Tuesday, October 12, 2010

Bunyi-bunyian tengah malam.

Pagi tadi dengar Hot FM Hot Chat. Cerita hantu. Menarik. Especially kakak yang kata nampak 'perempuan' tersengih2 kat bilik bos dia tuh..Uuu..seram you!

Banyak juga pengalaman aku pasal kisah2 mistik ni..tapi mainan perasaan ke hape ke aku tak tau. Paling kuat aku dengar bunyi-bunyian la..dan aku tak harap pun nak nampak 'benda' tu.

Aku ikut mak aku la kalau dengar bunyi-bunyian ni. Kalau harapkan Hanis dengan bapak aku..memang pekak badak. Eh bukan bukan, telinga kurang sensitif. ;p Haha takdelah gurau je, Hanis dengan bapak aku ni penakut yarabbi, walaupun diorang tak pernah kena 'kacau'. Memang lumrahnya macam tu lah, kalau orang yang penakut sangat ni jarang 'kena'. Orang yang berani ni yang 'dia' suka kacau. Mungkin dia nak cabar kot.."berani sangat ke?" bisik jembalang itu (KOT). Tapi bukanlah nak cakap aku ni berani sangat..tak cukup berani nak join pemburu hantu, tidak pula berani untuk face to face dengan hantu.

Mak aku kata kalau tempat2 yang 'keras', memang kita boleh dengar la bunyi-bunyian. Contoh pengalaman beliau, berpuluh tahun dahulu, ditugaskan berkursus di Pusat Putra (ni kot nama tempat tu ;p mama sila betulkan). Tengah2 malam dari dalam bilik kedengaran riuh-rendah orang mengemas di kantin. Tapi bila turun, gelap gelita sunyi sepi. Bila masuk bilik, dengar lagi.

Pengalaman aku pulak, pukul 2 pagi di Kolej Matrikulasi Kedah..(changlun nun!). Terbangun dari tidur sebab rasa nak terkucil. Nak pergi tandas rasa macam lain, tapi tak sampai hati pulak nak kejutkan roommate. Aku pun pergilah tandas sorang2. Masuk tandas bunyi cengkerik. Kuat. Bising sangat. Daripada bunyi tu, automatik kita akan fikir bunyi dari ribuan cengkerik. Memang bingit sangat. Aku fikir, "oh, alam semulajadi.." lalu meneruskan hajat. Setelah selesai, aku pun buka pintu tandas. Terus senyap. Sunyi sangat. Takde satu bunyi pun. Tiba-tiba meremang satu badan. Perghh..aku terus basuh tangan cepat2, tanpa melihat cermin. Aku tahan diri aku dari lihat cermin. Aku memang tak nak terlihat apa-apa yang bakal muncul kat cermin tu! Terus berjalan laju ke bilik, tarik selimut sambil mulut terkumat kamit baca ayat Kursi.

Itulah maksud aku bunyi-bunyian.


Ada pengalaman lebih seram? Kongsilah.






p/s: Cerita pasal matriks, teringat pada suatu malam..aku study, sampai lewat. Pukul 2-3 pagi jugaklah. Dapat SMS daripada seorang rakan, (aku tak ingatlah siapa).

Text message received:

Tengah buat apa? Study ke?
Cu lapar tak. Nak karipap?
Nenek ada bawak karipap.
Sinilah nenek tunggu kat tepi tingkap ni.


Memang mintak kena maki.

Tuesday, October 5, 2010

Tesco dan sekutunya

Tesco & Tesco Extra.

Aku tak puas hati dengan kau.

Buat kaunter sampai 30-40 biji.

Tapi bila aku nak bayar tengok 3 kaunter je buka.

Aku kena beratur panjang.

Setiap kali pergi, aku kena beratur panjang.

Aku tak suka.

Tu je nak cakap.