Sunday, March 4, 2012

Bukan Anak Dara Lagi


Entry ini adalah jawapan kepada pertanyaan Carl S.."Liana, how's life after dah jadi wife orang?"
2nd month jadi isteri orang..agak awkward at times. Paling awkward bila jumpa mak mertua. Asyik nak terpanggil aunty je. Mak mertua pun kadang-kadang “aun..aun..mama..” haaa.
Susah sebab dua-dua pun panggil mama. Seumur hidup tak pernah panggil orang lain mama selain mak sendiri. Tu yang liat sikit tu.
I have two families now. Sebelum bertolak ke Perak, (untuk bertugas) suami sempat berpesan “Tolong tengok-tengok kan mak I”. Haaa..kau..terasa selepuk jatuh kat bahu. Tanggungjawab..tanggungjawab. Amanah dari suami. Nasib baik la Shah Alam – Klang je. Kalau Jumaat di klang, sabtu tengahari dah di Shah Alam. Jadi tiap-tiap minggu pun memang dengan both parents. Alhamdulillah..tiada konflik dilemma dan drama swasta la disitu.
Lagi satu yang awkward bila keluar kena minta izin suami dan bila bergurau kasar dengan suami. “You ni, berdosa tau cakap macam tu dengan suami”. Si suami mungkin sengaja nak kenakan kita, tapi kita yang cuak..”eh, alamak dosa ke?” Haaa..tak sama macam zaman belum kahwin.
Suami pun masih dalam proses mengenali adik-adik aku yang pelbagai ragam. Ada masa, tak kena cara suami terkecil hati, ada ketika pulak, adik pulak merajuk..macam-macam. Kita la tukang jadi orang tengah.
Anyway, despite all that..kahwin itu seronok. Nak keluar dating lewat malam pun tiada masalah. Kalau masa anak dara kan ada curfew :p Kami ni pulak jenis suka holiday, jalan-jalan..macam-macam tempat dah plan nak pergi, baik berdua juga bersama keluarga.
Bila kita kerja kuat sikit, sakit-sakit badan, ada orang tolong urut. Bila lagi nak bermanja kan :) Paling seronok, bila tengok suami berselera makan masakan kita. (Bukanlah nak cakap kita ni masak sedap sangat, tapi..berani dia cakap tak sedap?! HAHAHAH)
Itulah serba sedikit kehidupan selepas kahwin. Hopefully, semua pasangan berkahwin termasuklah kami pun..jangan baru-baru kahwin je loving romantic bagai..dah 10 tahun kahwin ke 20 tahun kahwin ke kenala pandai ambil hati masing-masing :)

PEACE!
2 hari lagi, hari jadi mak mertua. Tak tau la nak beli hadiah apa..2 tahun lepas, (belum jadi mak mertua lagi) saya bagi dia scarf sutera warna kuning. Beli pun rushing masa tu. Tak ingat pun favourite color dia merah. Masa nak bagi tu rendah diri je. Takutla orang tak suka kan. Saya memang betul-betul tak sangka it became one of her favourite scarf. Siap tanya lagi beli kat mana..sebab nak buat collection semua warna.
Tapi sejujurnya, tahun ni macam pening sorang-sorang. Nak beli baju, size pulak tak tau. Perfume lagila tak berani..kang tak suka bau tu dia tak pakai. Gila lame kalau beli scarf sutera lagi. Tapi satu yang saya tahu dia appreciate; orang belanja makan. Bagi la idea sikit nak bawa makan di mana. Eksklusif tapi tak menyebabkan aku terpaksa berpuasa di hujung bulan. :p


p/s: Untuk pengetahuan semua, mak saya Nani Rostam dah menurunkan bisnes Strawberry Moist Chocolate Cake dia yang menggiurkan tu kepada saya. Kek seberat 2kg bertopping sos coklat dan buah strawberry berharga RM85 sahaja! So, siapa-siapa yang berminat..boleh hubungi saya terus di 0126938365. Chiao!

*Okay gambar obviously ambil dari blog mak. Terima kasih mak!*