Wednesday, May 29, 2013

Penghijrahan ini.

Penghijrahan ini.

Tajuknya berat sekali.

Hakikatnya tidaklah seberat itu. Heh.

Namun proses yang berat itu kulalui dengan susah payah.

Dan aku puas dengan hasil penat lelahku itu.

Intro budget puisi namanya.

Nak cerita pasal pindah rumah je pun.

Ko mampu?!


Motif kat sini ialah bukan senang nak pindah antara negeri. Banyak pakai duit, masa dan tenaga. Tetapi, kugagahi jua kerana tempat isteri kan disisi suami. Gituh.

Cari rumah satu hal. Nak kena travel hampir setiap minggu untuk survey rumah. Banyak duit habis atas jalan dan hotel.

Bila dah dapat rumah, travel lagi. Sebab nak cuci rumah pulak. Hotel lagi.

Dah cuci, cat pulak. Memang jenis yang tak boleh terima rumah tu seadanya, mesti nak cat!

Perihal cari perabot toksah cakapla. Penat. Rasa macam, dah muak masuk kedai perabot. Kita ni baru nak mulakan hidup baru, perabot mestilah nak murah. Pastu nak stylo. Camana tuh? Satu Keyell aku cari ok. Ipoh pun dah round habis dah. Alhamdulillah, dapat juga yang menepati budget.

Sesungguhnya, tanpa bantuan suami, ibubapa, adik beradik dan kawan-kawan semua ini takkan mungkin aku mampu lakukan sendiri. Terima kasih semua.



Cat sendiri. Nak patah pinggang woi!




L-shape sofa yang menjadi idaman suami. Dapat free coffee table
Seronok bukan?




Meja kayu jati mak aku bagi. Cermin pula dari adikku Hanis.
House warming gift katanya. Dapat TV baru juga :p




Dinding masih kosong. Pelan-pelan kayuh!




Inilah teratak kecilku. 
Alhamdulillah. 





p/s: Siapa yang baca tajuk atas tu, ingatkan aku berhijrah pakai tudung, angkat tangan! Hahaha.
Doa-doakan ye. InsyaAllah suatu hari nanti :)