Bertangguh-tangguh nak share pasal trip Hatyai ni.
Balik bercuti biasanya memang kerja2 dah sedia menanti gituh.
Anyways, ramai yang DM minta saya share pasal trip Hatyai.
Sebenarnya sebelum pergi, saya pun banyak rujuk blog2 orang lain hehe..
Untuk trip ini, suami saya memilih untuk memandu sendiri ke Perlis. Kami menginap di hotel Sanctuary Garden Hotel di Arau. Ambil bilik 4 orang. Hotel ni sangat basic haha. Macam hostel di pusat sukan kata Alisya. Nak buat macam mana, hotel lain yang berhampiran stesen keretapi Padang Besar dah penuh. Tapi sebab semua kepenatan perjalanan jauh dari Shah Alam kan, tidur lena je hehe..
Esoknya pagi2 pukul 8 dah checkout. Sebab keretapi ke Hatyai bertolak pukul 9.55 pagi. Kita mesti berada di stesen pukul 8.55 pagi. Tiket pun belum beli. Sepanjang perjalanan ke stesen tu memang jalan kosong takda gerai2 ke apa. Jadi bila keluar dari hotel, kalau jumpa gerai jual sarapan teruslah singgah ya, nanti menyesal macam kami hahah. Di stesen pun ada cafeteria jual sarapan, okla ada nasi goreng, mihun goreng, kuih2..tu jela selain roti2 gardenia tu kan.
Pulut ayam ni saya jumpa di gerai luar stesen, tapi kecewa pulut keras sangat hukhuk..
Sebelum masuk keretapi kena beratur di imigresen Malaysia dan imigresen Thailand. Bawa pen siap2 ya jangan jadi macam kami ni, dah nak sampai kaunter masih terhegeh2 isi kad putih tu sebab lambat jumpa pen haha.
Sambil beratur, ada orang tu tangan gatal bukak website PTPTN. Ada glitch rasanya, tiba2 nampak macam blacklisted. Gelabah la member sorang ni buat online payment hahahahah.
Padahal tak blacklist ponnn haha
Inilah keretapi el classico yang kami naik. Open air je.
Selesa. Perjalanan pun cuma lebih kurang satu jam.
Sesampainya di Hatyai, dari stesen minta tuktuk bawakan ke sini. Restoran Salma. Sangat terkenal dikalangan orang malaysia haha. Masa kami sampai tu masih pagi, jadi tak banyak menu yang ada untuk sarapan. Sarapan dia ok la, tapi tak rasa nak datang lagi :p. Ada nasi green curry, roti canai green curry, ada nasi lemak jugak.
Check-in di hotel Diamond Plaza. Hotel lama, tapi bilik dia
cantik dan selesa. Pastel gituh.
Murah je booking guna Agoda.
Memang looking forward nak berurut di Hatyai ni. Rate sana kan murah je.
Service massage dalam hotel ni murah sangat! Tak perlu la cari diluar.
Tapikan...apakan daya takda rezeki nak cuba..tak sempat!
Rasanya tak cukuplah pergi Hatyai cuma 3 hari2 malam.
Datang lain kali kena 4 hari 3 malam lah agaknya hehe..
Kemana-mana sahaja kami naik tuktuk. Dari stesen keretapi ke sekitar pekan Hatyai.
Murah dan sangat senang sebab dimana2 pun akan jumpa tuktuk ni.
Harga biasa sekali naik 20baht seorang.
Kadang2 ada driver yang cuba nasib caj lebih, jadi sebelum naik pastikan tanya harga dan tawar!
Ini adalah tarikan pelancong di Hatyai. Floating market. Sedap2 makanan yang kami cuba.
Nasi goreng sedap, sweet potato ball sedap, padthai sedap, pulut mangga sedap, potato hat pusing2 kat stick tu ponnn sedap. Taip ni buat terliuq ja! Ok tetiba slang perlis ke XD
Sedikit teaser gituh!
Nasi goreng makcik ni sangat sedap!
Camilla paling suka floating market.
Malamnya kami ke Asian Night Market. Tujuan utama kesini untuk makan malam. Review kata banyak makanan halal. Jadi kita terjah! Happening la shopping disini, banyak gerai jual pakaian, kasut, gadjet, tapi mostly memang pakaian.
Ini hasil tangkapan di foodcourt Asian Night Market. Pulut ayam, Padthai, Kerabu megi,
yang lain tu entah apa tak ingat XD. Harga lebih kurang KL kot.
Kerabu megi terpedas didunia. Memandangan berada di tempat orang, memang saya tak berani nak habiskan kerbau megi ni, saya rasa 2-3 suap je. Bukan apa, kita kena berjaga2 karang ada yang perut memulas nak tercir pulak haaa tengah bercuti ni tak sanggupppp.
Memang rasa ralat la tak habiskan. Kalau dirumah pastiku habiskan sampai berpeluh2 ketiak.
Sebab sedappp!
Biasalah pau daddy mainan.
Takda mainan ni mati kutu jugak dia.
Esok pagi sarapan di Chabura dimsum. Memang best! 2 hari sarapan disini. Dimsum dia tak muak sebab portion kecil2 je. Tu yang ambik banyak tu sebab 2 orang dalam gambar ni hantu dimsum XD
Selain dimsum, ada masakan panas macam tomyam, nasi dengan daging goreng dan dessert famous di Hatyai ni, banana pancake. Harga sama macam KL.
Chabura dimsum tu lokasinya luar dari pekan Hatyai.
Lepas melantak, kita kena jalan kaki la cari tuktuk hehe..
Kim Yong market. Ala2 padang besar je.
Tapi unik2 la barangan dia. Sangat banyak sandal fitflop tak ori (opkos).
Bolehlah buat tukar2 sandal kan hehe..
Berdekatan hotel ada showroom Honda motors. Cik abe nak tengokla motor idaman dia kan.
Mestilah frust sebab harganya jauhhhh lebih murah dari Malaysia, tapi tak dapat nak beli hmmmm
Saja ambik video gerai tepi jalan yang sangat menarik.
Tapi tak tak cuba pun sebab dah kenyang hehe..
Ini mini pancake yang sedap, inti kelapa dan manisan lain di Festival City Mall.
Kebetulan ada event apa entah, ada banyak booth di ground floor. Hatyai ni ada banyak mall, kami dapat explore 3 mall sahaja. Setiap mall tarikannya berbeza.
Makan tengahari di Restoran Kelantan. Sedap! Harga KL hehe..
Makanan memang tak murah ya di Hatyai ni. Tapi sedap2..jadi sediakan duit je lah XD.
Berhadapan Chabura dimsum tu ada 7-Eleven.
Sementara tunggu tuktuk kami singgahlah. Ehhh banyak pulak skincare kecil2 ni..
hehe murah jugak, apa lagi kita try jangan tak try! Boleh buat souvenir jugak!
Botol purple dengan biru tu beli di Boots pharmacy di Lee Graden Plaza.
Haruslah kena pau lagi.
Short and sweet note:
- Naik tuktuk kena tanya harga dulu dan tawar. Sekitar pekan Hatyai cuma 20baht per pax. Kalau jauh sikit mungkin dia akan caj lebih sikitlah. Kalau tempat jauh, pastikan masa deal harga anda minta driver tuktuk tunggu anda di destinasi sebab kalau tempat jauh2 tak banyak tuktuk. Nanti kena jalan kaki pulak balik hotel hahaha..
- Bahasa pengantaraan adalah pertama bahasa melayu, kedua bahasa Inggeris, ketiga bahasa isyarat. Pertama kali sampai stesen keretapi, dapat driver tuktuk yang tak faham bahasa asing, jadi saya tunjuk isyarat makan dan sebut Salma Restaurant. Ok dia faham terus, alhamdulillah!
- Tiada masalah makanan halal. Kebanyakkan peniaga memang letak sign halal di gerai/kedai mereka.
Ok itu sahaja perkongsian saya! Weeeeee....