Tuesday, October 12, 2010

Bunyi-bunyian tengah malam.

Pagi tadi dengar Hot FM Hot Chat. Cerita hantu. Menarik. Especially kakak yang kata nampak 'perempuan' tersengih2 kat bilik bos dia tuh..Uuu..seram you!

Banyak juga pengalaman aku pasal kisah2 mistik ni..tapi mainan perasaan ke hape ke aku tak tau. Paling kuat aku dengar bunyi-bunyian la..dan aku tak harap pun nak nampak 'benda' tu.

Aku ikut mak aku la kalau dengar bunyi-bunyian ni. Kalau harapkan Hanis dengan bapak aku..memang pekak badak. Eh bukan bukan, telinga kurang sensitif. ;p Haha takdelah gurau je, Hanis dengan bapak aku ni penakut yarabbi, walaupun diorang tak pernah kena 'kacau'. Memang lumrahnya macam tu lah, kalau orang yang penakut sangat ni jarang 'kena'. Orang yang berani ni yang 'dia' suka kacau. Mungkin dia nak cabar kot.."berani sangat ke?" bisik jembalang itu (KOT). Tapi bukanlah nak cakap aku ni berani sangat..tak cukup berani nak join pemburu hantu, tidak pula berani untuk face to face dengan hantu.

Mak aku kata kalau tempat2 yang 'keras', memang kita boleh dengar la bunyi-bunyian. Contoh pengalaman beliau, berpuluh tahun dahulu, ditugaskan berkursus di Pusat Putra (ni kot nama tempat tu ;p mama sila betulkan). Tengah2 malam dari dalam bilik kedengaran riuh-rendah orang mengemas di kantin. Tapi bila turun, gelap gelita sunyi sepi. Bila masuk bilik, dengar lagi.

Pengalaman aku pulak, pukul 2 pagi di Kolej Matrikulasi Kedah..(changlun nun!). Terbangun dari tidur sebab rasa nak terkucil. Nak pergi tandas rasa macam lain, tapi tak sampai hati pulak nak kejutkan roommate. Aku pun pergilah tandas sorang2. Masuk tandas bunyi cengkerik. Kuat. Bising sangat. Daripada bunyi tu, automatik kita akan fikir bunyi dari ribuan cengkerik. Memang bingit sangat. Aku fikir, "oh, alam semulajadi.." lalu meneruskan hajat. Setelah selesai, aku pun buka pintu tandas. Terus senyap. Sunyi sangat. Takde satu bunyi pun. Tiba-tiba meremang satu badan. Perghh..aku terus basuh tangan cepat2, tanpa melihat cermin. Aku tahan diri aku dari lihat cermin. Aku memang tak nak terlihat apa-apa yang bakal muncul kat cermin tu! Terus berjalan laju ke bilik, tarik selimut sambil mulut terkumat kamit baca ayat Kursi.

Itulah maksud aku bunyi-bunyian.


Ada pengalaman lebih seram? Kongsilah.






p/s: Cerita pasal matriks, teringat pada suatu malam..aku study, sampai lewat. Pukul 2-3 pagi jugaklah. Dapat SMS daripada seorang rakan, (aku tak ingatlah siapa).

Text message received:

Tengah buat apa? Study ke?
Cu lapar tak. Nak karipap?
Nenek ada bawak karipap.
Sinilah nenek tunggu kat tepi tingkap ni.


Memang mintak kena maki.

46 comments:

Yumiko Yasuo said...

hehehe masa kat matriks UPM kawan satu bilik pegi toilet ngan I pepagi buta subuh alam ... tapi sebenarnya I tengah terbongkang baik punya tido ... lepas tu kalo nak pegi toilet mesti buat rombongan cik kiah ... seriau dah

anata said...

memang seram dgr hotchat pg tadi kan huhuhu..

ms dok kat hostel dulu mcm2 benda paranormal jd..

sy xpnh nmpk,alhamdulillah...tp pnah dgr..katil sy tepi tingkap dkt balconi.tdgr bunyi rantai mcm rantai banduan pakai diseret...sreet sreet...kuat gile..

Sofea said...

relaks la sis, mungkin cengkerik tu dah tido time tue.. think positif.. baru tak takut..

Kekna said...

mungkin jugak ketua cengkerik bagi arahan kat ribuan cengkerik tu kan..

Ketua cengkerik : "okeh semua,dah masanya kita tidur..1..2..3! zzzzzzzzzzz"

Mcjust said...

tak penah lagi kena kacau setakat ni.. errrr seram!

suzzsuzie said...

kat rumah sy dulu pun mcm tu jugak..maid slalu dgr org dok panggil2 dia...hubby pun nmpak ada org dok depan pintu bilik...masa nak naik tangga ke tingkat atas, my soter pnh nmpak ada org dok atas kerusi..seram...now sdah dok rumah lain..tak sanggup

Anonymous said...

pengalaman sendiri, bila ternampak orang berdiri, pandang straight ke mata, padahal masa tu kat tingkat 3. tak macam ape pulak terfikir org bunuh diri ke segala.

beL cLoud9 said...

xpenahla pulak dgr ke nmpak ke.kalau mimpi banyak kali la.hehe

masa kecik dulu mak kata, ko xkena kacau sb ko da jadi geng dia sb masa kecik dulu malas solat hehehee

p/s liana, msg tu mmg seram dowh.sb masa blaja dulu, mmg banyak citer2 cmtu.seram seram.mmg liana patot sekeh pala mmbe tu.ehhehee
(tp rasa cm nk anta msg cmtu kt mmbe jek.hehehe)

Azean Azman said...

Pengalaman baru sampai kat hostel kakak di Johor. ( hostel pekerja kilang ).. tengah menunaikan hajat kat dalam tandas..dengar suara perempuan baik punya sound macam dari atas atau sebelah tak ingat.."Ehh..muka baru?..bila sampai?"..

Waktu tu tak takut.. sebab mati-mati ingat ada kawan kakak yang baru sampai, mungkin lalu depan tandas kot.. tapi bila dah keluar tandas, tengok takda satu orang pun kat luar. Pintu rumah semua terkunci.Jadi memang patut tiada orang masuk

Terus tanya kakak, "Ada orang masuk rumah ke tadi?".. kakak cakap takda sapa2 pun... terus storylah apa yang didengar dalam tandas tadi.. Kakak takda komen apa2..mata dia saja yang besar huhuhu..

a l i said...

semalam aku pergi mandi sungai dengan kawan-kawan,kawan aku seorang je,kamal nama dia,yang lelain aku tak kenal,sungai tu cetek tapi air dia kaler ijau-ijau,cantik.takda orang selain kami kami,nak masuk kena bayar rm5 kat sorang macik tua yang jaga kat pondok dekat dengan rumah dia.

aku pun hairan kenapa pergi mandi sungai dengan kamal dan kawan-kawan.pelik betul acara ini padahal aku dah bertahun tak mandi sungai.tapi sebab air dia cantik sangat dan muka macik tua tu nampak cool walaupun misteri aku layankan aje ajakan kamal tu.

tengah syok-syok mandi tiba-tiba kamal tunjuk macam ada timbul serampang dua mata besar dua jari dekat tengah-tengah tempat kami mandi tu,dengan penuh rasa curious aku pergi tarik dengan berani serampang dua mata tu.....sekali TERTARIK KELUAR TANGAN HITAM LEGAM MILIK MAKHLUK RAMBUT PANJANG MATA MERAH TAKUT NAK MATI SUMPAH TAKTIPUUU!!!

pastu gelap..
aku bukak mata lalu bangun sambung tidur kat bilik emak

ps: mimpi semalam ni sumpah menakutkan,lagi takut dari peristiwa aku nampak hantu 'real' masa zaman tadika dahulu(sebab memori tu macam dah hampir terpadam,yang ni fresh lagi)

anyways,jangan layankan sangat cerita-cerita,movie-movie drama-drama hantu tambah-tambah yang boleh kaitkan dengan persekitaran kita (cth:kalau duduk kat hospital jgn layan cerita suster ngengsot kalau duduk kat kampung ada warung teh jangan layan cerita momok the movie nanti terbayang-bayang nak balik rumah lepas pergi mengaji kan dah takut)oh ni nasihat bagi yang takut aje,yang berani macam aku tak apa(malam ni tidur bilik emak lagi)

pye:rudz said...

saya ada satu kisah yang seumpamanya berkaitan bunyi-bunyian nih. cerita berlaku di zaman sekolah asrama dulu. standard lah katil double-decker. saya katil bawah.

pada satu malam saya terdengar satu bunyi: praakk. lepas tu katil bergoyang-goyang. lanatas saya terus berselubung ketakutan.

sekali lagi bunyi keluar: praakk dan kali katil bergoyang lebih kuat dari tadi dan tiba-tiba dum! dan tubuh saya dicuit-cuit dengan suara: pye, teman aku pegi jamban, tak sedap perutlah.

nota: praakk tadi ialah bunyi kentut bunkmate saya.

sekian, terima kasih.

thoyol said...

ni aku rasa macam wajibalghunnah kena buat ghost hunting trip balik nie..

wooohooo..

aLynNzAmri said...

weyh2...nape xpenah dgr pon pasal cerita SMS tuh.....seram giler..nasib ko xbgtau ak...huuu.....dlu ak pon takot nak gi toilet...nak kejut ko..tp kesian lak..huuu

PjahFzah said...

sy pnah dgr bunyi suara perempuan yg mendayu.. time tu otw blk kg.. jln mmg xde kenderaan..kiri kanan hutan..time tu dah terfikir dlm hati "bhy nyer jln xde org lgsg..kl jadi ape2 mmg xtau nk wat pe la"..
pastu tertido.. sedar2 bunyi suara yg plik.. bunyi "nok balik....nok balik..." sgt mendayu2.. dah cuak..trus angkat badan sikit n amati bunyi tu.. tgk abg kt dpn duk tdo..abg yg drive senyap je.. dah ler dgr bunyi tu tepi pintu kete je.. bace ayat kursi then trus hilang.. oh nasib baik.. tp xciter kt abg..dah sampai umah br berani citer..huhuhu

PjahFzah said...

lg 1 pengalaman.. baru je bbrp mggu lepas.. bilik sy adlh kt blok plg panas kt ukm.. iaitu blok yg sorg student pompuan jatuh bangunan thn lps.. oh sgt dekat bilik ku dgn tempat student tu jth..jd sy mmg b4 kul 4am wajib tdo **sbb ikut citer dak tu jth kul 4 lbh**.. tp aritu tersedar sakit perut..time tu kul 3 lbh ok!!! sgt cuak nk g toilet sorg2, rumate xde plak.. tp pergi jgk.. xpndg cermin dlm toilet la.. then blk bilik xdpt tido plak.. so watch citer korea.. kul 4 lbh dah cuak..tibe2 dgr mcm de org kt blakang bilik.. mcm de org duk jemur baju kt ampaian belakang bilik.. adess.. xkan la de student yg p jemur baju kul 4am lbh kan? logikkah -_-"

gadisshawl said...

hantu mcik karipap!!
HIHIHI...popular gle kat sume matriks la sis..dlu sy stdy kat matrikulasi perak pon ader jugak gangguan cmtuh..
tp cm pelik kn, mcik tuh bleh jual serentak kat semua matriks..byk branch kot hihih..member sy, tgkap bilik dhe kne ketuk lagi n mcik tu tnye " nak..nak lapar x?mcik ade jual karipap ni.."
padahal struktur bngunan hostel matriks mne ader koridor..hihi

laila latif said...

huhu. makcik karipap ni dah femes kat semua matrik la nmpknya. haha. nmpk cam mitos je.

Anonymous said...

hurmmmm crita nek karipap pon ada kat KMPP...dongeng mayB haha

apapun nie crita saya (hostel skolah)
kami 3 org ponteng surau...tapi baik hati baca yassin dlm dorm. tgh baca tu saya dgr bunyi ada benda lari2 kat siling blik (riuh mcm main bola)..saya pndg kwn yg x leh baca dia respond leh dgr n lagi sorang plak rilek jer(mmg die x dgr apapon)..dorm saya tingkat plg atas **pelik sggh... abih baca trus tarik selimut, cucuk earphn kat tlinga

qilarazak said...

penah. mse tu duduk hostel. tingkat 4. ada laa orang lalu dengan slow motion nya. di tingkap. dgn rmbut yg terurai, ckp kat membe. "weyh ada o....." tetiba bereenti kat ctu. then tnye membe "weyh ni tgkat 4 kan?" cz baru teringat duduk kat tingkat 4.

Anonymous said...

Mkcik karipap mmg popular. Mgkin sbb dia dah tmbah bnyk branch kat kolej2 sekitar Malaysia kot.Adalah diingatkan, comment saya ni agak panjang....tp nak jgk share..hehehe.
Btw, since post ni citer pasal paranormal experiences. Kt pon nak share jgk salah satu citer yg dapat tau dari salah satu talk show di Korea...(p.s.of course, mase tu ade subtitle). Berkenaan dgn Hell Tunnel kat area Norwegian, Europe kalo xsilap. Okkay, citer nye cmni....Al-kisah...Si artis cntik korea ni perlu buat satu pengambaran di area2 sekitar Europe dan kebetulan perlu melalui terowong yg dikatakan misteri tu. Terowong tu jadi satu bahan misteri sbb banyak kejadian aneh melibatkan kemalangan dalam terowong tu tnpa sebarang sebab. Berbalik kepada citer si artis ni td. Sebelum krew2 pengambaran dorang nak ke kawasan tu, dorang mesti anta sorang wakil untuk tinjau2 dulu kawasan pengambaran dan mgkin utk uruskan hal2 berkaitan. Contohnye dorang nak anta si Mr A ni. Penduduk2 sekitar dah bagi warning, kalo nak melepasi tunnel tu, baik pergi waktu siang. Tp, sbb Mr A ni jenis xpercaya benda2 tahyul ni, dan atas sbb dia nak uruskan hal cepat dia pon dengan degilnya lalula jgk kawasan tu. Setibanya dia kat tgh2 terowong tu, enjin kereta dia tetibe mcm shaky2 meragam....terberenti. Dia tutup tinkap kereta. Dia mula panik bile teringat balik pesanan penduduk tu. Dan keadaan sunyi tnpa kereta lain. Suddenly, dia dgr bunyi ketukan yg bertalu2 mcm ketuk mtk tolong sesangat. Lagi la dia panik. Dalam masa yg sama cubaan dia utk start kereta sehabis baik tetap diteruskan...dan nasib baik, kereta dia dapat start smula dan dia ape lagi, tekan la minyak smpai abih keluar dari tunnel tu. Keesokkan pagi, dia cube cek kereta dia mane la tau kot2 ade rosak ke ape pasal kejadian smalam. Dan guess what? Dia nampak beberapa kesan tapak tangan pada cermin kereta di bahagian sit belakang. Dia pon nervous balik dan decide utk bawa ke kedai cuci kereta dan mtk org cucikan kereta dia dgn niat dia xmo ingat lagi benda yg jadi tu dan x akan sentuh kesan2 tu. Setibanya dia di tmpat cuci kereta, dia pon arahkan la si pencuci kereta tu utk bersihkan kesan hand prints tu. Tp, dia tgk mamat tu bukak pintu blakang kereta dia. Mr A tnye kenapa? Mamat tu kata, dia kena lap cermin tu dari dalam sbb HAND PRINTS TU DARI BAHAGIAN DALAM!!!!...... Seram x? huhuhu...Lps kt dgr je citer tu, kt jadi tkot kejap.....

Siti Shakinna Chu said...

hahaha,, masa kat matrix macam2 crita paranormal.. paling x boleh blah peristiwa 27.7.. mmg ar.. sume mesti tido awal coz takut pintu bilik kena ketuk oleh pompuan cari anak dia.. hohooo,,

Sharif Azreena said...

dulu kt sekolah asrama plak glemer cite hantu loker. bagun tengah2 pagi buta ada orng bertenggek atas loker cakap... "satu dah bangun... dua dah bangu....."

lily lotus said...

boleh pulak buat lawak bagi kat orang pantun tu? hahaha

Anonymous said...

hihi . saya freshie dekat unisel . baru masuk last june hari tu . saya tak pernah duduk hostel before this . so bila kena duduk hostel for the first time , memang macam macam benda ah terbayang dalam kepala otak ni . dua tiga minggu after orientation week , start la terdengar macam macam bunyi . bunyi orang tarik kerusi meja . bunyi shower terbukak , macam ade orang tengah mandi (around 2-3 pagi) . bila kitorang satu rumah bajet berani pegi check toilet tu , takde sesape pon -________________- kalau kat hostel , time nak tido je cucuk earphone .dengar lagu . sometimes kalau tak berani sangat , bawak tilam bantal sume pegi tido kat bilik housemate . macam kawan saya punya cerita ni , parents dia baru balik dari Mecca , buat umrah . bila mak dia balik tu , mak dia bagi lah sepotong ayat (kira macam ayat pendinding lah) . suruh dia baca dekat hostel dia . one day tu time dia tengah tido dekat hostel , dia mimpi ade nenek tua datang dekat dia marah marah . NENEK TU CAKAP JANGAN BACA AYAT TU DEKAT SITU . DIA TAK SUKA . kawan saya pon tak berani nak baca ayat tu .

Anonymous said...

hihi . saya freshie dekat unisel . baru masuk last june hari tu . saya tak pernah duduk hostel before this . so bila kena duduk hostel for the first time , memang macam macam benda ah terbayang dalam kepala otak ni . dua tiga minggu after orientation week , start la terdengar macam macam bunyi . bunyi orang tarik kerusi meja . bunyi shower terbukak , macam ade orang tengah mandi (around 2-3 pagi) . bila kitorang satu rumah bajet berani pegi check toilet tu , takde sesape pon -________________- kalau kat hostel , time nak tido je cucuk earphone .dengar lagu . sometimes kalau tak berani sangat , bawak tilam bantal sume pegi tido kat bilik housemate . macam kawan saya punya cerita ni , parents dia baru balik dari Mecca , buat umrah . bila mak dia balik tu , mak dia bagi lah sepotong ayat (kira macam ayat pendinding lah) . suruh dia baca dekat hostel dia . one day tu time dia tengah tido dekat hostel , dia mimpi ade nenek tua datang dekat dia marah marah . NENEK TU CAKAP JANGAN BACA AYAT TU DEKAT SITU . DIA TAK SUKA . kawan saya pon tak berani nak baca ayat tu .

IronHeart2204 said...

haha alam misteri mmg smpai ketua pon orang akan tetap bercerita...sbb die MISTERI..makin rase nak taw kan2

Unknown said...

hahaahahha
I do not have anything to share with u
but..about nenek bawa karipap tue...
mmg bengong tol r member u tue..
klu saya baca tgh2 mlm2 buta pun takut gk..
hahahahahhahahhahahahahahaahahahahahahahahhhahh

Raudhah said...

hifazphat::sy pun duduk satu blok dgn awk. tp saya aras atas skali.i bet u mesti aras 3 kan? huhu alhamdulillah sy tak alami perkara2 yg pelik

Izyan Balqis said...

matriks changlun jugak kah?? haha~ mak cik karipap mmg femes di matriks changlun!!! oh tidakk~~

Mia said...

Dah lewat tapi nak cerita juga. Masa tue pergi Langkawi, senja masa tue. Nak sangat terbuang air kecik jadi suruh ayah berhenti kereta. Telinga tengah dengar lagu pakai earphone. Masuk2 toilet macam stok tandas awam ditengah-tengah lot kedai kan, tengok ada 3 perempuan conquer sinki basuh tangan tapi takda pulak I nak angkat kepala tengok muka diorang. Masuk je terus buang air, telinga masih ada earphone so memang tak dengar bunyi pape. Bila keluar dari toilet tengok ayah dah terpacak depan pintu. Dia kata, 'Kenapa awak keluar then masuk balik?'. Then I cakap, 'Mana ada! Memang nie lah baru nak keluar nie'. Dia kata, 'Eh tadi abah duduk dalam kereta nampak awak keluar berlari tau dari side mirror nie tapi tengok tak masuk2 pun kereta, terus dah hilang. Tue yang abah keluar nie nak tengok mana tau kena bawak lari dek mat rempit ke apa'. Sambil tue jalan terus masuk kereta, tanya mama dia pun jawab benda yang sama. Then I tanya diorang, 'Ada nampak tak perempuan 3 orang keluar semua pakai tudung putih? Rasanya diorang takda pun pakai baju merah, ada tak?'. Dua-dua kata takda pun perempuan2 nie keluar dan memang confirm diorang nampak dari cermin yang I keluar dari toilet dengan baju merahnya berlari. Then masing-masing senyap.

Without we all know, ayah I malam tue dia tak puas hati. So, malam tue dia keluar balik pegi dekat kawasan rumah kedai tue. Dia tengok tandas awam tue sebenarnya tak ada. Tak wujud. Dia dah ulang alik berjuta kali dekat situ, tak jumpa langsung tempat tue. Dia hanya bagitau kitorang lepas on the way balik ke KL.

Seram gila kan??? Entah siapa yang menyerupai I pun taktaulah. Tapi bila cerita dekat orang, diorang kat, 'Habis tue kau sebelum tue kencing dekat mana wei??'.

Tolonglah jangan cakap I kencing di tengah padang atas rumput hutan di depan orang ramai -_-

ken said...

saya cuma hairan kenapa hantu2 ni semua hanya muncul di tempat yang sunyi dan gelap...kenapa hantu2 ini tidak boleh muncul dikhalayak ramai??...di tengah pentas anugerah akhir juara lagu misalnya...ataupun ditengah2 padang ketika perlawanan akhir piala dunia...ataupun ketika parlimen sedang berbahas..muncullah dengan wajah yang ngeri dan bunyi yang seram..barulah semua orang boleh takut...

kenapa hantu2 ini hanya suka sorokkan budak2 kecik dan budak perempuan yang sakit mental seperti Balqis sahaja, kenapa dia tak sorokkan presiden Obama ker??ketua polis negara ker atau siti nurhaliza ker??atau mat sabu ker??atau letak anwar ibrahim kat atas kubur ker..atau letak rosmah mansor kat dalam mesin bancuh simen ker??letak najib kat atas syiling ker??

Orang melayu cakap banyak hantu dilautan dan dalam hutan..tetapi saya selalu tengok national geographic..mat salleh menjelajah ke dalam hutan yang paling asli, tebal dan tak pernah diterokai manusia..mereka juga belayar keserata lautan, menyelam ke dasar lautan yang paling dalam...menjelajah kesetiap inci permukaan bumi dan terbang ketempat yang paling tinggi...tapi tak ada satu pun rekod secara saintifik dan ilmiah untuk dibuktikan...kenapa ya??

Saya seorang pemburu dan penggila aktiviti outdoor...masuk hutan seorang diri pada malam hari berbekalkan selaras senapang dan beberapa bahan asas hidup sahaja.. tapi saya tak pernah jumpa hantu...kalau ada bunyi-bunyian atau bayangan2 aneh itu semua adalah adalah boleh dijelaskan secara sains...misalnya bunyi seperti hilaian...kalau org melayu cakap itu pontianak tetapi yang sebenarnya adalah sejenis unggas..saya pernah lihat unggas itu ketika saya berburu di hutan pahang...dan unggas itu nyaris2 makan peluru buckshot...

kadang2 kita akan nampak cahaya aneh seperti bebola api ditengah udara..2-3 kali juga saya pernah nampak didalam hutan...setelah dibuat kajian...rupanya itu adalah tindak balas kimia diantara gas2 lengai seperti argon,neon atau xenon apabila bercampur dengan udara yang lembab..

semasa didalam hutan saya lebih terketar lutut memikirkan pak belang (harimau) dpd hantu...saya lebih takut ditangkap mergastua daripada disembunyikan hantu..

saya selalu juga terfikir samada hantu atau peluru senapang saya yang lebih kuat..tapi tak dapat dibuat ujikaji pasal dia tak pernah muncul dihadapan saya..

kesimpulan disini hantu itu auta...makhluk ghaib seperti jin, malaikat dan syaitan itu ya...tetapi hantu pocong,pontianak dan jembalang itu lebong...

pernahkah kita baca dalam sejarah para sahabat ketika berdakwah terjumpa pontianak yang menjadi cantik rupawan l;alu menggoda mereka? atau sahabat nabi yang terjumpa hantu galah?

kalau ada pontianak yang rupawan cantik jelita saya nak juga..bagi tiga kat saya...satu macam Eva Mendes..satu lagi macam Jesica Alba dan satu lagi macam Natalie Portman...berbaloi-baloi...

kalau kawan saya tanya mana dapat awek ni?? saya boleh cakap ini "pontianak Bhai..baik punya"..

saya juga selalu terbaca tentang kebolehan seseorang yang melawat ke alam ghaib..saya pun terningin nak buat kajian ilmiah tentang alam ghaib..mungkin boleh ambik gambar...atau buat kerjasama MOU tentang perkongsian teknologi persenjataan misalnya, teknologi perubatan, sains dan teknologi..

jangan marah...peace..

Kekna said...

ken..saya ada kawan macam awak..tak percaya pada hantu..teringin sangat nak tengok hantu.

satu tengah malam, dia kat umah sorang-sorang..tengah mandi tiba2 blackout. Dia pun teruskan lah mandi..tiba-tiba..'pelepuk!' ada benda jatuh atas kepala dia..bila dia pegang..benda tu rambut..lebat..panjang sangat..terus meremang bulu roma dia..cepat2 dia keluar pakai baju n terus keluar dari rumah..

Lepas tu dia percaya hantu..hahah..

Anonymous said...

hairan eh? kenape hantu kene pakai baju putih.. kene rambut panjang?

my experience. well actually. experience bebudak satu rumah. kitorang belajar kat UTP. newly developed campus kat tengah2 hutan tepi lombong bijih timah. dalam rumah kitorang ade 12 penghuni + 1 penghuni berwarna hijau suke bertenggek kat tingkap bilik sambil tenung kite tidur. sape yg terjage tgh malam dan nampak dia bertenggek depan tingkap bilik adelah yg paling lucky.

serius shit!

cik Im said...

huhu.. cite antu best2. tp seram. hehe~
dlu dok asrama mmg mcm2 cite antu. sampai xmo la stdy d malam kelam. tp sy xnk cite antu kat asrama.

baru xbape nak baru la. boyfie sy dr shah alam nk blk ganu(btugas d sana). singgah mnum2 kt kuantan(kot). lepas mnum kopi, boyfie ni trus la grak blk ganu. bese la org laki isap rokok dalam kete sambil drive mesti la bukak tngkap en. time tu boyfie prasaan ats jln tu dia 1 kete je. xde kete len yg lalu situ. time tu dh seram sejuk dh. kunun nk tutup tgkap la. then...

toleh sebelah ada orang rambut pjg. bluuup!! cpt2 boyfie bc ap2 th then br nmpk 2-3 biji kete. huhuhu~

aina said...

hai..
akak stdy kat kmk eh? kirenya saya ni junior akak la..tahun 2009. baru je lg. huhu..
nk cte experience kat kmk..
mlm time tu, mmg tgh tdo la kan. then around pkul 2 or 3pagi camtu sy tkejut.
then xleh tdo..duk pusing2 ats katil skali tdengar suara budak2 kecik tgh gelak2 tao. katil sy kat tepi tingkap n bilik sy kat tgkat 2.
tp gelak bdk2 tu mmg jelas leh dgr sbb tgh mlm n snyap.
pnyela tkot then msg my boy ckp eh..ade dgr suara bdk duk gelak2 la kat lua..then die suh tgk.
pekejadah la kan nk tgk. skali nmp bnde bkn2 xke pengsan kat ctu. wuwuuwu..
last2 bace abih2 ayt yg ptot pastu ttp mate rapat2. hahaha..scary la dgr suara bdk2 gtu tgh mlm

Unknown said...

menarik baca kisah2 hantu kat sni..paling best citer hantu Mia kat langkawi tu..


pengalaman saye lak time kat rumah..tido sorang time tu, selalu tido dengan kakak..tapi kakak kat u dia.. so time baring2 tu, baring menghadap sebelah kanan,tiba2 dengar suara kakak dari sebelah kiri(tmpt dia slalu tido atas katil), dia panggil nama saya tiga kali, laju2..saye pon toleh la, x igt ape-ape pon..bila toleh je, baru teringat, mana ada kakak saye..wuuuu~ pastu tido dan esoknya citer kat mak saye.

malam keesokkan pulak, semua org dah tido, time saya baring2 nk tggu tido saya dengar suara laki jerit "ergghh!!" kuat gile dalam bilik...tiba2 je nak marah saye..haha saya wat taktau je..rumah sebelah xde jiran..so bukan dari dinding sebelah..

keesokkan pulak,saye suruh adik laki teman saye tido, dia tido atas lantai je tepi katil saye..dia pulak jenis cepat terlelap dan tido mati..time tido tu tiba2 rasa xleh bergerak..fyi, tiap2 malam sblum terlelap, saya akan berkhayal dan khayalan saya kadang2 menyeramkan dan rasa real, saya cepat2 nak bukak mata, tp xleh, saya try jgk, bila dah bukak mata, badan xley gerak..sains ckp perkara ni adalah 'lumpuh dalam tidor', so tak tau la kan..ok balik kpd citer saya yg adik saya tido atas lantai tu..bila saya jadi mcm tu, saya cuba nak baca doa kuat2 tp xleh, saya try nk sebut Allahuakhbar at least, tp xleh,lepas tu bru terkeluar jugak kalimah tu, dan katil saya ditendang kuat(xtau la ditendang ke ape, tp rasa mcm tu la)!! seakan-akan ada benda marah! mula2 saya xpikir benda tu yg tendang, maybe adik laki saya yg tidur buas sgt sampai tersepak besi katil, jadi saya toleh tgk adik saya, perghhh adik saya kat hujung sana, jauh dari katil..so kompem la benda tu..so sy diam je terus tido..

lepas byk sgt kejadian yg menimpa saya, saya mengadu kat pakcik saya dan dia guna kan ayat2 al quran dan dia selidik bilik saya rupanya mcm btol2 kat port benda tu,(dulu tapak rumah ni estet)..lepas pakcik sy wat ape ntah kat bilik saye,baru xde ape jadi..

pasal matrik canglun pulak, selalu dgr org ckp ada pocong kat bawah blok B kot..saya xpenah la alami yg bukan2 kat situ,cuma kak yana penah dgr tak kes satu bilik kat blok C ni ada org bunuh diri ke ape ntah, so sape2 dok bilik tu kalau buat semak je, mesti benda tu akan kemaskan..syok ek?muahaha

pastu masuk uitm merbok, malam2 takley tido, dgr lagu guna earphone, pasang lagu dan sebenarnya dari yuna..elok start je lagu, part 'oh bulann....' tiba2 ada satu lagi suara ikut menyanyi sama part 'oh bulan tu'...mula2 pikir maybe roomate yg tdo katil tgkt bwh nyanyi,tp ehh aku pakai earphone, mane dia dgr..lgpon dia dh tido mati dh..hehe so saye pon terus tutup lagu tu..esoknye saye tanye die, kot2 mmg die ke nyanyi..tp bkn dia..mulai dari haritu, semua kwn2 saya xberani dgr lagu dan sebenarnya..

hehe sekian tima kaseh..

The Spiral Eyes said...

Rasulullah saw telah bersabda bahawa :

Tiada penularan penyakit,tiada petanda buruk dan tiada hantu jembalang (Sahih Muslim /1489(7;32)

siela said...

hye :) , KARIPAP ? seramnyee ;o

shazlea shayla @ maria said...

hahaha..hantu locker n mak cik karipap memang femes la waktu doj asrama dulu.. mmg laris la bisnes die

himawari said...

hehe..liana! lawak2..silap time matrik dulo kita xkumpul2 sambil crita2 hantu..kita dok kumpul dok tgk crita hantu jaa..haha

mmg sengal tahap tinggi org yg send mesej kat hg mcm tu..haha..saja nk pekena hg org tu nooo..nakai2..

i miss matrix's moments la syg! huhu

Najwaa Annour said...

hahaha memang nak kener maki pown...
pernah satu time 2h...

wak2 2 i dah 2ka bilik dorm dari groundfloor ke tingkat 3..

sedang2 berkemas-kemasan d bilik baru....

tiber2 ader orunk duk melambai lat luar tingkap...

siap tanyer lagih "hai.. pindah bilik baru ker?"

i jawab lah "iyer.. baru pindah bilik"

sekali member i tanyer " weh nih bukan tingkat 3 ker? cam ner leh ader orunk kat luar kingkap.."

aper lagih.. kiter orunk undur pelan2.. then CAAAABUUUT!!!!!

:)

brkn.wngz said...

hey beb. aku pn ingt gk dlu kt matrik.
ko ddk kt tingkat mane ek? 1 blok ngn aku ke x. lupe da aku. hahaha.

Anonymous said...

ken,

cerita sihir banyak zaman Nabi dan para sahabat. Cerita tentang dengar bunyi-bunyian, anjing hitam dan sebagainya. Cerita kena sorok jin pun ada. Banyak.
Paling senang boleh youtube ceramah ustaz kazim elias mengenai jenis2 jin dan gangguan histeria.

Masalahnya ken, anda mungkin "bernasib tidak baik" kerana anda seperti ayah saya juga. Belum berkesempatan berjumpa "mereka" dan hanya dapat mendengar cerita ditokok tambah, yang belum tentu benar. Ayah saya pantang dengar perkataan hantu, mesti dia ke tempat tersebut nak cabar diri-sendiri dan nak jumpa hantu. TAK PERNAH JUMPA.

Sampai umur beliau dah 40-an bila anak2 beliau (kami)dah besar, dia nak tumpangkan seorang perempuan naik keretanya sebab kesian tengok si perempuan jalan sorang2 sedangkan dah nak maghrib. Guess what??

:)

syasyah_biscuits said...

hai. kakak hanis zalikha? saya ex matrik kedah jugak 2years programme batch 2009/2010 n 2010/2011. baru abes. cite pasal makcik nasik lemak kat matrik changlun was like nitemare to me sbb d place diorang state was exactly at mine. scary siott. kak ni ex kmk la ye.. nice meeting u.

adilla said...

salam cik liana...maaf kalau tulisan saya mengganggu dan tak ada kaitan dengan isi blog cik..saya sebenarnya ada tengok gambar cik liana bertunang dlm blog cik hanis..tahniah~ cantik! saya berminat dengan dulang hantran dr pihak lelaki kpd cik liyana..bolehkah saya tahu dimana utk membeli atau sewa? harap cik liyana boleh membantu:) terima kasih

Irfa said...

tetiba bulu roma tegak
huhu