Sejak aku kerja, aku jarang sakit. Sangat jarang. Syukur Alhamdulillah.
Mungkin semangat aku kuat. Semangat nak buat kerja.
Aku akui aku hampir terjerumus ke lembah workaholic.
Aku ingat lagi zaman sekolah menengah.
Kawan aku tanya.."Liana, awak dah besar nak jadi apa?".
Jawabku tersenyum, "kita nak jadi bos". Dari kecil aku selalu berangan, aku bekerja dalam bidang korporat, kalau pergi ofis aku akan fikir nak pakai baju apa.. seluar apa..kasut apa..dan dalam angan-anganku, aku mesti ada bilik aku sendiri..(aku kan bos). Waktu lunch, aku akan suruh office boy belikan aku makanan. Sebab aku tak keluar ofis waktu tengahari. Banyak kerja barangkali.
Gila bukan.
SPM pun belum lagi dah boleh berangan macam ni. Mungkin ini tanda-tanda awal seseorang akan menjadi workaholic.
Tapi disebabkan aku tak sakit, aku tak guna pun medical leave yang diberikan sebanyak 30 hari tu. Kadangkala aku teringin nak berehat dirumah pada hari-hari bekerja. Aku tak nak ambil annual leave, sebab aku nak kahwin hujung tahun. Nak cuti lama. Aku dah ambil annual leave semasa ke Bandung untuk membeli barangan persiapan perkahwinan. Aku juga bakal ambil annual leave lagi untuk ke Jakarta pula untuk membeli baju majlis resepsi di rumah ku. Aku juga dah menghabiskan 2 hari untuk ujian HIV dan melengkapkan permohonan dokumen-dokumen kebenaran bernikah.
Aku stress. Aku penat. Aku perlu rehat. Aku perlu keluar daripada huru-hara di ofis.
Aku tak nak jadi workaholic.
Kadang-kadang..dalam senyap aku berharap agar aku sakit. Bukan sakit teruk. Na'uzubillahiminzaliq. Cukup sekadar demam sedikit. Agar aku ada alasan untuk tidak ke ofis. Skema.
Ah, skema itu bukan aku. Aku terpaksa. Sebab ada seorang bekas Pegawai Sumber Manusia yang sentiasa memantau prestasi kerja aku.
Bapa ku.
Kalau aku lambat ke pejabat, sudah pasti dia bersuara. Apatah lagi kalau aku tidak ke pejabat. Haih.
Tapi hari ini, doa aku mungkin telah dimakbulkan. Aku demam. Aku boleh tidur sepanjang hari. Lagipun, bukankah sakit boleh menghapuskan dosa-dosa kecil? Tidak dinafikan, aku agak gembira.
Tetapi, cukup satu hari. Aku harus ke pejabat esok. Banyak kerja-kerja tergendala disebabkan aku ke luar daerah minggu lepas, dan aku MC hari ini.
Apakah semangat ini?
Aaahhh! Aku tak mahu jadi workaholic!!
Tolong! Tolong!
14 comments:
workaholic tu apaa ??
hey i ada buat entry pasal korea drama. LOL . u addicted ? haha please gimme feedback. nak tahu je
http://bubblechezz.blogspot.com/2011/11/assalamualaikum.html
amik masa untuk rehat.jangan penat sangat.jaga kesihatan.=p
hey kenapa boleh demam? kalau nak mc tanye je aku ape alasan nak bagi kat doktor. aku pakar. next time jgn nak doa2 nak sakit sikit. get well soon my dear. Love you. see you on 26th
betul la Liana...time nk kahwin ni la kita rasa stress to the max!sgala pnyakit nk dtg.get well soon :)
work smart kay..
hai liyana ! im workerholic too... :)
it suppose to be work smart not work hard....
hehehe work smart
akak ni ambik course apa? sos
salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !
kak, choc moist tu 2kgs for RM85-90? murahnyaaa...tapi nampak mewah keknya
Nur deena: berminat ke :)
Berminat jugak. harga ok sangat. ingat nak order untuk anniversary parents raya haritu. tapi susah pulak nak ambik jauh.
Berminat jugak. harga ok sangat. ingat nak order untuk anniversary parents raya haritu. tapi susah pulak nak ambik jauh.
Post a Comment