Tajuknya berat sekali.
Hakikatnya tidaklah seberat itu. Heh.
Namun proses yang berat itu kulalui dengan susah payah.
Dan aku puas dengan hasil penat lelahku itu.
Intro budget puisi namanya.
Nak cerita pasal pindah rumah je pun.
Ko mampu?!
Motif kat sini ialah bukan senang nak pindah antara negeri. Banyak pakai duit, masa dan tenaga. Tetapi, kugagahi jua kerana tempat isteri kan disisi suami. Gituh.
Cari rumah satu hal. Nak kena travel hampir setiap minggu untuk survey rumah. Banyak duit habis atas jalan dan hotel.
Bila dah dapat rumah, travel lagi. Sebab nak cuci rumah pulak. Hotel lagi.
Dah cuci, cat pulak. Memang jenis yang tak boleh terima rumah tu seadanya, mesti nak cat!
Perihal cari perabot toksah cakapla. Penat. Rasa macam, dah muak masuk kedai perabot. Kita ni baru nak mulakan hidup baru, perabot mestilah nak murah. Pastu nak stylo. Camana tuh? Satu Keyell aku cari ok. Ipoh pun dah round habis dah. Alhamdulillah, dapat juga yang menepati budget.
Sesungguhnya, tanpa bantuan suami, ibubapa, adik beradik dan kawan-kawan semua ini takkan mungkin aku mampu lakukan sendiri. Terima kasih semua.
Cat sendiri. Nak patah pinggang woi!
L-shape sofa yang menjadi idaman suami. Dapat free coffee table.
Seronok bukan?
Meja kayu jati mak aku bagi. Cermin pula dari adikku Hanis.
House warming gift katanya. Dapat TV baru juga :p
Dinding masih kosong. Pelan-pelan kayuh!
Inilah teratak kecilku.
Alhamdulillah.
p/s: Siapa yang baca tajuk atas tu, ingatkan aku berhijrah pakai tudung, angkat tangan! Hahaha.
Doa-doakan ye. InsyaAllah suatu hari nanti :)
22 comments:
simple...n cantik sgt... nk tukar cat rumah la cmni.. haha
anyway.. selamat berpindah kerumah baru. xpe penat sekarang..hasilnya berbaloi & puas hati.
Liana, saya angkat dua-dua belah tangan tau! Macam ni ha \(^0^)/
Saya yakin awak dan adik2 mampu, insya Allah akan doakan ia dimudahkan dan diterima-Nya sebagai penghijrahan fizikal dan rohani..
Awak pun kena yakin boleh tau. selamat berumah baru. biasakan baca Al-Baqarah untuk pagarkan dari kemudaratan~
simple je tapi cantik..
liana...dah pindah dekat sana ye?bestnya.lepas nie sy pulak bakal menyusul.memang tempat isteri di sisi suami.semoga pengorbanan yang kita akan lakukan mendapat kebaikan bersama.amin
ye saya angkat tangan.
lawa la rumah..sejuk je..
btw, selamat masuk rumah baru...:)
sejuk mata memandang..nice !
Nice and simple..
cantik...
tema putih
:)
betul, ingat hijrah pakai tudung. insyaallah so soon dear.
http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/05/rawatan-ekzema-10-cara-kurangkan-ekzema.html
Waaahhh..Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan :)
cntik sgt umh.hihihi=)
wah dah pindah seri iskandar @ ipoh? cantik umah...
dear..suka lah rumah u..mind sharing kat mana beli furniture and budget..boleh guna utk reference ;)
boleh tahu pakai cat warna dan jenama apa ya? cantik pulk tgk..:D
jemput datang blog saya Kak Liyana.. banyak entry pasal rumah =)
Apakah perabot IKEA yang paling murah utk dibeli?
YARD - Pilihan menjaga dapur anda!
Tips Mengecat Dapur
Anonymous: Sofa tu beli di dynamic, kg subang. Shah Alam. Tak sampai RM3000 pun. My mom regular customer, tauke bagi coffee table as present :p
Anonymous: Cat pakai Jotun. Cari yang easy clean. Best, kalau comot cuci pakai air je. Warna taktau, tapi ambil colour code di Ikea :)
Cantik rumah akk,
dekat taman botani kan? Boleh la jumpa akak nanti dekat uitm sri iskandar hehe:-)
Kekna, cat dinding umah sama wei. Calit sikit!
Calitttt!
cantik laa umah kekna...
simpel tapi cantik gileee.. hehehe. suka suka
kekna, pindah seri iskandar dah ke? nnt ade jaga2 gym tak? heee. btw, rumah cantikkkk! pandai hias :)
kekna, pindah seri iskandar ke? nnt ade jaga gym tak? heee. btw, rumah cantik! lawa deco :))
Post a Comment