Tuesday, January 21, 2014

Bergurau ada batasnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni genap 38 minggu usia kandungan.

Dan aku dijadualkan untuk pembedahan cesarian lagi 2 hari.

Selepas segala percubaan untuk mengubah posisi bayi menemui kegagalan.

Dia masih di posisi songsang atau breech.

"Liana, jangan risau-risaulah, ini semua kerja Tuhan".

Makcik yang mengurut aku seperti dapat membaca kekecewaan di wajahku.

Apekejadahnya intro sendu ini. Pui!



Okeh! Minggu lepas ada buat ECV iaitu External Cephalic Version. Ini adalah sejenis prosedur dimana doktor pakar akan memusingkan bayi di dalam kandungan dengan menggunakan tangannya. Kalau tak boleh nak bayangkan, boleh tengok video dibawah ni :)


Macam seremmm kan :D


Seperti perbincangan dengan doktor, kadar kejayaan prosedur ini adalah 50-50. Dan aku di persiapkan dengan 3 kemungkinan iaitu:

  (i)   Bayi berjaya dipusingkan ke posisi normal dan jika posisi masih normal selepas seminggu, maka cuma perlu tunggu turun tanda untuk bersalin normal.

  (ii)  Bayi berjaya dipusingkan ke posisi normal, tetapi bayi kembali songsang selepas seminggu, maka doktor akan bagi tarikh untuk pembedahan cesarian.

 (iii)  Semasa prosedur ECV, didapati degupan jantung bayi lemah disebabkan tali pusat terbelit, pembedahan cesarian akan dilakukan serta-merta.


Kebetulan, sehari sebelum doktor cadangkan untuk buat ECV, aku ada la buat research sikit pasal prosedur ni. Bila doktor sebut je, terus aku setuju! Walaupun ada beberapa blog yang menceritakan betapa sakitnya proses ECV ni, aku tak peduli. Sebenarnya, aku taklah heran sangat dengan sakit tu. Yang penting result dia.

Tiba hari kejadian. Perut aku dilumur dengan gel oleh doktor. Bukan doktor pakar. Dan dia seorang yang sangat kasar. Dia cengkam perut aku. Automatik perut aku mengeras. Walaupun dah masukkan ubat untuk relax kan muscle perut. " Awak jangan keraskan perut," kata doktor bukan doktor pakar tu. Aku cuba kawal pernafasan untuk relax. Dia cuba untuk pusingkan baby. Sakit gila dia godak perut aku.

Aku : Aaarghhh.!!
Bukan doktor pakar : Awak sakit ke?
Aku : Sakit.
Bukan doktor pakar : Ok awak relax dulu, bila dah relax saya cuba lagi.
Aku : Ok. (sambil cuba kawal pernafasan dan relaxkan muscle perut)
Bukan doktor pakar : Boleh saya cuba lagi?
Aku : Boleh.
Bukan doktor pakar : (mencuba sedaya upaya memusingkan baby)
Aku : ugghhhhh!! (mengerang menahan sakit)

Aku betul-betul rasa nak jerit " Doktor, stop! Takpe cesar je saya!" Tapi, aku kuatkan mental. "Liana, cesar lagi sakit," bisikku dalam hati.

Bukan doktor pakar : Awak jangan keraskan perut, saya ni nak kena lawan perut awak lagi, nak pusingkan baby lagi.
Aku : (eh, eh marah pulak dia ni). Sorryla perut saya keras secara automatik!
Bukan doktor pakar : (scan baby) Baby awak tak nak pusing la. Ketegaq. Awak nak cuba lagi ke?
Aku: Nak. (nampak tak kuat semangat :D)
Bukan doktor pakar : Ok relax ye, (sambil godak perut aku)
Aku : Ugghhh..(sakit gila wey)
Bukan doktor pakar : (scan baby) Baby awak taknak pusingla. Saya tak boleh cuba lagi sebab bahaya.
Aku : Ok, takpe. (sambil memberi senyuman yang penuh redha)
Bukan doktor pakar : Awak tunggu kat luar nanti saya bagi awak tarikh cesar.

Aku pun keluar sambil muka berkerut-kerut sebab perut aku sakit. Selepas setengah jam menunggu, bukan doktor pakar panggil aku. "Ada seorang doktor pakar yang dapat tahu awak buat ECV, jadi dia nak cuba. Awak nak cuba lagi tak?" tanya bukan doktor pakar.  "Nak!"

Doktor pakar pun letak gel dan scan.

Doktor pakar : Baby dah engage sikit la.
Bukan doktor pakar : Tu la saya dah cuba disengage tadi, tapi susah.
Aku : Dia tipu! Dia terus je pusing baby tadi.. (jerit dalam hati je la..)

Doktor pakar tolak dari bawah perut sebagai percubaan untuk disengage baby.

Doktor pakar : Bismillah..(dan terus memegang perut aku).
Aku : ….*senyap* (pejam mata sambil kawal pernafasan)
Doktor pakar : Minta maaf ye puan. Saya cuba. (mula pusingkan baby)

Aku : ….*senyap* (pejam mata sambil kawal pernafasan)

Doktor pakar mengarahkan bukan doktor pakar untuk scan baby, sambil tangannya masih di perut aku. Baby mula bergerak sedikit.

Doktor pakar : Kau tolong hold baby ni, tangan aku dah lenguh. 
Aku :  ….*senyap* (pejam mata sambil kawal pernafasan. sambil senyum dalam hati sebab aku boleh rasa baby pusing sikit)

Bukan doktor pakar terus cengkam baby dalam perut. 

Aku : Ughh..(sakit!)

Nampak tak daripada dialog di atas, doktor pakar buat tak sakit langsung! Damn you!!!
Sakit hati kite tau. Doktor pakar buat rasa lembut je kat perut. Lepas tu asyik minta maaf je. Sampai aku naik segan.

Doktor pakar : Baby tak boleh pusingla puan. Minta maaf ya. Saya dah cuba sedaya upaya untuk puan bersalin normal tapi saya minta maaf ye baby tak boleh pusing. Saya bagi puan tarikh cesar ye.
Aku : Ok takpe. Cesar pun saya ok. (senyum)
Doktor pakar : Nanti balik rumah kalau baby kurang gerak atau ada rasa sakit, terus datang balik ke sini ya.
Aku : Ok. 

Malam tu, perut aku sakit. Rasa macam muscle koyak. Perut merah-merah mungkin melecet sikit dan sakit dia macam lebam. Bukan doktor pakar punya kerja. Demm.

Esoknya aku monitor pergerakkan baby macam biasa. Sampai pukul 12.30 tengahari. Lepas tu aku leka buat kerja sampai pukul 4 petang. Baru aku teringat pasal pergerakan baby. Alamak baby tak gerak ke? Aku pun usik-usik perut, goncang-goncang dan cucuk-cucuk perut untuk dapatkan respon baby. Tiada respon. Panik wey! Aku terus ke klinik dekat dengan rumah untuk kepastian sebab nak ke hospital jauh dan aku perlu status baby dengan segera.

Doktor klinik : Lebih baik awak pergi hospital. Equipment kat sini tak canggih sangat.
Aku : Hospital jauh, saya nak tahu status sekarang. Lepas ni baru saya pergi hospital! (first time aku desak doktor macam ni)
Doktor klinik : Ok. (macam terpaksa). Tengok ni, jantung anak awak. Jantung bergerak tapi rate dia berapa saya tak dapat ukur. Lemah ke kuat ke saya tak tahu. Tangan dia tak bergerak. Dan tali pusat ada kat leher ni. Baik awak pergi hospital. Nasihat saya jangan tunggu esok.
Aku : Ok. (agak lega sebab jantung baby bergerak). Lega sikit at least saya tak panik dalam perjalanan ke hospital.
Doktor klinik : Saya tak boleh nak cakap lega. Baik awak pergi hospital sekarang.
Aku :  Ok terima kasih ya.

Sampai di hospital, tengah aku tunggu giliran untuk cek jantung baby. Dia bergerak.
Lepas cek jantung, doktor scan.

Bukan doktor pakar : Macam pernah jumpa la awak ni.
Aku : Ye, semalam saya buat  ECV.
Bukan doktor pakar : Oh, a'ahlaaaa..baby tak gerak ke?
Aku : A'ah. Last gerak pukul 12.30 tengahri tadi. Tapi masa tunggu tadi dia gerak.
Bukan doktor pakar :  So hari ni total dah berapa pergerakan?
Aku : 7.

Bukan doktor pakar pun mula godak perut aku. Haadoi…dah la masih sakit hal semalam..Dia scan perut dan tengok jantung baby ok. Tapi disebabkan tak cukup 10 pergerakan, aku ditahan bermalam di situ untuk observation. 

Sepanjang cek jantung baby, baby sangat aktif. Geram kan. Hai la anakkkkk….janganla buat aku risau! Depan doktor boleh pulak dia aktif kan! Gurau kasar nama dia ni. Dia punya gurau menyebabkan aku kena tahan kat hospital. Ish!


Itulah sedikit sebanyak pengalaman aku buat ECV.

Terima kasih yang baca sampai habis entry panjang ini.

Ok, nak kemas beg. 

Esok dah masuk wad. Nak jadi mummy! Weeeee….






14 comments:

mila said...

semoga lncr semuanya..yeaa...nt share pic bb ye :-)

nurul iman said...

besnyeee ...excited3! all the best and gudluckkk

anna hashim said...

good luck lianna :) semoga allah permudahkan urusan,amin.. takpelah, da cuba sedaya upaya utk normal, tp allah kan sebaik baik perancang..jgn lupa tayang gmbr baby kt kami semua ye..excited nk tgk ni..

shahsulong said...

Semoga dipermudahkan!

Saya dulu baby songsang, mak saya warded for a week, sampai doktor da marah2 pasal ayah saya tak nak bagi caesar.. siap doktor suruh mak saya balik rumah amik risiko sendiri je sebab ayah saya berdegil..

last2 bila da mengalah, doktor da nak wheeled mak saya ke bilik bedah, berkat doa dan solat hajat ayah saya, tada.. i came out the normal way..

so keep praying that baby is coming out ok ya.. rabbi yassir wala tu'assir liana :)

pinky said...

oh...semoga ibu nga ank selamat ya...=)

purpleberry said...

Semoga dipermudahkan bersalin...

jas imran said...

good luck mummy-to-be! semoga Allah lindungi mummy n baby... aamiin...

Anonymous said...

semoga dipermudahkan urusan

:)

Unknown said...

semoga segalanya dipermudahkan dan dapat anak yg soleh atau solehah.. =)

lily lotus said...

kita pun sama sakit perut bila baca tau hihi

NorhayatiHjBasri said...

Kak Liyana! Congrats for your newborn baby. Cute like you and hubby. Selamat berpantang :)

Zai Zamree said...

kami pon czer sbb songsang...mula2 nk buat ECV tu la x pon suruh bidan urut tp bl tnya abg dokte kami dia x bg buat dua2 tu.mybe sbb ni la...50-50 kot.so redha je la kena czer...skrg dh 3 bln dh pon baby kami....

Selamat mjadi mummy =)

suzie said...

salam liana,

sy ada pengalaman buat ECV tp tak de rasa sakit pun. alhamdulillah. memang niat nak normalpun sbb pernah c-zar sblm tu dan tak yahlah sy citekan kenapa sy fobia bab c-zar nnti menakutkan awak aje sbb setiap org pengalamannya berbeza. sy doakan awak selamat bersalin dan menjalani tempoh berpantang tanpa sebarang masalah aje.

Kenari Putih said...

saya baru tau rupanya kat hospital pon ada teknik gini ye. memang sakit hati dengan doktor bukan paar tu tapi dok buat mcm pakar... dah le pulak tu, bukan reti minta maaf, sabar ajala..