Kalau nak cerita semua pasal trip Perth ni, memang 2-3 post pun tak cukup. Jadi Kekna ringkaskan..letak info paling penting je okeh!
Sepatutnya trip ni 8 orang. Tapi sebab sorang visa tak lepas, jadi tinggal 7 orang.
Haaa, perkara pertama kalau nak bercuti di Australia ialah kena apply visa. Semak pasport pastikan tarikh nak travel lebih 6 bulan dari tarikh luput pasport. Lepas tu kena apply visa, dah lulus baru lah beli tiket. Visa tu valid setahun maka tiada masalah lah kot dengan tarikh tiket ye dak. Boleh apply visa online je di www.easyeta.com .
Kalau tiada masalah pasport, 24 jam siap!
Berselera pulak dia makan dalam flight |
Kami naik flight Malaysia Airlines.
Tak pastilah ada offer ke apa masa tu,
tapi harga tiket cuma lebih kurang
RM1400++ seorang dewasa.
Bila sampai airport, beli simcard.
Kami beli vodafon sebab harga dia AUD20 untuk 25GB.
Waaweeee..
Mesti tekak2 melayu jawa nusantara semua nak tahu kan
makanan apa yang boleh dibawa.
Ini adalah senarai barang makanan yang kami bawa dan
tidak kena rampas/buang dan sebagainya;
Beras, sambal yang komersial pelbagai jenama, pes masakan pelbagai jenama, kicap, supplement, panadol, ubat batuk dan selsema kanak2, gaviscon, sardin dalam tin, tuna pedas LOL, cili flakes, ikan bilis vacuum packed.
Tak berani bawak sambal homemade sebab takut kena buang hahah..
sebab tu beli sambal yang jual di supermarket sebab labelling dia complete kan.
Tapi lepas tu menyesal sebab beg tak kena cek pun.
Yang mereka concern cuma beras. Jadi bila bawak beras,
beg kami kena beratur untuk
dihidu anjing di airport. Tapi takda apa pun.
So lepas lah kesemua bagasi kami.
Oh yaa, tolong jangan bawak instant noodle ya.
Depa siap tanya kat cheq lagi do you bring maggi?
Oh no no no mister. I'm here to cook like kenduri, no maggi2...
Kehkehkeh. Lebih lanjut makanan yang tak boleh dibawa boleh rujuk sini http://www.agriculture.gov.au/travelling/arriving-in-australia
Di Perth kami memilih untuk sewa kereta, kerana
public transport disana kurang efisyen.
Stesen jauh2 dan ada dikawasan bandar sahaja. Tapi sekali sekala teringin juga memandu di negara orang kan. Kereta ini kami sewa dengan https://www.ariescarrental.com.au/ .
Settle booking kereta, mereka akan SMS. Jadi bila dah selesai dengan imigresen dan kastam, terus telefon nombor yang SMS tu. Mereka akan hantar van atau bas untuk pickup rombongan anda dan bawa ke ofis mereka untuk penyerahan kereta. Nanti anda akan kena bayar wang cagaran AUD400 in caselah ada accident ke apa masa guna kereta sewa kan. Sebarang kerosakan dia akan potong dari wang cagaran tu. Kalau takda apa2, lepas sebulan, dia refund. Jadi pastikan ada duit tunai atau kad kredit atau kad debit yang dah di aktifkan untuk kegunaan oversea semasa mengambil kereta nanti. Jangan risau, urusan mudah sangat sebab
manager kat sini orang Batu Pahat kahkah!
Kami sampai di Perth pada pukul 2 petang.
Urusan di airport pun dekat 2 jam, sampai di homestay dah nak gelap.
Maghrib dia lebih kurang 5.30 - 6 petang macam tu.
Oh yaa, jangan terkejut ya, di Perth ni hampir semua kedai tutup pukul 5 petang.
Kecuali hari Khamis, tutup pukul 9 malam.
Kalau travel 2-3 orang memang boringlah, waktu malam taktau nak buat apa.
Saya suggest datanglah beramai2 hahaha..
Berbalik kepada cerita maghrib tadi,
kami sampai2 homestay mestilah laparrrr kena masak untuk makan malam!
Nasib baik ada satu kedai runcit pakistan masih buka.
Kami pun terjah, tapi beli sekadar untuk masak malam tu je. Sebab mahal sangat2!
Tunggu esoknya supermarket bukak baru boleh shopping.
Ramaiiiii sangat yang tanya contact homestay yang kami duduk di Perth haritu.
Sebab best kan! hehe..
Yang tak tau boleh tengok di highlights instastory kekna di instagram okeh!
Rumah tu kami jumpa di AirBnb. Nama rumah tu Luxury Perth Home 1.
Muat 8 orang dan harga kami bayar untuk 8 malam sebanyak RM7500.
Senarai supermarket boleh google bergantung area yang anda duduk, kami duduk
berdekatan dengan Belmont Forum, dalam tu ada Coles dan Woolsworth.
Makanan disini mahal jadi banyakkan masak lah ye untuk jimat.
Yang menarik tentang Perth ni ialah ada banyak parks atau taman.
parks dia sangatlah bersih sangat best untuk picnic. Dengan cuaca yang sedang2 tak panas tak sejuk di bulan June tu kan, best sangat, beli boomerang siap2 untuk aktiviti masa picnic. Kami picnic di Kings Park dan McCallum Park.
Manusia paling excited untuk picnic. Kehulu kehilir dengan cupcakes dia tu. Beli di Coles. Sedap! |
Nasi putih menu wajib bagi tembolok nusantara. Ayam ungkep, cucur bawang, sambal bilis, kentang tumis ikan bilis, pastries dan jajan dari coles. |
Tak rasa penat pun berlari kesana sini mengejar boomerang sebab tak panas hehe. bangunan belakang tu adalah toilet yang bersih. Jadi dont worry and enjoy your picnic okeh! |
Lord of the Fries ni adalah makanan vegan. Jadi automatik dia halal lah ye. |
Milkshakes dia pun vegan tau guna almond milk. |
Borong bang hehe.. |
Trip ni saya pack kan baju sorang 3 pasang je. Sebab shopping pakaian disini murah!
Kami shopping di Target dan KMart. Terima kasih kepada yang suggest pergi KMart tu memang 2 kali pergi, 2 kali troli penuh! hehe..Barang murah sangat macam kalau tak beli nanti termimpi2.
Possum |
Parrot. |
Beratur untuk bergambar dengan wombat. |
Koala opkos |
Kangaroo yang jinak |
Elizabeth Quay |
Nombor plate kereta disini memang cam suka hati je ke hahaha
tertarik pulak nak beli kereta hehehe
Makan di Kailis Fish and Chip di Fremantle.
Harga sepinggan ni AUD 49.50++ . Boleh makan 2 orang.
Sandwich tu untuk Camilla. Harganya AUD 11.
Selain fish and chip ada juga fresh seafood dan macam2 dessert!
Fish and chip flavoured gelato anyone? |
Fremantle Market. Buka Jumaat - Ahad sahaja.
Sejenis bazaar ada banyak stall jual makanan, minuman, local produce,
buah, sayur, barangan unik macam daging buaya salai, barang vintage macam tulah.
Kami makan sushi dan kebab disini sedap! Tapi mahal hehe..buat alas perut je.
Dah 2 kedai kebab saya cuba, harganya sama
AUD13 untuk sekeping kebab sorang makan.
Darab 3 lah duit kita.
Ini pulak Cicerello's Fish and Chip di Fremantle jugak.
Hehe 2 kali pergi Fremantle.
Pendapat saya Cicerello's lebih sedap. Dan lebih murah.
Saya tak pernah cuba kopi brand ni. Nampak macam trending di Instagram.
Jumpa di Perth saya terus beli 3 jenama hehe. Murah 50% dari di Malaysia.
Kalau nak lihat bandaraya Perth bolehlah shopping sambil sightseeing
di Hay Street dan Murray Street.
Lebih kurang macam Oxford Street di London tapi skala lebih kecil gituh.
Memandangkan sewa kereta, kenalah fikir pasal parking ye. heheh..
banyak parking spot di kaki lima tapi terhad kepada 1/2 jam atau 1 jam sahaja.
Untuk parking lebih lama, boleh park di bangunan khas untuk parking.
Ada beberapa syarikat, kami pilih Wilson parking sebab ada banyak branch.
Google map je nearest parking keluarlah semua.
Rate parking berlainan setiap bangunan tak pasti kenapa.
Secara purata lebih kurang AUD 4 - AUD 9 sejam.
Ada yang suggest kedai ni, nama kedai Charcoal Chicken Express.
Menu ayam dia biasa2 je, yang sedap lagi berdosa ialah Lamb Ribs.
Memang terangkat.
Mesti cuba! Full rack ribs AUD14.95 . Boleh makan 2-3 orang.
Masa ni masak meriah sikit sebab esoknya dah nak balik! Kena kosongkan peti sejuk.
Taknak bawak balik Malaysia makanan2 ni semua sebab beg penuh barang shopping haha!
Kami cuba San Churros di Belmont Forum. Sedikit hampa sebab churros nya keras.
Car freshener AUD 4 wangi gilaaaa!
Borong untuk diri sendiri dan buat souvenir untuk BFF.
Barang2 dedobot di KMart selain baju berhelai2 haha. Bukan apa memang murah sangat! Sehelai baju budak AUD 3 - AUD 8. Seluar jeans cantik2 pun baru AUD 10 - AUD 15. Memang saya borong size besar sikit. Selipar tu AUD 3. Maknanya cuma RM9. Opkos grab!
Lunch box tu AUD10. Maknanya RM30 je.
Cantik pulak tu gambar unicorn.
Wooden Kitchen mixer tu kalau kat Malaysia ni confirm RM50 ke atas.
Di Kmart cuma AUD 8. Ko ghasee? Anak tak gila, mak yang gila hahah!
Suami saya borong barang camping.
Cereal pun hakak borong diknon! Yang ni AUD5 je. Sedap!
Kalau ada di Jaya Grocer mesti RM20 ke atas. Setakat ni belum jumpa.
Sampai Malaysia ada orang mintak 1..sedap katanya...eh ehh sapa suruh tak beli kehkehkeh
Sebelum ke airport dan pulangkan kereta sewa, kami lunch di park.
Pemandangan picnic di McCallum Park. Ada family locals buat potluck birthday party.
Simple and sweet sangat.
Insyaallah Kekna akan ke Perth lagi kalau direzekikan. Bukan apa nak teman sorang lagi yang visa tak lepas haritu kan haha. Nak dijadikan cerita, visa dia lulus 3 hari selepas kami pulang dari sana. Saja tau.
4 comments:
Thank KekNa for the review of Perth.
Mmg tggu review ni sejak ualls balik dr Perth lagi.
Bestla
Nk tnye beli brg2 basah n kering utk masak ktne ye
Hai Dayana,
Barang basah kami beli di supermarket je. Salah satunya Coles.
Ayam yang halal brand Steggles, (plastik dia warna biru).
Post a Comment