Wednesday, November 2, 2011

Don't work hard. Work harder?

Sejak aku kerja, aku jarang sakit. Sangat jarang. Syukur Alhamdulillah.
Mungkin semangat aku kuat. Semangat nak buat kerja.
Aku akui aku hampir terjerumus ke lembah workaholic.

Aku ingat lagi zaman sekolah menengah.
Kawan aku tanya.."Liana, awak dah besar nak jadi apa?".
Jawabku tersenyum, "kita nak jadi bos".  Dari kecil aku selalu berangan, aku bekerja dalam bidang korporat, kalau pergi ofis aku akan fikir nak pakai baju apa.. seluar apa..kasut apa..dan dalam angan-anganku, aku mesti ada bilik aku sendiri..(aku kan bos). Waktu lunch, aku akan suruh office boy belikan aku makanan. Sebab aku tak keluar ofis waktu tengahari. Banyak kerja barangkali.

Gila bukan.

SPM pun belum lagi dah boleh berangan macam ni. Mungkin ini tanda-tanda awal seseorang akan menjadi workaholic.

Tapi disebabkan aku tak sakit, aku tak guna pun medical leave yang diberikan sebanyak 30 hari tu. Kadangkala aku teringin nak berehat dirumah pada hari-hari bekerja. Aku tak nak ambil annual leave, sebab aku nak kahwin hujung tahun. Nak cuti lama. Aku dah ambil annual leave semasa ke Bandung untuk membeli barangan persiapan perkahwinan. Aku juga bakal ambil annual leave lagi untuk ke Jakarta pula untuk membeli baju majlis resepsi di rumah ku. Aku juga dah menghabiskan 2 hari untuk ujian HIV dan melengkapkan permohonan dokumen-dokumen kebenaran bernikah.

Aku stress. Aku penat. Aku perlu rehat. Aku perlu keluar daripada huru-hara di ofis.
Aku tak nak jadi workaholic.

Kadang-kadang..dalam senyap aku berharap agar aku sakit. Bukan sakit teruk. Na'uzubillahiminzaliq. Cukup sekadar demam sedikit. Agar aku ada alasan untuk tidak ke ofis. Skema.

Ah, skema itu bukan aku. Aku terpaksa. Sebab ada seorang bekas Pegawai Sumber Manusia yang sentiasa memantau prestasi kerja aku.

Bapa ku.

Kalau aku lambat ke pejabat, sudah pasti dia bersuara. Apatah lagi kalau aku tidak ke pejabat. Haih.

Tapi hari ini, doa aku mungkin telah dimakbulkan. Aku demam. Aku boleh tidur sepanjang hari. Lagipun, bukankah sakit boleh menghapuskan dosa-dosa kecil? Tidak dinafikan, aku agak gembira.

Tetapi, cukup satu hari. Aku harus ke pejabat esok. Banyak kerja-kerja tergendala disebabkan aku ke luar daerah minggu lepas, dan aku MC hari ini.

Apakah semangat ini?


Aaahhh! Aku tak mahu jadi workaholic!!


Tolong! Tolong!










Thursday, October 6, 2011

Darah Manis.

Orang tua-tua kata, pasangan yang dalam ikatan pertunangan ni darah manis. Tapi aku dari kecil lagi darah manis. Nyamuk suka gigit :)

Maklong (baru) aku paling superstitious.

"Liana, sekarang tengah darah manis, jangan keluar-keluar rumah ye. Kalau keluar jangan jauh-jauh. Ingat ni aunty pesan ni".

Kerja aku selalu kena outstation. Masa menaip entri ni pun, aku berada di Pekan, Pahang. Aku hanya mampu tersenyum.

"Awak ni, budak tu dari tak ada rasa apa jadi takut pulak nanti". Paklong aku menyampuk.

"Minta maaf la, I memang superstitious. Liana ingat tau, jangan keluar rumah, bahaya darah tengah manis".

Adeh.

Apa yang aku faham, tak semestinya kau bertunang, kau bahagia sebab kau dah confirm kahwin dengan tunang kau. Masa tempoh bertunang ni banyak cabaran dan dugaannya. Sebab tu ada orang putus tunang.

Alhamdulillah, aku dan tunang tidaklah diduga dengan hebat. Kalau ada pun bertekak hal kecil-kecilan je. Lepas merajuk, baik semula.

Tapi makin dekat dengan tarikh ITU, macam lagi kerap bertekak. Pukul berapa nak nikah pun boleh jadi isu besar. Aku rasa lucu.

Itu kategori darah manis ke? Haha..

Oklah, apa-apa hal pun..persiapan perkahwinan aku baru 60% kot. Kad jemputan belum isi lagi, facial pun belum ni. Yang paling penting, baju nikah dengan baju bersanding masih belum ada. Seronotkan!

"Kau kahwin nanti baju warna apa?" Kepoh kawan sepejabatku.

"Tak tahu lagi."

"Kau ni lagi 3 bulan je kan.."

"Kau tahu lah mak-mak kita kan excited lebih, aku malas la nanti dah pilih colour, last minute tukar pulak".

"Tu la kan..kau nikah nanti kat rumah ke kat masjid?"

"Tak tahu lagi."

"Kau ni memang tak kisah langsung ke?"

"Hahahaha.."


Dari kecil aku memang cool macam ni, nak buat macam mana. Hahahaha.








P/s: Aku masih terfikir-fikir. Kenapa term dia 'darah manis'?





Sunday, June 26, 2011

"Kain kak, tebu kak.."


"Kain kak, tebu kak.."

Pernah dengar lawak ni masa sekolah rendah? Famous ni..walaupun entah hapehape :)


Kain & tebu adalah dua item yang sinonim dengan nama Ramadhan yang bakal menjelma sekejap sahaja lagi. Rasa macam baru je bertungkus-lumus tolong mak kita jual biskut raya hari tu ;)


Dalam kesibukan membuat persiapan untuk jualan biskut raya, tak ku lupa persiapan menyambut bulan Disember. Sambut apa? Krismas? No no no...akaks nak kahwin dah dik ooii...


La ni dok kumpul duit la nak menampung segala perbelanjaan kahwin nanti..salah satu kaedahnya..berniaga kain laa..


(tebu? kekekeke..nanti kita tunggu bula posa noh!)


Mai la tengok kain-kain terhangat di pasaran ni...


Kain mak pilih kelasss..tapi harga memang berpatutan..dengan kualiti & design yang meletup tu kenzzz...


Sesuai la shopping kain dengan Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi ni kan..
confirm Raya tahun ni baju you all meletup dengan kain-kain ni tau!


(jadi tak watak yang cuba diketengahkan ni? jadi tak jadi tak? hahahah)




Okay, pertama...Kain Chiffon Hitam..ada bunga ros timbul..kelass..





Lining hitam sesuai untuk gaya klasik dan sofistikated..

tapi I cuma ada lining pink untuk sample so, hasilnya...






tadaa...gaya yang lebih moden dan unik.


[SOLD!]







Design yang sama cuma yang ini bewarna 'pale peach'.

Idea untuk menyerikannya, gunakan lining satin bewarna agak gelap.






Details untuk Chiffon bunga ros.

[Yang ini pun SOLD!]


Tips: 1. Jika bentuk badan epal (besar bahagian atas), maka design bunga ros boleh letak di bahagian pinggul untuk keseimbangan (ilusi pinggul montok).



2. Jika bentuk badan pear (besar bahagian bawah), design bunga ros letak di bahagian dada. So cute...tak perlu explain lah dah tau kan :)



3. Jika bentuk badan hourglass, tak perlu pura-pura baca tips ini sila terus ke kaunter pembayaran. :D












Ini Kain lace bewarna merah hati. Quite glittery which makes it suitable untuk majlis makan malam :) Bak kata orang, vogue dalam kesederhanaan ;p (baru cipta)

Lining ikut suka hangpa..tapi I tengok lining pink I ni macam cun jek dengan warna lace tuh..peace!

[Yang ini pun SOLD!]







Hokey Wohkey..



Untuk kain Chiffon bunga ros, harga nya RM150 untuk 2 meter. (Baju sahaja, kain boleh beli kain chiffon hitam kosong..sebab kalau atas bawah nak letak bunga jugak....boleh naik kereta berhias..kekekekeke)



Untuk kain Lace merah hati, harganya RM50 untuk 2 meter. Murah kan :)



Promosi pertama kali jual kain kan...free postage! :)



Lining tidak dijual hokeyhh.



Sekiranya berminat, bolehlah email ke lianaezzana@rocketmail.com.







Marilah membeli kain bagi menjamin majlis perkahwinan yang sejahtera..kekeekeeke.



Tuesday, June 7, 2011

Sekarang pukul 6 pagi.

Sekarang pukul 6 pagi.

Aku masih di pejabat.

Baca perkataan masih.

Bukan SUDAH BERADA di pejabat.

Tetapi MASIH di pejabat.

Aku belum balik kerja.

Buat Board Paper.

Benda aku paling benci.


Kalau begini, aku tercalon ke untuk dapat bonus 8 bulan?





p/s:

Just nak share sesuatu yang comel;

Nena: Arissa, say dog.
Arissa: Dog.
Nena: Say bird.
Arissa: Bird!
Nena: Say snake.
Arissa: Nake. Sss.
Nena: Ha? Say snake.
Arissa: Nake! Sss.
Nena: Kenapa S kat belakang?

**Nena ialah panggilan si demok itu terhadap saya.

Saturday, February 26, 2011

Makcik Admin.

Mentality hampir semua rakyat Malaysia;

"Kau kerja apa sekarang?"
"Aku admin"
"Admin? Best gila."
"Kenapa?"
"Rilek gila kot. Kerja senang."

Kenapa kita rasa kerja bahagian admin senang?

Pendapat saya: Sebab kita semua pernah ada pengalaman berurusan dengan 'kakak/makcik' admin. Kerja dia banyak duduk dan meja dia mesti ada makanan. Lepas tu balik kerja mesti on-time. Betul?

Dan kita juga mesti ada pengalaman berurusan dengan 'kakak/makcik' admin yang menyusahkan hidup kita. Urusan yang mudah jadi lagi susah. Jadi secara automatik kita fikir 'kakak/makcik' admin tu cetek akal. Betul?

Most of us mesti cakap macam ni:

"Apasal la kakak tu b***** sangat, benda simple macam ni pun takkan tak boleh fikir?! Bukannya dia ada buat kerja apa pun..dari tadi makan pastu borak je aku tengok!"

Kan?

Jujur saya nyatakan disini..saya pernah berfikiran begitu.

Tapi sekarang dah tak. ;)

Sebab sekarang saya kerja admin. Sepanjang minggu saya deal dengan contractor untuk renovation office building. Sepanjang minggu saya kejar contractor yang repair toilet tak siap sepenuhnya. Sepanjang minggu saya prepare budget tahunan. Sepanjang minggu saya balik lewat. Dan baru semalam saya supervise Indah Water sedut tong taik.

Berbaju kurung lengkap dengan kasut tinggi, dibawah terik mentari..ditemani bau-bauan yang indah sekali...memang terbaik dari ladang.

Sebab itulah saya terpanggil untik menulis entri ini.

Jadi tolonglah jangan cakap kerja admin tu senang.

Sekian:)





Tuesday, February 1, 2011

Sediakan sapu tangan

Audi.

Kucing yang paling lama bersama kami. Paling banyak melahirkan waris yang comel-comel belaka. Paling banyak kenangan terindah bersama kami.

Audi dah tua. Gigi pun dah goyang. Mama terdetik untuk memandulkan Audi. Supaya Audi nampak lebih sihat dan duduk di rumah.

Tapi tak sempat. Audi hilang 3 hari. Bila pulang ke rumah, Audi bunting. Kami tak heran. Sebab Audi bunting memang perkara biasa. Kami tak risau. Sebab Audi pandai jaga anak. Kami gembira. Sebab bakal dapat baby kucing yang comel-comel.

Malam tu, Audi keluar rumah. Nak buang air barangkali. Keesokkan paginya dia pulang, dia nampak letih sangat. Rupa-rupanya Audi keguguran. Banyak sangat darah hilang.

Audi terbaring diruang tamu, tak berdaya langsung. Anak-anak dalam perut Audi bergerak-gerak. Masih hidup. Sekali sekala terdengar bunyi Audi meraung kesakitan. Saya usap kepala Audi. Saya tak sampai hati tengok dia macam tu. Mama bungkus dia dengan tuala, nak bawa ke hospital.

Dalam perjalanan, Audi menghembuskan nafas terakhirnya.

Pemergian Audi sangat tidak dijangka. Audi pergi tiba-tiba. Rasa tak puas main dengan Audi. Rasa tak puas peluk cium Audi.

Bye Audi. :'(






Audi beberapa kali kantoi bercakap dalam tidur.







Audi role model kepada anak-anaknya.





Nenek Kedah.

Nenek kesayangan kami. Nenek yang sporting, pemurah dan sentiasa positif. Oh, juga sangat pemalu.

Nenek selalu pesan, kalau pergi mana-mana, bawa sepasang baju kurung. Sebab kita tak tahu apa yang boleh berlaku. Baju kurung untuk standby kalau ada majlis agama yang tak dijangka..ataupun kematian.

Kalau Liana travel, mesti bawa sepasang baju kurung. Sebab ingat pesan nenek.

Masa Liana dapat keputusan PMR, nenek hebohkan kat semua orang..cakap Liana dapat 9A. Sebab nenek ingat Liana ambil 9 subjek. Padahal 7A je..comel nenek.

Tapi Liana sedih sebab nenek tak sempat tengok Liana kahwin. Liana tahu nenek suka dengan kawan Liana. Tapi nak buat macam mana..Allah lagi sayangkan nenek.

Nenek pun pergi tiba-tiba. Tapi pemergian nenek sangat tenang dan sayu. Nenek macam dah tahu, kami je yang tak perasan.

Nenek, kami doakan nenek tenang disana.


Al-Fatihah.



2 kematian dalam 1 minggu. Kematian antara makhluk Allah yang paling kami sayang.

Inilah ujian tuhan.