Sunday, June 17, 2012

Resipi orang bujang: Baked Macaroni & Cheese

Ramai pembaca yang SMS saya minta resipi Baked Macaroni & Cheese yang saya masak masa barbeque party tempoh hari. So, entri ini khas untuk anda. Selamat mencuba!



Kisar 2 biji bawang besar dan 7-8 ulas bawang putih.


Susu. Yang dalam botol tu tak cukup, saya tambah dengan 1/2 tin susu cair.
Kuantiti susu agak-agakla. Saya tak measure pun. Tu pun nasib jumpa susu cair.
Kalau tak, siapla susu Anlene dalam almari tu saya bancuh.


3 biji telur dipukul hingga kembang. 


 2 sudu besar tepung gandum. Campurkan ke dalam telur.


5 keping keju Cheddar. Lebih pun boleh, lagi umph!



Keju Mozarella. Ikut suka la nak habiskan satu paket pun boleh.


Cendawan ikut suka. Dihiris.



Isi ayam dipotong kecil. Kuantiti ikut suka.


Macaroni direbus. Opkos.
Saya guna 500g.



Setelah masak, toskan dan gaul dengan mentega.


 Mentega untuk menumis.


Tumis bawang yang dikisar tadi.


Masukkan lada hitam. Kuantiti ikut suka.


Setelah naik bau harum semerbak, masukkan isi ayam dan cendawan.


Bila isi ayam dah masak, masukkan susu.


Masukkan keju Cheddar apabila susu mula panas.
Masa ni jugakla nak masuk garam/ ajinomoto/ serbuk pati ayam atau 
apa-apa sahaja bahan perasa yang anda percaya 
dapat menyedapkan masakan anda ini. Ewah!


Masukkan macaroni dan telur. Gaul sebati.


Kalau nampak kat gambar ni atas macaroni tu macam ada serbuk-serbuk 
(kalau nampak la).
Itu adalah keju Parmesan leftover jumpa dalam peti sejuk. 
Haa..apa-apa je korang jumpa kat dapur tu, campak je dalam ni.
Apa lagi, gaul la!


 Masukkan campuran tadi dalam mangkuk tahan ketuhar/microwave. 
Tabur keju Mozarella diatasnya.


Disebabkan berebut oven dengan mak yang nak buat pavlova, 
saya redha menggunakan microwave. 
Hasilnya tak sehebat guna oven la. Keju tak melt sepenuhnya.
Takpe, janji boleh makan!
Setting untuk microwave: 40 minit.
Oven: 1 jam.


Hidang bersama teh. Eceh.



P/s: Saya ni jenis masak main campak-campak je, bahan-bahan apa yang ada dalam peti sejuk tu, itulah yang saya guna. Sebab tu bahan-bahan di atas, saya tak reti nak letak kuantiti, sebab saya memang tak measure pun. Semua ini hasil pengalaman memasak sejak sekolah rendah. Memasak ni pun perlu kreativiti, jangan rigid sangat. Terima kasih emak atas tunjuk ajar. Resipi simple macam ni, bolehla campak-campak. Saya panggil, resipi orang bujang.