Wednesday, August 14, 2013

"Perut maju ke depan.."



Macam-macam petua/pantang larang ibu mengandung yang aku dapat setakat hari ini. Ada yang logik secara saintifik dan dari segi hukum alam, ada yang super duper mengarut dan ada yang tak dapat dibuktikan kesahihannya tapi layan je la orang-orang tua ni kan..



Pemakanan.

Soya. Ramai yang kata nak baby putih elok amalkan minum air soya masa mengandung. Tapi orang yang aku kenal, amalkan minum soya anak keluar - kicap. Masa 1st trimester haritu loya teruk. Cuma lalu makan nasi, kicap dan telur je. Dah mak aku pulak risau tengok aku makan kicap. Katanya jangan makan produk soya takut anak kulit gelap. Tapi tengok orang cina hari-hari makan tauhu, tofu, taufufa..putih je anak-anak dia.

Pening tak?


Kopi. Kalau orang tua-tua memang pantang minum kopi masa mengandung. Takut anak jadi kopi jugakla kisahnya. Tapi zaman sekarang ni dah tak kisah sangat kot. Mitos je tu. Mat saleh tu cerah-cerah je anak deme. Cuma doktor mungkin akan suruh kurangkan sebab takut dehydration. Tu je.

Ais. Ini paling pantang. Takut baby besar la. Tak elok untuk kesihatan baby la. Nak beranak nanti takde tenaga la. Takde kena mengena pun..tolonglah faham! Hahaha. Unfotunately, aku yang tak boleh minum ais sebab angin teruk.  Kalau minum, seharian aku akan sebu. Alhamdulillah sekarang dah kurang. Minta terus kurang dan kurang lagi sebab rindu gila nak makan cendol!!

Benda tajam. Paling famous nenas la. Pastu tebu dan tapai. Ini aku takut sikit. Tak buat research lagi pasal kesahihannya so aku patuh la dengan pantang yang ini. 1st trimester harituh memang tak sentuh langsung. Ni dah masuk 2nd trimester ada juga curi-curi letak nenas dalam laksa. Gila kau makan laksa takde nenas. Bland.

Kucing. Ini orang tua-tua tak kisah. Orang muda-muda yang terlebih kisah. Sampai aku rimas! Paling aku faham ialah, najis kucing merbahaya kepada janin. Mak aku pun tak bagi aku handle najis kucing sepanjang tempoh mengandung ni. Itu secara saintifik memang sahih.  Dan aku patuh. Tapi bulu kucing tiada kena mengena dengan baby ye. Ada yang takut nanti anak dapat asma la hapelah..relax ok. Yang anak dia memang ada asma dan doktor kata tak boleh dekat dengan kucing, itu aku faham. Yang anak dia sihat walafiat tapi paranoid lebih, aku tak faham. Relax ok. 

Ok cukup.


Masuk bab jantina baby.

The excitement of being pregnant is that the gender of the baby remains a mystery.

Misterius!!

Seronok tengok orang yang aku jumpa meneka-neka jantina baby. Kalau selama aku dibesarkan oleh mak aku ni, mak aku ajar kalau masa pregnant tu perut bulat kemas, pemakaian pun kemas, tengok dari belakang tak nampak macam pregnant, maksudnya mengandung anak lelaki. Tapi kalau masa pregnant tu perut lonjong tah shape ape pun taktau, badan kembang semacam, tengok dari belakang pun dah tau orang tu pregnant, maksudnya mengandung anak perempuan. Ini observation yang mak aku buat sepanjang pengalaman 40++ tahun hidup la..setakat ni 80% betul ramalan dia.

Tapi bila diri sendiri mengandung, jumpa macam-macam orang dengan kaedah menetukan jantina yang macam-macam lagi..

Ada yang datang pegang perut, dia tegur “lelaki ni, sebab perut maju ke depan..”

Ada yang tanya “ Liana loya-loya makan asam ke?” Aku kata tak suka asam. “ Oh, tak suka asam, anak perempuan tu..”

Masa mengandung ni aku suka sangat makan laksa. Mak aku kata “mama dulu suka makan laksa masa mengandungkan Liana. Anak perempuan la kot”.

Letak baby kat perut. Ini sesuatu yang baru. Kawan mak aku datang rumah bawak baby girl umur 5 bulan. Dia suruh aku pegang baby tu sambil duduk. Pastu berdirikan baby atas perut. Kalau baby tu angkat kaki dia, maksudnya yang dalam perut tu lelaki. Sebab baby “menolak” yang berlainan jantina sebab tu dia angkat kaki dia. Dan baby tu betul-betul angkat kaki dia. Aku try guna baby boy umur 6 bulan pulak. Baby tu tak angkat kaki. Haaaa.. :D

Sejujurnya, aku dan suami tak kisah pun jantina apa. Asalkan sihat walfiat sempurna fizikal dan mental..alhamdulillah dah. Tapi macam seronok tengok macam-macam kaedah orang tentukan jantina baby dalam perut. :)