Saturday, July 21, 2012

Bagaimana aiskrim durian dihasilkan.

Bagaimana aiskrim durian dihasilkan atau lebih tepat terhasil?

Aiskrim durian terhasil di rumah saya apabila:

1.  Emak menemui sebuah lori durian yang rosak di tepi jalan dan memborong durian dengan harga murah;


2.  Adik saya memasuki pertandingan rekacipta menggunakan kotak susu Dutch Lady School.


Siapa pulak yang larat nak habiskan susu-susu ni semua? 
Adik saya buat cupcake pun baru luak sekotak, haa apa lagi, buat aiskrim durian lerr.



Resipi:



Lebih kurang 10 ulas isi durian yang belum masak / terlebih masak.
Yang masak cantik tu rugi ler buat aiskrim durian dik oii..ngap aje!





Kisar isi durian untuk menghasilkan durian paste.





Durian paste.





 Pukul hingga sebati 2 biji kuning telur, 3 sudu gula halus 
dan sedikit esen vanila. 
Esen vanila kalau boleh setitik dua je, 
sebab kalau banyak sangat nanti hilang rasa asli durian tu.
Kalau kat rumah takda gula halus, bantai je pakai gula biasa.
Cuma kuantiti boleh kurangkan jadi 1 setengah - 2 sudu je.





Di dalam periuk, panaskan secawan susu dan secawan whipping cream
(Resipi asal guna light cream, tapi dah takda, bantai je la guna whipping cream
Light cream, boleh didapati di kedai menjual bahan kek ye kawan-kawan).

Panaskan guna api sederhana. Hati-hati jangan terlalu panas. 
Bila campuran mula berbuih ditepi periuk, teruskan tukar api perlahan.
 Kemudian masukkan campuran telur dan gula tadi, dan kacau sentiasa hingga 
campuran berubah menjadi sedikit pekat. Campuran ini dipanggil custard.
Angkat dan biarkan sejuk.




Custard yang telah sejuk, dimasukkan ke dalam freezer dalam 40 minit.
Kemudian masuk dan kacaukan durian paste ke dalam custard sedikit demi sedikit.


Masukkan adunan tadi ke dalam bekas aiskrim atau 
plastik aiskrim malaysia macam saya atau kalau takde, 
bantai je masuk dalam mug / mangkuk dan 
apa sahaja bekas yang ada. 





Bekukan dan makan!

What's more Malaysian than this :')