Macam-macam petua/pantang larang
ibu mengandung yang aku dapat setakat hari ini. Ada yang logik secara
saintifik dan dari segi hukum alam, ada yang super duper mengarut dan
ada yang tak dapat dibuktikan kesahihannya tapi layan je la orang-orang tua ni
kan..
Pemakanan.
Soya. Ramai yang kata nak baby
putih elok amalkan minum air soya masa mengandung. Tapi orang yang aku kenal,
amalkan minum soya anak keluar - kicap. Masa 1st trimester haritu loya
teruk. Cuma lalu makan nasi, kicap dan telur je. Dah mak aku pulak risau tengok
aku makan kicap. Katanya jangan makan produk soya takut anak kulit gelap. Tapi
tengok orang cina hari-hari makan tauhu, tofu, taufufa..putih je anak-anak dia.
Pening tak?
Kopi. Kalau orang tua-tua memang
pantang minum kopi masa mengandung. Takut anak jadi kopi jugakla kisahnya. Tapi
zaman sekarang ni dah tak kisah sangat kot. Mitos je tu. Mat saleh tu
cerah-cerah je anak deme. Cuma doktor mungkin akan suruh kurangkan sebab takut dehydration.
Tu je.
Ais. Ini paling pantang. Takut baby
besar la. Tak elok untuk kesihatan baby la. Nak beranak nanti takde
tenaga la. Takde kena mengena pun..tolonglah faham! Hahaha. Unfotunately,
aku yang tak boleh minum ais sebab angin teruk. Kalau minum, seharian aku
akan sebu. Alhamdulillah sekarang dah kurang. Minta terus kurang dan kurang
lagi sebab rindu gila nak makan cendol!!
Benda tajam. Paling famous
nenas la. Pastu tebu dan tapai. Ini aku takut sikit. Tak buat research
lagi pasal kesahihannya so aku patuh la dengan pantang yang ini. 1st trimester
harituh memang tak sentuh langsung. Ni dah masuk 2nd trimester
ada juga curi-curi letak nenas dalam laksa. Gila kau makan laksa takde nenas. Bland.
Kucing. Ini orang tua-tua tak
kisah. Orang muda-muda yang terlebih kisah. Sampai aku rimas! Paling aku faham
ialah, najis kucing merbahaya kepada janin. Mak aku pun tak bagi aku handle
najis kucing sepanjang tempoh mengandung ni. Itu secara saintifik memang
sahih. Dan aku patuh. Tapi bulu kucing tiada kena mengena dengan baby
ye. Ada yang takut nanti anak dapat asma la hapelah..relax ok. Yang anak
dia memang ada asma dan doktor kata tak boleh dekat dengan kucing, itu aku
faham. Yang anak dia sihat walafiat tapi paranoid lebih, aku tak faham. Relax
ok.
Ok cukup.
Masuk bab jantina baby.
The excitement of being pregnant
is that the gender of the baby remains a mystery.
Misterius!!
Seronok tengok orang yang aku
jumpa meneka-neka jantina baby. Kalau selama aku dibesarkan oleh mak aku
ni, mak aku ajar kalau masa pregnant tu perut bulat kemas, pemakaian pun
kemas, tengok dari belakang tak nampak macam pregnant, maksudnya
mengandung anak lelaki. Tapi kalau masa pregnant tu perut lonjong tah shape
ape pun taktau, badan kembang semacam, tengok dari belakang pun dah tau orang
tu pregnant, maksudnya mengandung anak perempuan. Ini observation
yang mak aku buat sepanjang pengalaman 40++ tahun hidup la..setakat ni 80%
betul ramalan dia.
Tapi bila diri sendiri
mengandung, jumpa macam-macam orang dengan kaedah menetukan jantina yang
macam-macam lagi..
Ada yang datang pegang perut, dia
tegur “lelaki ni, sebab perut maju ke depan..”
Ada yang tanya “ Liana loya-loya
makan asam ke?” Aku kata tak suka asam. “ Oh, tak suka asam, anak perempuan
tu..”
Masa mengandung ni aku suka
sangat makan laksa. Mak aku kata “mama dulu suka makan laksa masa mengandungkan
Liana. Anak perempuan la kot”.
Letak baby kat perut. Ini sesuatu
yang baru. Kawan mak aku datang rumah bawak baby girl umur 5 bulan. Dia
suruh aku pegang baby tu sambil duduk. Pastu berdirikan baby atas
perut. Kalau baby tu angkat kaki dia, maksudnya yang dalam perut tu
lelaki. Sebab baby “menolak” yang berlainan jantina sebab tu dia angkat kaki
dia. Dan baby tu betul-betul angkat kaki dia. Aku try guna baby boy
umur 6 bulan pulak. Baby tu tak angkat kaki. Haaaa.. :D
Sejujurnya, aku dan suami tak
kisah pun jantina apa. Asalkan sihat walfiat sempurna fizikal dan
mental..alhamdulillah dah. Tapi macam seronok tengok macam-macam kaedah orang
tentukan jantina baby dalam perut. :)