Monday, December 27, 2010

Hari ini birthday mama.

Hari ini birthday mama.

Adik-adik I biasalah, dah excited beli hadiah. Bila diorang beli, I pun taktau..tiba-tiba je.."Kekna, nak pinjam wrapping paper!" Pinjam weh, tak pernah pulak diorang pulangkan balik..wuuu~

I selalu bagi hadiah belated. Tapi few months ago dah terfikir-fikir nak bagi hadiah apa. Buntu. Bukan senang nak bagi hadiah kat mama ni. Kalau dia tak suka, memang dia tak suka la..peduli apa kan.

I dah nak masuk 24 tahun hidup bersama mama. Dah tahu dah. Dia tak suka birthday card. Dia tak suka mug. Dia tak suka spongecake. Dulu pernah belikan baju. Sekali tak muat. haha. Belikan selendang, salah colour. Beli camera, rosak. Kasut dia suka, tapi tak boleh buat suprise, sebab dia kena try. I ni jenis yang suka buat suprise. Jadi rasa tak best kalau orang tu kena try dulu. * Tah pape tah kan.*


Okay, so untuk tahun ni..dia ada sebut pasal birthday month at Redbox. Amboi.Amboi.Amboi. Pastu dah tau dah mesti pilih lagu Titiek Sandhora..ngahahahahah. So I was thinking, nak belanja karaoke at Redbox. Tapi kena ada share partner la..hahahah..belum mampu den nak sponsor sensorang..hehehe..

Hope she'll like it!

Happy Birthday!
Harap mama sihat, happy and dapat apa yang mama impikan.

Love,

Liana.

Tuesday, October 12, 2010

Bunyi-bunyian tengah malam.

Pagi tadi dengar Hot FM Hot Chat. Cerita hantu. Menarik. Especially kakak yang kata nampak 'perempuan' tersengih2 kat bilik bos dia tuh..Uuu..seram you!

Banyak juga pengalaman aku pasal kisah2 mistik ni..tapi mainan perasaan ke hape ke aku tak tau. Paling kuat aku dengar bunyi-bunyian la..dan aku tak harap pun nak nampak 'benda' tu.

Aku ikut mak aku la kalau dengar bunyi-bunyian ni. Kalau harapkan Hanis dengan bapak aku..memang pekak badak. Eh bukan bukan, telinga kurang sensitif. ;p Haha takdelah gurau je, Hanis dengan bapak aku ni penakut yarabbi, walaupun diorang tak pernah kena 'kacau'. Memang lumrahnya macam tu lah, kalau orang yang penakut sangat ni jarang 'kena'. Orang yang berani ni yang 'dia' suka kacau. Mungkin dia nak cabar kot.."berani sangat ke?" bisik jembalang itu (KOT). Tapi bukanlah nak cakap aku ni berani sangat..tak cukup berani nak join pemburu hantu, tidak pula berani untuk face to face dengan hantu.

Mak aku kata kalau tempat2 yang 'keras', memang kita boleh dengar la bunyi-bunyian. Contoh pengalaman beliau, berpuluh tahun dahulu, ditugaskan berkursus di Pusat Putra (ni kot nama tempat tu ;p mama sila betulkan). Tengah2 malam dari dalam bilik kedengaran riuh-rendah orang mengemas di kantin. Tapi bila turun, gelap gelita sunyi sepi. Bila masuk bilik, dengar lagi.

Pengalaman aku pulak, pukul 2 pagi di Kolej Matrikulasi Kedah..(changlun nun!). Terbangun dari tidur sebab rasa nak terkucil. Nak pergi tandas rasa macam lain, tapi tak sampai hati pulak nak kejutkan roommate. Aku pun pergilah tandas sorang2. Masuk tandas bunyi cengkerik. Kuat. Bising sangat. Daripada bunyi tu, automatik kita akan fikir bunyi dari ribuan cengkerik. Memang bingit sangat. Aku fikir, "oh, alam semulajadi.." lalu meneruskan hajat. Setelah selesai, aku pun buka pintu tandas. Terus senyap. Sunyi sangat. Takde satu bunyi pun. Tiba-tiba meremang satu badan. Perghh..aku terus basuh tangan cepat2, tanpa melihat cermin. Aku tahan diri aku dari lihat cermin. Aku memang tak nak terlihat apa-apa yang bakal muncul kat cermin tu! Terus berjalan laju ke bilik, tarik selimut sambil mulut terkumat kamit baca ayat Kursi.

Itulah maksud aku bunyi-bunyian.


Ada pengalaman lebih seram? Kongsilah.






p/s: Cerita pasal matriks, teringat pada suatu malam..aku study, sampai lewat. Pukul 2-3 pagi jugaklah. Dapat SMS daripada seorang rakan, (aku tak ingatlah siapa).

Text message received:

Tengah buat apa? Study ke?
Cu lapar tak. Nak karipap?
Nenek ada bawak karipap.
Sinilah nenek tunggu kat tepi tingkap ni.


Memang mintak kena maki.

Tuesday, October 5, 2010

Tesco dan sekutunya

Tesco & Tesco Extra.

Aku tak puas hati dengan kau.

Buat kaunter sampai 30-40 biji.

Tapi bila aku nak bayar tengok 3 kaunter je buka.

Aku kena beratur panjang.

Setiap kali pergi, aku kena beratur panjang.

Aku tak suka.

Tu je nak cakap.

Wednesday, September 29, 2010

Pagar hijau keliling rumah

:)

Teeheeeheeee..

Ok just nak share with you all akan ketidakpuashatian saya terhadap sesuatu.

Few days back, I went to Subang Jaya..(tempat ku dibesarkan). Nak pergi shoplot kat USJ 11 tu pun boleh sesat. Baru few months tak datang dah naik pagar keliling housing area tu..confuse terus I. I was thinking boleh lalu through housing area tu..then ada guard jaga. Dia tanya nak pergi mana? (ok sebenarnya dia tak tanya pun, dia tunjuk muka je bila aku buka tingkap :p) I said shoplot. Dia angkatlah cone tu bagi I masuk. Pusing punya pusing..sume entrance ke shoplot diletakkan pagar and no entry sign. Haiyoo..then I decided untuk keluar dari situ and make one big round before I finally found the entrance. Hmm..

My point is..I understand kalau situ banyak crime ke apa yang menyebabkan residence community pasang pagar keliling (sampai confuse aku!). Tapi guard yang jaga macam tak berfungsi je..baik takyah hire guard.

Sama macam USJ 5. Pagar keliling. Setiap jalan ada guard. Pada suatu hari aku saja ronda-ronda tengok rumah banglo (hobi sejak kecil :p). Sampai kat kawasan tu je..ada guard. Mr L.O.V.E gelabah dah. I cakap relax, lalu je. Sekali betul dia bagi masuk weh, angkat tangan siap! Weh, aku bersimpati kot kat orang2 yang tiap2 bulan bayar guard!

Jadi pada pendapat aku, tak berfungsi kot pagar dan guard tu. Lagi menyusahkan ada. Sebelah USJ 5 tu, stadium MPSJ..kadang2 budak sekolah ko-kurikulum kat situ..instead of langkah longkang dan sedikit semak seperti selalu, now diorang kena buat pusingan pulak..oh kasihan..oh kasihan..aduh kasihan...(siapa tau ni lagu apa? :p)

Ok, tak puas hati tu je..

Teeheeheee...

:)

Tuesday, August 24, 2010

Puasa

Assalamualaikum! Dah setengah bulan berpuasa..amacam?
Ada kurus sikit ka?
Saya dan program diet saya? Ada la turun dekat 2 kilo..hahahha..
Rasanya takde nak design program baru kot, just stick to the same one.

I busy u...sebab tu la tak update2.
Busy buat sales & marketing?
Takla..sekarang ni bahagian production.

Production kuih raya la..apa lagi..huwahuwahuwahuwa..

Dekat seribu balang nak siapkan u..so far dah 80% kot..
cuma tinggal chocolate chip butter pecan je nih..uish


Tadaa..!

Sekarang ni musim panas,
kalau boleh masa sahur & berbuka puasa kau minumla
setong air macam ni

OK?

Now just nak share makanan semasa bersahur..



Ayam Goreng Kunyit..nyam!




Daging Paprik with Petai..boleh kurus ka ini macam?




Oh, ini Hafiiz yang teringin omputih breakfast time sahur..layan sajalah.
Biasalah budak-budak..


Uish, tak sabar nak raya pulak dah..tergambar di wajah2 mereka yang berpuasa..





..dan tidak kurang juga yang tidak berpuasa..





p/s: hari ni nak kena siapkan lagi chocolate chip..tapi nak berbuka apa ya? Any idea?





Wednesday, August 11, 2010

Apabila syaitan diikat, nafsu bermaharajalela.

Ramai. Memang ramai orang terutamanya perempuan, menjadikan bulan puasa sebagai satu platform (ceyhh platform~) untuk mengurangkan berat badan secara tak langsung menguruskan badan lah.

Tapi saya kurang confident dengan cita2 mereka ini. Haha.
Daripada bilangan yang berazam nak kurus pada bulan puasa, saya rasa cuma 1/4 je yang betul turun berat. Selebihnya, gagal. (Ok, ini statistik cipta sendiri ^_^)

Sebab, kalau bulan puasa je, confirm berat saya naik. Haaa..
Why?

1. Sahur nak mantap. Bajet bekalan tenaga ah. Lepas sahur terus tidur pulak. Habis!

2. Buka puasa wajib meriah okeh. Lagi2 kalau buat reunion buka puasa. Melantak!

3. Semua orang jujurlah..berapa ramai yang exercise time puasa?

Contohnya, pagi tadi saya sahur cornflake dengan susu segar, nasi lauk daging petai paprik dan ayam goreng kunyit. Buka puasa pula lamb chop, potato salad, jagung dan aiskrim! Heheh..gemok kan? ;p

Jadi macam mana nak buat ni?

Saya sedang mengeksperimen program diet untuk diri sendiri ni. Kita tak boleh lah nak terus switch 180 degrees kan..so kita buat slowly.

1. Mula-mula, untuk sahur..masih maintain makan macam biasa, cuma kuantiti kita kurangkan separuh.

2. Untuk buka puasa pula tak perlu kurangkan kuantiti dahulu, cuma kurangkan makanan berlemak macam popiah goreng, rangka ayam goreng, hati ayam goreng, lamb chop dan lain2!

3. Buat senaman ringan yang berbentuk strength or weight training. Tak perlu pulun buat cardio workout sebab anda confirm akan pitam 3 hari..hahah. Contoh kita boleh buat body weight training macam push up, squad, plank dan lain-lain. Mungkin boleh mula dengan mengambil 15 minit sahaja daripada 24 jam anda :) . Kemudian bolehlah gandakan kepada 30 minit sekiranya anda mampu.

Info: Pada bulan puasa lebih berkesan sekiranya anda buat strength training daripada cardio workout. Cardio memang terbukti baik untuk jantung, tetapi kerana anda berpuasa, anda tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk cardio dan cardio workout hanya membakar calorie semasa workout contohnya semasa jogging. Tetapi strength training banyak melibatkan penggunaan muscle, jadi senaman seperti ini akan terus membakar calorie walaupun selepas tamat bersenam. Dan anda pun tidaklah termengah-mengah nanti.

Kita maintain step ni untuk seminggu dulu. Tengok apa jadi.
Anda ingin mencuba? Semoga berjaya. ;p

p/s: Jangan lupa timbang sebelum cuba. Nanti dah seminggu timbang kata takde perubahan padahal sebelum ni berat dah naik tapi tak sedar pastu..gdhirhfsksaspfftttt.

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!

Assalamualaikum!

Fuh..dah lama tak buka blog ni..had been very busy with work. Sibuk sampai adikku Imran masuk asrama pun tak tahu..mak aih..padahal duduk sebumbung!

Now, segala anasir yang 'menjauhkan' I dengan family telah ditolak tepi. Kepada readers kesayangans yang tertunggu-tunggu new entry tu..ampun maaf dipinta mensuci hening dosa setahun menghilang sekarang menjelang~ :p

Untuk Ramadhan ini, akan ku coba menghasilkan entry2 berinformasi untuk mengisi masa lapang anda di siang hari! Waah..since dah tak boleh makan kan..santapla blog I ni..hahah..

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!
Mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang ada terguris hati sepanjang perkenalan kita.
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan rejeki kepada kita..hihii..


p/s: Esok pagi sahur apa?