Sunday, July 21, 2019

JALAN - JALAN TOKYO PART 1 (Planning Stage)


Nak dekat setahun baru datang mood nak update pasal trip Jepun..


Bukan apa, sebaik sahaja balik dari Jepun, memang semangat. Dok la menyusun gambar2 dalam post ni, tapi blog ni tak memberi kerjasama..asyik lari je gambar2 nya..pastu gambar terpadam la hilang la ape la...ehhh aku tutop aje le blog ni kejap. Renyah pule..


Ok mari kita mulakan..


Trip Jepun ini kami beli tiket pada Januari 2018. Masa tu tengah ada sale MAS ke apetah..plan la satu keluarga nih! Beli tiket untuk fly bulan Oktober 2018. Harga tiket lebih kurang RM1700 seorang. Ingat ya, lagi lambat lagi mahal. Tapi nasiblah kadang2 ada sale tengah2 tahun, ikut hangpa lah.


Biasanya kalau kami sekeluarga pergi travel oversea, yang akan book tiket flight adalah adikku Imran.
Hotel / homestay akan di book oleh adikku Hafiiz dan Kekna. Kami akan pilih2 dan compare pencarian kami yang mana paling ok untuk diduduki.


Transportation biasanya Kekna assign hafiiz (untuk train/ subway/ bas) sebab dia arif bab public transport. Kalau sewa kereta, Imran. Tiket2 park attraction is also hafiiz sebab mamat ni rajin baca jenis2 tiket, rules & regulations, reviews, package2, hari apa ramai hari apa tak ramai. So kita serah kat dia. Manakala itinerary (SEMUA TRIP LOKAL DAN OBERSI) is by yours truly - me.


Pertama, pastikan kenderaan yang akan membawa anda ke destinasi, adalah yang pertama sekali diselesaikan dahulu. Kalau ke luar negara, tiket flight lah kena beli dahulu. Sebab kalau book hotel dulu nanti flight pulak penuh tak ke naya....


Ok settle tiket flight, barulah boleh cari tempat penginapan. Tapi kami buat itinerary kasar dahulu, sebabnya, kami bukan ke Tokyo sahaja, kami juga ada ke Disneyland, ke Osaka, ke Kyoto dan harus patah balik ke Tokyo kerana flight pulang ke tanahair dari Tokyo.


Bab ni pening sikit kena susun elok2 supaya takda kejadian silap kira tarikh silap kira jumlah bermalam. Jangan nanti ada yang tidur tepi jalan pulak  xD


Dah decide tarikh apa, nak pergi kemana, apa semua....barulah book homestay. Kami gunakan AirBnB.
Tapi disebabkan kami pun dok bertangguh2 cari homestay ni, dapatlah rumah yang mahal, (RM2800+ satu malam huhu..) Selesa, cukup kelengkapan, tapi takda decor2 la..perabot2 lama dan basic. Udah namanya Jepun kan, memang mahal sikit. Lepas tu nak cari rumah besar, sebab keluarga besar kan, agak mencabar.

Ni laa keluarga besar tu ;p

Kami dapat homestay di Ikebukuro. Tak jauh sangat dari city, tapi asalkan dekat dengan train station, segalanya mudah!


Memandangkan kami ke Disneyland dan ambil package bermalam, kami book package menggunakan app Klook. Selain Klook, boleh beli terus dari website, atau pergi je Japan Travel Bureau (JTB) beberapa lokasi di Malaysia. Disini ada jual segala mak nenek tiket untuk anda ke Jepun. Kami pergi di cawangan Aeon Shah Alam untuk beli JR Pass (tiket bullet train). JR Pass ni adalah railway pass yang dikhaskan untuk pelancong, maka anda tidak boleh beli di Jepun. Mesti beli di Malaysia ya.


Nanti dah sampai Jepun, kena pergi kaunter JR di mana2 station besar untuk verify dan exchange kepada pass sebenar.

Rupa JR Pass ni macam ala2 passport la.
Simpan elok2 sepanjang korang berada di Jepun ya.
Photo: www.seat61.com


Apabila dah settle all bookings, barulah kita perincikan itinerary kita. Dalam itinerary mesti ada, tarikh, hari, masa, transport apa, lokasi apa, activity apa, berapa jauh satu lokasi ke lokasi lain,  makan kat mana, kena makan dulu di homestay atau tidak, kena keluar rumah pukul berapa..se-detail itu ya...Terutama bila berjalan dalam group yang besar sebab mesti akan ada makhluk tak faham bahasa dan tak aware kena bangun pukul berapa, mandi pukul berapa siap pukul berapa, lokasi mana kena rush, lokasi mana boleh relax2. Nasib naik JR Pass tu tiketnya unlimited. Tertinggal train, boleh book time lain. Geh! (bercakap berdasarkan pengalaman xD)

Jangan ingat dah settle ya, ke Jepun tak perlu visa, tapi tolong pastikan passport anda valid jah! Nanti beria packing semangat2, sekali passportnya mati aduhh sakitnya tuh disini!

Now packing time!
Periksa cuaca disana dan google fesyen disana semasa musim itu agar anda tak salah bawak baju. Takut nanti nampak "peghak'' la pulak kikikiiii

Packing makanan. Bab ni paling ramai yang tanya..

Kekna bawa nasi dah siap masak, bawang, cili padi dah siap hiris dan tumis, kentang, tempe, yang dah digoreng, sambal2 ready to eat, sardin, tuna, paste2 masakan yang instant dan homemade. Apa2 sahaja ikut selera anda asal pastikan semua dah siap dimasak. Sayur/buah/haiwan2 mentah semua tak boleh bawa ya! Kalau nak bawak kena masak dulu.

Kekna pack didalam bekas recycle, dan masuk plastik kemudian di seal untuk perlindungan ekstra dari kebocoran. Persis iklan diapers gitcheww xD

Lagi satu, sesampai je homestay, makanan lah benda pertama yang harus di unpack, check condition dan terus masuk peti sejuk! Kalau ada jenis makanan yang tak berapa tahan, cepat2 panaskan.
Maka, dinasihatkan bawa makanan yang kering2 seperti gambar dibawah.


Label siap2 supaya kalau kena tanya nanti boleh explain dekat pegawai kastam
dan juga mudah nak cari bila kita nak makan nanti. 


OK sekarang bab beras. Kekna bawa 3 kg beras - pack 3 x 1kg agar boleh diagih ke bag2 orang lain.
Ingat ya, makanan mesti agih2 antara semua ahli..jangan humban semua dalam 1 beg. Sebab kalau berlaku perkara tak diingini seperti;

1- Salah satu beg tertinggal di Malaysia atas kesilapan pihak penerbangan. Kena pulak beg makanan, hmm naya lah macam tu.

(Pengalaman Kekna, pihak penerbangan tertinggal stroller dan beg mekap di Dubai semasa kami transit disana, jadi mereka terbangkan dari Dubai ke Malaysia, kemudian pihak KLIA hantar ke rumah Kekna)

2- Sewaktu pemeriksaan kastam, beg yang penuh makanan yang dia pilih untuk buka dan cek. Kena mood dia tak baik, semua dia suruh buang..hmmm naya lagi..

Semasa saya ke Jepun ni, saya memang tak tahu menahu berkenaan Phytosanitary Certificate. Berdasarkan sumber yang saya dapat, Phyto cert. ni kena ada kalau nak bawa beras mentah. Kami ke sana pada 28 Oktober 2018. Masa sampai di airport Tokyo Narita, Kekna ternampak ada papan notis bertulis - Phyto Cert ni berkuatkuasa 1 Oktober 2018. Means masih sangat2 baru kuatkuasa lah masa tu kan. Memandangkan dah bawa berasnya, kita tawakal aje ler. Selawat dan doa sambil maintain muka cool jerrr..(yang ni Kekna pakar kahkah)

Berkenaan kena declare atau tidak; Disembarkation Card yang kita kena isi masa arrival tu kan, Jepun punya sangat brief. Tak begitu detail macam Australia. So, technically memang tak declare lah bawa beras dan makanan lain. Dah tu, soalannya pasal crime dengan narkotik jer..memanglah tidak berkenaan haha xD

Lepas ambil beg, kita kena lalu tempat pemeriksaan beg. Beg kami memanglah sorang satu kan..total ada dalam 9-10 beg luggage besar2 tu. Nampaklah muka pegawai tu macam berputus asa serta merta tatkala melihat beg2 kami hahaha xD . So, dia bagi lalu je.

Kadang2 bukan sebab kita bawa barang terlarang, kadang2 ikut nasib, ikut mood pegawai kastam tu la. Dia nak tahan, dia tahan la. Dia nak lepas, dia lepas je. Kadang2 terlepas berkat doa kita. Entah lah benda yang tak pasti. Kalau kena tahan pasal bawak makanan, paling2 teruk pun dia buang je makanan kita. Janganlah sedih sangat. Nak buat macam mana, apa yang kita buat semuanya ada risiko kan. Setakat ni takda lagilah denda duit. Denda duit biasanya melibatkan benda2 macam alkohol, rokok dsb.

Yang penting kena bijak. Cek barang apa yang boleh bawa, barang apa yang tak dibenarkan..kalau dia kata barang mentah tak boleh, kita masak lah dulu. Contoh Kekna nak bawa bawang, Kekna bawa bawang yang dah tumis. Dan kena relax! Kalau beras tak dibenarkan, beli je la disana. Orang Jepun pun memang makan nasi kan..don't worry too much lah! Kebarangkalian untuk mati kebulur tu agak tipisla kehkehkeh


Ok dah lepas kastam kan.


Kita sambung di episod akan datang!












Monday, July 16, 2018

JALAN - JALAN PERTH


Kalau nak cerita semua pasal trip Perth ni, memang 2-3 post pun tak cukup. Jadi Kekna ringkaskan..letak info paling penting je okeh!

Sepatutnya trip ni 8 orang. Tapi sebab sorang visa tak lepas, jadi tinggal 7 orang. 
Haaa, perkara pertama kalau nak bercuti di Australia ialah kena apply visa. Semak pasport pastikan tarikh nak travel lebih 6 bulan dari tarikh luput pasport. Lepas tu kena apply visa, dah lulus baru lah beli tiket. Visa tu valid setahun maka tiada masalah lah kot dengan tarikh tiket ye dak. Boleh apply visa online je di www.easyeta.com . 
Kalau tiada masalah pasport, 24 jam siap!

Berselera pulak dia makan dalam flight

Kami naik flight Malaysia Airlines. 
Tak pastilah ada offer ke apa masa tu, 
tapi harga tiket cuma lebih kurang 
RM1400++ seorang dewasa.

Bila sampai airport, beli simcard. 
Kami beli vodafon sebab harga dia AUD20 untuk 25GB. 
Waaweeee..

Mesti tekak2 melayu jawa nusantara semua nak tahu kan 
makanan apa yang boleh dibawa.
Ini adalah senarai barang makanan yang kami bawa dan 
tidak kena rampas/buang dan sebagainya;
Beras, sambal yang komersial pelbagai jenama, pes masakan pelbagai jenama, kicap, supplement, panadol, ubat batuk dan selsema kanak2, gaviscon, sardin dalam tin, tuna pedas LOL, cili flakes, ikan bilis vacuum packed.

Tak berani bawak sambal homemade sebab takut kena buang hahah..
sebab tu beli sambal yang jual di supermarket sebab labelling dia complete kan.
Tapi lepas tu menyesal sebab beg tak kena cek pun.

Yang mereka concern cuma beras. Jadi bila bawak beras, 
beg kami kena beratur untuk 
dihidu anjing di airport. Tapi takda apa pun.
So lepas lah kesemua bagasi kami.

Oh yaa, tolong jangan bawak instant noodle ya. 
Depa siap tanya kat cheq lagi do you bring maggi? 
Oh no no no mister. I'm here to cook like kenduri, no maggi2...
Kehkehkeh. Lebih lanjut makanan yang tak boleh dibawa boleh rujuk sini http://www.agriculture.gov.au/travelling/arriving-in-australia





Di Perth kami memilih untuk sewa kereta, kerana 
public transport disana kurang efisyen. 
Stesen jauh2 dan ada dikawasan bandar sahaja. Tapi sekali sekala teringin juga memandu di negara orang kan. Kereta ini kami sewa dengan https://www.ariescarrental.com.au/ . 

Settle booking kereta, mereka akan SMS. Jadi bila dah selesai dengan imigresen dan kastam, terus telefon nombor yang SMS tu. Mereka akan hantar van atau bas untuk pickup rombongan anda dan bawa ke ofis mereka untuk penyerahan kereta. Nanti anda akan kena bayar wang cagaran AUD400 in caselah ada accident ke apa masa guna kereta sewa kan. Sebarang kerosakan dia akan potong dari wang cagaran tu. Kalau takda apa2, lepas sebulan, dia refund. Jadi pastikan ada duit tunai atau kad kredit atau kad debit yang dah di aktifkan untuk kegunaan oversea semasa mengambil kereta nanti. Jangan risau, urusan mudah sangat sebab 
manager kat sini orang Batu Pahat kahkah!


Kami sampai di Perth pada pukul 2 petang. 
Urusan di airport pun dekat 2 jam, sampai di homestay dah nak gelap. 
Maghrib dia lebih kurang 5.30 - 6 petang macam tu. 
Oh yaa, jangan terkejut ya, di Perth ni hampir semua kedai tutup pukul 5 petang. 
Kecuali hari Khamis, tutup pukul 9 malam.
Kalau travel 2-3 orang memang boringlah, waktu malam taktau nak buat apa. 
Saya suggest datanglah beramai2 hahaha..

Berbalik kepada cerita maghrib tadi, 
kami sampai2 homestay mestilah laparrrr kena masak untuk makan malam!
Nasib baik ada satu kedai runcit pakistan masih buka. 
Kami pun terjah, tapi beli sekadar untuk masak malam tu je. Sebab mahal sangat2!
Tunggu esoknya supermarket bukak baru boleh shopping.



Ramaiiiii sangat yang tanya contact homestay yang kami duduk di Perth haritu. 
Sebab best kan! hehe..
Yang tak tau boleh tengok di highlights instastory kekna di instagram okeh!
Rumah tu kami jumpa di AirBnb. Nama rumah tu Luxury Perth Home 1
Muat 8 orang dan harga kami bayar untuk 8 malam sebanyak RM7500. 

Senarai supermarket boleh google bergantung area yang anda duduk, kami duduk 
berdekatan dengan Belmont Forum, dalam tu ada Coles dan Woolsworth. 
Makanan disini mahal jadi banyakkan masak lah ye untuk jimat.

Yang menarik tentang Perth ni ialah ada banyak parks atau taman.
parks dia sangatlah bersih sangat best untuk picnic. Dengan cuaca yang sedang2 tak panas tak sejuk di bulan June tu kan, best sangat, beli boomerang siap2 untuk aktiviti masa picnic. Kami picnic di Kings Park dan McCallum Park.
Manusia paling excited untuk picnic. Kehulu kehilir dengan cupcakes dia tu.
Beli di Coles. Sedap!

Nasi putih menu wajib bagi tembolok nusantara. Ayam ungkep, cucur bawang, sambal bilis,
kentang tumis ikan bilis, pastries dan jajan dari coles.

Tak rasa penat pun berlari kesana sini mengejar boomerang sebab tak panas hehe.
bangunan belakang tu adalah toilet yang bersih. Jadi dont worry and enjoy your picnic okeh!

Lord of the Fries ni adalah makanan vegan. Jadi automatik dia halal lah ye.

Milkshakes dia pun vegan tau guna almond milk.

Borong bang hehe..
Trip ni saya pack kan baju sorang 3 pasang je. Sebab shopping pakaian disini murah! 
Kami shopping di Target dan KMart. Terima kasih kepada yang suggest pergi KMart tu memang 2 kali pergi, 2 kali troli penuh! hehe..Barang murah sangat macam kalau tak beli nanti termimpi2.


Tahukah anda, 2/3 dari Australia adalah gurun? Sebab tu pokok renek2 je.
Ini adalah kawasan berhampiran Caversham Wildlife Park. Siapa suka binatang boleh datang sini. Tiket masuk AUD29 untuk dewasa, kanak2 AUD13

Possum

Parrot.
Beratur untuk bergambar dengan wombat.

Koala opkos

Kangaroo yang jinak




Elizabeth Quay

Nombor plate kereta disini memang cam suka hati je ke hahaha
 tertarik pulak nak beli kereta hehehe




Makan di Kailis Fish and Chip di Fremantle. 
Harga sepinggan ni AUD 49.50++ . Boleh makan 2 orang.
Sandwich tu untuk Camilla. Harganya AUD 11.
Selain fish and chip ada juga fresh seafood dan macam2 dessert!

Fish and chip flavoured gelato anyone?



Fremantle Market. Buka Jumaat - Ahad sahaja.
Sejenis bazaar ada banyak stall jual makanan, minuman, local produce, 
buah, sayur, barangan unik macam daging buaya salai, barang vintage macam tulah.
Kami makan sushi dan kebab disini sedap! Tapi mahal hehe..buat alas perut je.
Dah 2 kedai kebab saya cuba, harganya sama 
AUD13 untuk sekeping kebab sorang makan. 
Darab 3 lah duit kita.


Ini pulak Cicerello's Fish and Chip di Fremantle jugak. 
Hehe 2 kali pergi Fremantle. 
Pendapat saya Cicerello's lebih sedap. Dan lebih murah.




Saya tak pernah cuba kopi brand ni. Nampak macam trending di Instagram.
Jumpa di Perth saya terus beli 3 jenama hehe. Murah 50% dari di Malaysia.



Kalau nak lihat bandaraya Perth bolehlah shopping sambil sightseeing 
di Hay Street dan Murray Street. 
Lebih kurang macam Oxford Street di London tapi skala lebih kecil gituh.

Memandangkan sewa kereta, kenalah fikir pasal parking ye. heheh..
banyak parking spot di kaki lima tapi terhad kepada 1/2 jam atau 1 jam sahaja. 
Untuk parking lebih lama, boleh park di bangunan khas untuk parking. 
Ada beberapa syarikat, kami pilih Wilson parking sebab ada banyak branch. 
Google map je nearest parking keluarlah semua.
Rate parking berlainan setiap bangunan tak pasti kenapa. 
Secara purata lebih kurang AUD 4 - AUD 9 sejam.



Ada yang suggest kedai ni, nama kedai Charcoal Chicken Express. 
Menu ayam dia biasa2 je, yang sedap lagi berdosa ialah Lamb Ribs. 
Memang terangkat.
Mesti cuba! Full rack ribs AUD14.95 . Boleh makan 2-3 orang.



Masa ni masak meriah sikit sebab esoknya dah nak balik! Kena kosongkan peti sejuk. 
Taknak bawak balik Malaysia makanan2 ni semua sebab beg penuh barang shopping haha!



Kami cuba San Churros di Belmont Forum. Sedikit hampa sebab churros nya keras. 




Car freshener AUD 4 wangi gilaaaa! 
Borong untuk diri sendiri dan buat souvenir untuk BFF.



Barang2 dedobot di KMart selain baju berhelai2 haha. Bukan apa memang murah sangat! Sehelai baju budak AUD 3 - AUD 8. Seluar jeans cantik2 pun baru AUD 10 - AUD 15. Memang saya borong size besar sikit. Selipar tu AUD 3. Maknanya cuma RM9. Opkos grab!

Lunch box tu AUD10. Maknanya RM30 je. 
Cantik pulak tu gambar unicorn. 
Wooden Kitchen mixer tu kalau kat Malaysia ni confirm RM50 ke atas.
Di Kmart cuma AUD 8. Ko ghasee? Anak tak gila, mak yang gila hahah!


Suami saya borong barang camping.




Cereal pun hakak borong diknon! Yang ni AUD5 je. Sedap!
Kalau ada di Jaya Grocer mesti RM20 ke atas. Setakat ni belum jumpa.
Sampai Malaysia ada orang mintak 1..sedap katanya...eh ehh sapa suruh tak beli kehkehkeh




Sebelum ke airport dan pulangkan kereta sewa, kami lunch di park.
Pemandangan picnic di McCallum Park. Ada family locals buat potluck birthday party. 
Simple and sweet sangat.

Insyaallah Kekna akan ke Perth lagi kalau direzekikan. Bukan apa nak teman sorang lagi yang visa tak lepas haritu kan haha. Nak dijadikan cerita, visa dia lulus 3 hari selepas kami pulang dari sana. Saja tau.















Thursday, July 12, 2018

Resepi Nasi Ayam Hainan


Resepi Nasi Ayam Hainan - resepi asal by Nani Rostam. 
Tapi saya adjust ikut suka hati 
hingga menjadi igauan Nani Rostam kehkehkeh




Saya suka masak Nasi Ayam. 
Sebab mudah.
Sebab lengkap segala nutrisi dalam satu hidangan.
Sebab bahan asas yang digunakan sangat sedikit. 
Sebab belum jumpa orang yang tak suka Nasi Ayam.
Sebab sesuai dihidang di majlis kecil atau besar.
Sebab resepi saya resepi yang sihat.


Ada 6 komponen dalam sebuah hidangan Nasi Ayam;
Nasi. Ayam. Sup. Kicap. Sambal. Sayur


Tapi cuma 3 bahan ASAS;
Bawang besar (merah atau holand).
Bawang putih.
Halia.

* ada lagi bahan lain, tapi yang terpaling penting 3 bahan ni*

Resepi ini untuk seekor ayam (4-6 orang makan)

Pertama sekali mesti blend bahan asas;
1 biji bawang besar (tak kisah bawang merah atau holand)
4-5 ulas bawang putih
1 inci halia

Kedua mesti rebus ayam seekor tidak dipotong.
Masuk je segedebuk tu dalam periuk dan rebus lebih kurang 30 minit.
Heyyy ayam tu cuci dulu ya. Jangan direbus dengan organ2 semua tau!
Masukkan juga
1 ulas bawang putih yang diketuk,
halia hiris dalam setengah cm je, sedikit garam,
1/2 sudu besar serbuk pati ayam,
2 sudu besar bahan asas yang diblend tadi.

Ketiga, tumiskan bahan asas yang diblend tadi. Tak perlu minyak banyak. Cuma 2-3 sudu besar sahaja. Lebih sihat jika guna minyak zaitun. Tak perlu garing, cukup setakat dia kering sikit je, sekadar nak mengeluarkan aroma bahan2 tadi. Setelah tumis bahagikan kepada 2 bahagian. Separuh untuk nasi, separuh untuk sup.

*Jangan cuci kuali tumis ni, sebab nak buat masak kicap dia nanti. Biar ada rasa dari bahan2 tumisan tadi*

Keempat cuci beras (mungkin 4 pot untuk 4-6 orang makan, ikut hangpa la nak banyak mana nasi tu)
Cuci dan tos, masukkan daun pandan, 1/2 sudu teh garam, 1/2 sudu teh ajinomoto, dan separuh dari tumisan bahan asas tadi. sementara tunggu ayam siap direbus. Sebab masak nasi ni guna air rebusan ayam.

Kelima, setelah ayam dah cukup masak, biar sejuk sikit dan keluarkan dari periuk dan letak di atas dulang pembakar (yang telah dilapik aluminum foil). Tapis air rebusan. Buanglah benda2 terampai tu ya. Ambil sedikit air rebusan ayam untuk masak nasi tadi. Kuantiti air rebusan sama dengan sukatan air yang biasa kita masak nasi. Teruskan masak nasi macam biasa.
*Jangan tambah segala kayu manis, bunga lawang lah bagai ya. Itu bukan Nasi Ayam Hainan, itu nasi ayam meleis kehkehkeh*

Keenam, didalam mangkuk lain, campurkan
1 sudu teh minyak bijan,
1/2 cawan kicap manis,
1/2 cawan kicap cair,
2 sudu besar sos tiram.
Gaul sebati, gunakan kicap ni untuk perasakan dan bagi warna kepada ayam rebus tadi. Siram2 dengan sudu je, tak perlu tebal, cukup cover seluruh ayam dah ok dah. Masukkan ayam dalam oven dan bakar pada suhu 200 darjah celcius. Berapa minit tu ikut oven masing2, set timer 7-8 minit dulu nanti cek kalau dah warna perang garing elok je dah boleh angkat lah sebab ayam tu kan dah rebus, kita cuma nak bagi garing sikit je. Kalau garing tak sekata, adjust2 lah ya. Jangan bakar lama sangat nanti ayam terlalu kering tak sedap. Biar juicy2 gitchew. Biar sejuk sikit baru potong ikut suka.

Ketujuh. Lebihan kicap dalam mangkuk tu masuk kedalam kuali tadi. Buka api biar mendidih. Masukkan air rebusan ayam tadi dalam 1 senduk dulu dan adjust rasa. jangan masin sangat. Biar sedang elok je. Kalau masih masin tambah lagi sikit air rebusan tu. Biar mendidih sekejap siaplah kicapnya.

Kelapan. Air rebusan yang masih ada dalam periuk tu dididihkan, tambah sedikit air dan tumisan tadi.
Tambah garam, serbuk perasa, 2-3 titis minyak bijan, dan sedikit serbuk lada putih. Adjust rasa ikut tekak hangpa noh. Kalau ada daun bawang boleh tabur lagi sedap. Ada bawang goreng pun boleh tabur dalam sup dan atas nasi. Kalau bawang putih goreng lebih kecinaan kehkehkeh.

Kesembilan. Jangan lah dilupakan sambalnya. 6-8 biji cili merah diblend dengan air. Masukkan dalam kuali dan biar dia mendidih sampai kering (ikut konsistensi sambal yang sesuai gitchew). Haip jangan pakai kuali kicap tadi ya. Cuci dulu kuali tadi. Ok dah kering rebusan cili blend tu, masukkan 2 sudu besar cuka dan 1 sudu besar gula. Adjust rasa, kalau kurang manis tambah gula, kurang masam tambah cuka. Tu je. Dah puas hati boleh angkat.

Kesepuluh. Hidang bersama hirisan timun. Cukup. Kalau nak tambah sayur lain macam salad dan tomato pun boleh. Tapi kuranglah kecinaannya kehkehkeh.

Netizen berkata di dalam hati.."Apeni kata mudah sangat buat nasi ayam ni, panjang lebar je stepnya aku tengok?! "

Ko rilek. Buat dulu baru kau akan sedar betapa mudahnya. Kali kedua buat makin mudah, kali ketiga kali keempat sebelah tangan je weh kehkehkeh


Selamat mencuba!

Monday, June 4, 2018

JALAN JALAN HATYAI


Bertangguh-tangguh nak share pasal trip Hatyai ni. 
Balik bercuti biasanya memang kerja2 dah sedia menanti gituh.

Anyways, ramai yang DM minta saya share pasal trip Hatyai.
Sebenarnya sebelum pergi, saya pun banyak rujuk blog2 orang lain hehe..

Untuk trip ini, suami saya memilih untuk memandu sendiri ke Perlis. Kami menginap di hotel Sanctuary Garden Hotel di Arau. Ambil bilik 4 orang. Hotel ni sangat basic haha. Macam hostel di pusat sukan kata Alisya. Nak  buat macam mana, hotel lain yang berhampiran stesen keretapi Padang Besar dah penuh. Tapi sebab semua kepenatan perjalanan jauh dari Shah Alam kan, tidur lena je hehe..

Esoknya pagi2 pukul 8 dah checkout. Sebab keretapi ke Hatyai bertolak pukul 9.55 pagi. Kita mesti berada di stesen pukul 8.55 pagi. Tiket pun belum beli. Sepanjang perjalanan ke stesen tu memang jalan kosong takda gerai2 ke apa. Jadi bila  keluar dari hotel, kalau jumpa gerai jual sarapan teruslah singgah ya, nanti menyesal macam kami hahah. Di stesen pun ada cafeteria jual sarapan, okla ada nasi goreng, mihun goreng, kuih2..tu jela selain roti2 gardenia tu kan.



Pulut ayam ni saya jumpa di gerai luar stesen, tapi kecewa pulut keras sangat hukhuk..


Sebelum masuk keretapi kena beratur di imigresen Malaysia dan imigresen Thailand. Bawa pen siap2 ya jangan jadi macam kami ni, dah nak sampai kaunter masih terhegeh2 isi kad putih tu sebab lambat jumpa pen haha.



Sambil beratur, ada orang tu tangan gatal bukak website PTPTN. Ada glitch rasanya, tiba2 nampak macam blacklisted. Gelabah la member sorang ni buat online payment hahahahah. 
Padahal tak blacklist ponnn haha



Inilah keretapi el classico yang kami naik. Open air je. 
Selesa. Perjalanan pun cuma lebih kurang satu jam.


Sesampainya di Hatyai, dari stesen minta tuktuk bawakan ke sini. Restoran Salma. Sangat terkenal dikalangan orang malaysia haha. Masa kami sampai tu masih pagi, jadi tak banyak menu yang ada untuk sarapan. Sarapan dia ok la, tapi tak rasa nak datang lagi :p. Ada nasi green curry, roti canai green curry, ada nasi lemak jugak. 




Check-in di hotel Diamond Plaza. Hotel lama, tapi bilik dia 
cantik dan selesa. Pastel gituh. 
Murah je booking guna Agoda.




Memang looking forward nak berurut di Hatyai ni. Rate sana kan murah je.
Service massage dalam hotel ni murah sangat! Tak perlu la cari diluar.
Tapikan...apakan daya takda rezeki nak cuba..tak sempat!
Rasanya tak cukuplah pergi Hatyai cuma 3 hari2 malam. 
Datang lain kali kena 4 hari 3 malam lah agaknya hehe..




Kemana-mana sahaja kami naik tuktuk. Dari stesen keretapi ke sekitar pekan Hatyai.
Murah dan sangat senang sebab dimana2 pun akan jumpa tuktuk ni.
Harga biasa sekali naik 20baht seorang. 
Kadang2 ada driver yang cuba nasib caj lebih, jadi sebelum naik pastikan tanya harga dan tawar!




Ini adalah tarikan pelancong di Hatyai. Floating market. Sedap2 makanan yang kami cuba.
Nasi goreng sedap, sweet potato ball sedap, padthai sedap, pulut mangga sedap, potato hat pusing2 kat stick tu ponnn sedap. Taip ni buat terliuq ja! Ok tetiba slang perlis ke XD




Sedikit teaser gituh!



Nasi goreng makcik ni sangat sedap!




Camilla paling suka floating market.


Malamnya kami ke Asian Night Market. Tujuan utama kesini untuk makan malam. Review kata banyak makanan halal. Jadi kita terjah! Happening la shopping disini, banyak gerai jual pakaian, kasut, gadjet, tapi mostly memang pakaian.




Ini hasil tangkapan di foodcourt Asian Night Market. Pulut ayam, Padthai, Kerabu megi, 
yang lain tu entah apa tak ingat XD. Harga lebih kurang KL kot.




Kerabu megi terpedas didunia. Memandangan berada di tempat orang, memang saya tak berani nak habiskan kerbau megi ni, saya rasa 2-3 suap je. Bukan apa, kita kena berjaga2 karang ada yang perut memulas nak tercir pulak haaa tengah bercuti ni tak sanggupppp. 
Memang rasa ralat la tak habiskan. Kalau dirumah pastiku habiskan sampai berpeluh2 ketiak. 
Sebab sedappp!



Biasalah pau daddy mainan. 
Takda mainan ni mati kutu jugak dia.




Esok pagi sarapan di Chabura dimsum. Memang best! 2 hari sarapan disini. Dimsum dia tak muak sebab portion kecil2 je. Tu yang ambik banyak tu sebab 2 orang dalam gambar ni hantu dimsum XD
Selain dimsum, ada masakan panas macam tomyam, nasi dengan daging goreng dan dessert famous di Hatyai ni, banana pancake. Harga sama macam KL.




Chabura dimsum tu lokasinya luar dari pekan Hatyai. 
Lepas melantak, kita kena jalan kaki la cari tuktuk hehe..




Kim Yong market. Ala2 padang besar je.
Tapi unik2 la barangan dia. Sangat banyak sandal fitflop tak ori (opkos). 
Bolehlah buat tukar2 sandal kan hehe..




Berdekatan hotel ada showroom Honda motors. Cik abe nak tengokla motor idaman dia kan.
Mestilah frust sebab harganya jauhhhh lebih murah dari Malaysia, tapi tak dapat nak beli hmmmm




Saja ambik video gerai tepi jalan yang sangat menarik. 
Tapi tak tak cuba pun sebab dah kenyang hehe..



Ini mini pancake yang sedap, inti kelapa dan manisan lain di Festival City Mall. 
Kebetulan ada event apa entah, ada banyak booth di ground floor. Hatyai ni ada banyak mall, kami dapat explore 3 mall sahaja. Setiap mall tarikannya berbeza.




Makan tengahari di Restoran Kelantan. Sedap! Harga KL hehe..
Makanan memang tak murah ya di Hatyai ni. Tapi sedap2..jadi sediakan duit je lah XD.



.

Berhadapan Chabura dimsum tu ada 7-Eleven. 
Sementara tunggu tuktuk kami singgahlah. Ehhh banyak pulak skincare kecil2 ni..
hehe murah jugak, apa lagi kita try jangan tak try! Boleh buat souvenir jugak!
Botol purple dengan biru tu beli di Boots pharmacy di Lee Graden Plaza.




Haruslah kena pau lagi. 



Short and sweet note:

  1. Naik tuktuk kena tanya harga dulu dan tawar. Sekitar pekan Hatyai cuma 20baht per pax. Kalau jauh sikit mungkin dia akan caj lebih sikitlah. Kalau tempat jauh, pastikan masa deal harga anda minta driver tuktuk tunggu anda di destinasi sebab kalau tempat jauh2 tak banyak tuktuk. Nanti kena jalan kaki pulak balik hotel hahaha..
  2. Bahasa pengantaraan adalah pertama bahasa melayu, kedua bahasa Inggeris, ketiga bahasa isyarat. Pertama kali sampai stesen keretapi, dapat driver tuktuk yang tak faham bahasa asing, jadi saya tunjuk isyarat makan dan sebut Salma Restaurant. Ok dia faham terus, alhamdulillah!
  3. Tiada masalah makanan halal. Kebanyakkan peniaga memang letak sign halal di gerai/kedai mereka. 



Ok itu sahaja perkongsian saya! Weeeeee....