Thursday, July 12, 2018

Resepi Nasi Ayam Hainan


Resepi Nasi Ayam Hainan - resepi asal by Nani Rostam. 
Tapi saya adjust ikut suka hati 
hingga menjadi igauan Nani Rostam kehkehkeh




Saya suka masak Nasi Ayam. 
Sebab mudah.
Sebab lengkap segala nutrisi dalam satu hidangan.
Sebab bahan asas yang digunakan sangat sedikit. 
Sebab belum jumpa orang yang tak suka Nasi Ayam.
Sebab sesuai dihidang di majlis kecil atau besar.
Sebab resepi saya resepi yang sihat.


Ada 6 komponen dalam sebuah hidangan Nasi Ayam;
Nasi. Ayam. Sup. Kicap. Sambal. Sayur


Tapi cuma 3 bahan ASAS;
Bawang besar (merah atau holand).
Bawang putih.
Halia.

* ada lagi bahan lain, tapi yang terpaling penting 3 bahan ni*

Resepi ini untuk seekor ayam (4-6 orang makan)

Pertama sekali mesti blend bahan asas;
1 biji bawang besar (tak kisah bawang merah atau holand)
4-5 ulas bawang putih
1 inci halia

Kedua mesti rebus ayam seekor tidak dipotong.
Masuk je segedebuk tu dalam periuk dan rebus lebih kurang 30 minit.
Heyyy ayam tu cuci dulu ya. Jangan direbus dengan organ2 semua tau!
Masukkan juga
1 ulas bawang putih yang diketuk,
halia hiris dalam setengah cm je, sedikit garam,
1/2 sudu besar serbuk pati ayam,
2 sudu besar bahan asas yang diblend tadi.

Ketiga, tumiskan bahan asas yang diblend tadi. Tak perlu minyak banyak. Cuma 2-3 sudu besar sahaja. Lebih sihat jika guna minyak zaitun. Tak perlu garing, cukup setakat dia kering sikit je, sekadar nak mengeluarkan aroma bahan2 tadi. Setelah tumis bahagikan kepada 2 bahagian. Separuh untuk nasi, separuh untuk sup.

*Jangan cuci kuali tumis ni, sebab nak buat masak kicap dia nanti. Biar ada rasa dari bahan2 tumisan tadi*

Keempat cuci beras (mungkin 4 pot untuk 4-6 orang makan, ikut hangpa la nak banyak mana nasi tu)
Cuci dan tos, masukkan daun pandan, 1/2 sudu teh garam, 1/2 sudu teh ajinomoto, dan separuh dari tumisan bahan asas tadi. sementara tunggu ayam siap direbus. Sebab masak nasi ni guna air rebusan ayam.

Kelima, setelah ayam dah cukup masak, biar sejuk sikit dan keluarkan dari periuk dan letak di atas dulang pembakar (yang telah dilapik aluminum foil). Tapis air rebusan. Buanglah benda2 terampai tu ya. Ambil sedikit air rebusan ayam untuk masak nasi tadi. Kuantiti air rebusan sama dengan sukatan air yang biasa kita masak nasi. Teruskan masak nasi macam biasa.
*Jangan tambah segala kayu manis, bunga lawang lah bagai ya. Itu bukan Nasi Ayam Hainan, itu nasi ayam meleis kehkehkeh*

Keenam, didalam mangkuk lain, campurkan
1 sudu teh minyak bijan,
1/2 cawan kicap manis,
1/2 cawan kicap cair,
2 sudu besar sos tiram.
Gaul sebati, gunakan kicap ni untuk perasakan dan bagi warna kepada ayam rebus tadi. Siram2 dengan sudu je, tak perlu tebal, cukup cover seluruh ayam dah ok dah. Masukkan ayam dalam oven dan bakar pada suhu 200 darjah celcius. Berapa minit tu ikut oven masing2, set timer 7-8 minit dulu nanti cek kalau dah warna perang garing elok je dah boleh angkat lah sebab ayam tu kan dah rebus, kita cuma nak bagi garing sikit je. Kalau garing tak sekata, adjust2 lah ya. Jangan bakar lama sangat nanti ayam terlalu kering tak sedap. Biar juicy2 gitchew. Biar sejuk sikit baru potong ikut suka.

Ketujuh. Lebihan kicap dalam mangkuk tu masuk kedalam kuali tadi. Buka api biar mendidih. Masukkan air rebusan ayam tadi dalam 1 senduk dulu dan adjust rasa. jangan masin sangat. Biar sedang elok je. Kalau masih masin tambah lagi sikit air rebusan tu. Biar mendidih sekejap siaplah kicapnya.

Kelapan. Air rebusan yang masih ada dalam periuk tu dididihkan, tambah sedikit air dan tumisan tadi.
Tambah garam, serbuk perasa, 2-3 titis minyak bijan, dan sedikit serbuk lada putih. Adjust rasa ikut tekak hangpa noh. Kalau ada daun bawang boleh tabur lagi sedap. Ada bawang goreng pun boleh tabur dalam sup dan atas nasi. Kalau bawang putih goreng lebih kecinaan kehkehkeh.

Kesembilan. Jangan lah dilupakan sambalnya. 6-8 biji cili merah diblend dengan air. Masukkan dalam kuali dan biar dia mendidih sampai kering (ikut konsistensi sambal yang sesuai gitchew). Haip jangan pakai kuali kicap tadi ya. Cuci dulu kuali tadi. Ok dah kering rebusan cili blend tu, masukkan 2 sudu besar cuka dan 1 sudu besar gula. Adjust rasa, kalau kurang manis tambah gula, kurang masam tambah cuka. Tu je. Dah puas hati boleh angkat.

Kesepuluh. Hidang bersama hirisan timun. Cukup. Kalau nak tambah sayur lain macam salad dan tomato pun boleh. Tapi kuranglah kecinaannya kehkehkeh.

Netizen berkata di dalam hati.."Apeni kata mudah sangat buat nasi ayam ni, panjang lebar je stepnya aku tengok?! "

Ko rilek. Buat dulu baru kau akan sedar betapa mudahnya. Kali kedua buat makin mudah, kali ketiga kali keempat sebelah tangan je weh kehkehkeh


Selamat mencuba!

1 comment: