Thursday, August 13, 2009

Tadika Bestari USJ 2 Subang Jaya

Aku terjumpa muka yang aku kenal sangat di Friendster. Muka dia memang tak berubah langsung. Dan aku pun tak tahu kenapa aku masih ingat namanya. Muiz. Classmate aku masa tadika. Dia langsung tak cam aku. Yelaaah baru ada jerawat kau dah tak kenal..dush3. Sekarang dia belajar di MSU. Dekat sangat kot dengan rumah aku. Kecilnya dunia.

Atas sebab itu, aku terimbau kembali zaman kanak-kanak. Pengetua tadika tu namanya Cikgu Roslina. Aku tak boleh lupa nama tu. Dia yang mengajar aku membaca dan dia sangat baik dengan aku. Kadang-kadang mak aku jemput lambat, hampir malam baru muncul. Maklumlah kerja di KL. Cikgu Roslina akan belikan aku keropok sementara aku tunggu. Ok tipu, sebenarnya anaknya yang nak keropok jadi dia belikan aku sekali. ;p

Pernah sekali dalam kelas, Cikgu Roslina ajar baca suku kata.

Cikgu Roslina: BA BE BI BO BU
Murid-murid: B...err..Aa...
Cikgu Roslina: B-A...BA..
Murid-murid: B-A..BA..
Cikgu Roslina: B-E..BE..
Murid-murid: B-E..BA..
Cikgu Roslina: Eh, bunyinya BE...
Murid-murid: (Angguk)
Cikgu Roslina: Sebutlah..BE..
Murid-murid: Err...zzzzz..blup..blup...*blurr*..*dreaming*..
Cikgu Roslina: Alahai penatlah saya..Liana, awaklah pulak tolong saya ajar diorang ni..(oh, well memandangkan aku je yang lancar kat situ..;p)

Aku pun ambil tempat cikgu lalu pegang pembaris sambil tunjuk kat whiteboard.

Liana Ezzana: B-A..BA..
Murid-murid: B-A..BA..
Liana Ezzana: B-E..BE..
Murid-murid: B-E..BE..
Liana Ezzana: B-I..BI..
Murid-murid: B-I..-BI..
Liana Ezzana: Okay ulang balik..(wah kalah Cikgu Roslina..heheh)..BA BE BI
Murid-murid: Err..Kurrrrrr...baa..baa.. baa..(cipta)
Cikgu Roslina: Aduhai..awak ni semua, dah berbuih-buih mulut Liana tu mengajar. Kenapa tak dapat-dapat lagi ni.
Liana Ezzana: (Pandang rakan-rakan lain dengan simpati sambil dalam hati rasa bangga tahap kembang hidung. Pencapaian ok. Pencapaian.)

Cikgu Roslina memang kagum dengan aku sebab aku dah pandai membaca berbanding murid-murid lain. Ini kebanggaan masa tadika je ok, jangan fikir bukan-bukan. (-_-")

Kawan-kawan yang paling aku rapat masa kat tadika, Nadia dan Qistina. Kawan-kawan sepermainan lain minta maaflah, memang aku lupa nama kalian. Aku dan Nadia adalah antara budak-budak yang selalu kena buli dengan Qistina. Pernah sekali main sorok-sorok, Nadia jadi tukang cari.

Qistina: Nadia, bawah tangga tak main tau. Kawan-kawan, tak boleh sorok bawah tangga tau.
Kawan-kawan: OK!

Nadia mula mengira, kami pun menyorok.

Qistina terus tarik tangan aku masuk bawah tangga.

Liana Ezzana: Eh, kan tak boleh menyorok bawah tangga.
Qistina: Ala, takpe..aku tipu je tadi.

Kami pun duduk diam-diam bawah tangga. Dari bawah tangga aku tengok Nadia kehulu-kehilir cari kami. Rasa kasihan sangat-sangat. Aku rasa nak jerit je nama Nadia. Tapi Qistina mati-mati suruh aku diam.

Akhirnya, Nadia tak jumpa pun aku dan Qistina. Kami yang melompat keluar dari bawah tangga.
Kalau tak silap aku, lepas tu Nadia dan Qistina tak berkawan. Suatu hari, Qistina ajak aku jumpa Nadia. Dia nak acah-acah minta maaf sambil hulur tangan kat Nadia, bila Nadia nak salam, cepat-cepat tarik tangan. WTF aku tak tahu mana dia dapat idea ni.

Kami pun pergi jumpa Nadia. "Nadia, kitorang nak minta maaf." Kata Qistina sambil hulur tangan. Nadia nak sambut tapi cepat-cepat ditariknya sambil ketawa-ketawa kecil. Giliran aku. Aku hulur tangan, tapi sepantas kilat Nadia capai tangan aku. Pap!

Liana Ezzana: Gasp!
Qistina: Ish..kan orang dah kata jangan salam dia.
Liana Ezzana: Ala..tak sempat, dia laju sangat.
Qistina: Ish..tak nak la kawan dengan kau.

Qistina terus berlalu pergi sambil menarik tangan Nadia. WTF????

Aku sangat terkesima ok. Aku pun duduk di suatu sudut sambil nangis..pura-pura. Serius aku dah cuba untuk mengeluarkan air mata tapi tak berhasil. Dan aku tak mendapat perhatian sesiapa pun. T_T

Pengajarannya, jangan jadi Pak Turut. Jangan ikut je apa yang orang cakap tanpa berfikir.

Oh ya, lagi satu peristiwa yang sentiasa segar diingatan. Kami duduk beramai-ramai dalam bulatan. Tak la ramai, dalam 7-8 orang. Sedang kami bermain-main..

Qistina: Hmm..ada bau busuk la..eee...siapa kentut..?

Kami pun mencari-cari bau tadi sambil tengok antara satu sama lain.

Qistina: Takpe-takpe, biar aku yang cari.

Qistina secara volunteer bangun dan menghidu punggung kami seorang demi seorang! Sampai kat aku.."Haa! Liana kentut!"

Sumpah aku tak kentut wey..

Liana Ezzana: Mana ada. Aku tak kentut pun..
Qistina: Ye aku dah bau, kau kentut..eee...kawan-kawan jom la, jangan kawan dengan dia. Dia kentut.

Macam biasa aku duduk di sudut sambil nangis pura-pura dan memerhatikan mereka main dari jauh.

Haha..biasalah tu..zaman kanak-kanak. Bila dikenang, rasa rindu sangat.

Sekarang bila difikirkan balik, kita semua tahu siapa yang kentut sebenarnya kan. ;-)




p/s: Kepada Qistina dan Nadia, kalaulah anda terbaca blog ni..minta maaflah bukan niat nak mengaibkan, sekadar menceritakan kecomelan zaman kanak-kanak. Don't hesitate to contact me, lets reunite!

27 comments:

Cik N said...

so cute...me wanna be a teacher one day..sonok je layan kanak2..n then lau da ade anak sendiri, leh cuti same ngn anak2...huhu

JMR said...

memori zaman2 berhingus lg erk...still igt lg erk...bgos22

Anonymous said...

wah. i loike your blog. eventhou at 1st cam boring, last2 i suke. weh3! ok. good job sukses curi hati sy rjn ke sini. hehe

NaniRostam said...

Ingatlah lagi masa tu, mama ada bank annual dinner, maka terpaksa minta tolong cikgu roslina tumpangkan Liana sampai malam. Mamapun rush balik lepas dinner tu, sampai2 dah gelap, bunyikan loceng tak da sapa keluar. Mama sangat risaukan Liana tidur rumah orang. Tiga empat kali round depan tadika (masa tu cikgu Roslina tinggal ditadika tu juga. Akhirnya mama dan daddy balik dengan hampa dan sampai ke pagi tak boleh tido sedih kerana tak pernah tido berjauhan dari Liana...

Pembetulan....masa tu kita tinggal di ss 19, Subang Jaya, tetapi Tadika Bestari tu, di Rumah Banglo, USJ 2/6G.

maria said...

nape qistina tu jahat? huhuhuhu

ederq said...

haha! klaka gila siap pegi hidu.

Ainee Cumi said...

eee qistina jahat..

Kekna said...

Miss N: Saya juga macam berfikir-fikir nak jadi cikgu juga..cikgu pendidikan seni..hihi

JMR: Bolehlah sikit-sikit..sometimes mak saya betulkan balik fakta-fakta yang saya tersilap..haha..mak saya lagi kuat ingatan.

mybreakfastclub: Thank u

NaniRostam: Yeah I still remember, esok pagi nak pergi kerja mama datang ngan daddy jenguk I kat tadika.

Ok silap lokasi, dah betulkan dah.

maria: Budak kecik lagi masa tu..pengaruh tv kot haha..

derqdnl: Lawak kan. Nak cover punya pasal.

ainee si ketua pari2: Haha..maafkan budak belum matang tu..;p

Anonymous said...

so skrng masih cari sudut or bucu2 dinding kew klu mengajuk nie..so klue senang nak cari hihihihi....

Mat Not said...

Muiz hanya di pembukaan. kesian dia. hero mati di tengah cerita....

-atiQah- said...

mmg comel kan zaman tadika..bila kenangkan kembali mesti senyum sorang2..saya skarang pun asyik teringat kenangan2 tadika je..tp dah lupa muka sorang2..kecik lg masa tu, skarang ni dah bsr..rasa mcm nak jd kecik balik.. :-p

p/s: kak liana, uitm grad bln brape?

kuizikel said...

tak jejak kasih ke qistina tu buat ape skang? mesti hebat.. kuat buli orang :).. hehehehehehehe

tapi budak2 kecik kan... teringat gak perangai buruk diri sndiri masa kecik... bila pk balik tah aper2 je perangai... macam haram pon ada ...hehehe

Kekna said...

Anonymous: Masih. T_T

Mat Not:Takda apa yang nak diceritakan pasal si Muiz tu. Sikit-sikit enterprem pun jadilakan, daripada takda langsung!

-atiQah-: Kan. Rasa nak tadika balik boleh tak. Uitm konvo bulan oktober.

kuizikel: Uish aura apetah dia pakai..semua orang ikut cakap dia..haha.. Sama la kita perangai masa kecil ntahapahapa.

Honeys said...

haha...kecik2 da jd kepale dlm geng..dasat gak bdk qistina tuh ehh..
ske attention..

tp u lak cute je..mcm tomey2 blur je bile qistina ckp or suruh ntahape2..besa laa tuh..i pown lbih kurg gitu gak..hehehh =P

Hanis Zalikha said...

hahahahaha qistina cuba buat macam itu kat kakak saya sekarang. mengaum nanti dia. dia dah kebal woh.

cik bunga said...

hahaaa....
sgt tidak senonoh itu qistine mesti nk cover malu kan...

NA said...

weh siries ah masa kecik2 dulu aku pun ada peristiwa cium bau kentut tu. tak paham kenapa budak budak sanggup hidu punggung. cuba cium bontot aku sekarang.

NONIE AZIZ said...

kekekeke...bila liana citer ni teringat anak akak Nurin pasal selalu kena buli/adik turut...sapa yang dia selalu luahkan bila kena buli..akak jugak...lama betul tak jumpa mama..kirim salam kat dia eik!!

Jom Masak Channel said...

jahatnye qistina tu..dah besar ni dia jahat lagi ke tak? haha

Anonymous said...

jhtnye qistina

Anonymous said...

hahaha...mcm2...hehe..
niway,anda dijemput hadir ke blog saya..kehadiran anda amat dihargai..!=D

-atiQah- said...

kak liana..bila nak update blog? :)

safanadia said...

liana..ni safa yg jumpe kat komuter batu tga tu..hehe..ingt lagi??update la..ke u bz tlg auntie kat umah..hehe..

Anonymous said...

hye liana!
kamu penah x skola kt teknik klang sekejap.sy rase sy knal kmu...

nothing said...

hahahah!!sO funny!!layaannn~

zinnia-lyana said...

haha lawak gile okeh. qistina tu macam ketua betol..

eh liana, ni mcm first time komen kt blog ni.

salam perkenalan. =)

Nina A said...

Omg tadika bestari indah ke? Sekarang dah takda kan tadika tu? I used to be in that tadika jugak, but umur kita lain. Kalau tak jumpa la classmate tadika!