Tuesday, December 25, 2012

Setelah 25 tahun baru ku tahu..

Dah 25 tahun hidup sebagai Liana Ezzana. Seorang kacukan Melayu dan Jawa....
kacukan ke?!.

Yang menetap di Malaysia sepanjang tempoh itu. Yang sangat-sangat menghargai makanan Malaysia. 

Oh, aku mungkin tergolong dalam kelompok hidup untuk makan. Pantang dengar makanan sedap, mesti cari! 

Lepas kahwin lagi gemuk kau!

Sepanjang tempoh gemuk, saya ada mencuba beberapa jenis diet.

  1. Diet ikan. Diet yang menolak daging ayam/lembu/kambing/unta/arnab. Sumber protein yang diperoleh dari ikan sahaja. - Tett..langsung tak berkesan! Mungkin sebab aku makan nasi berlauk kari ikan, ikan 3 rasa dan ikan masak lemak hahahahahahhahahh
  2. Diet makan apa sahaja selain nasi. - Sejujurnya, selama mana perut Melayu Jawa ni boleh tahan?
  3. Diet Subway. Selama 2 minggu, siang malam makan Subway. Tak turun pun. Tang jari kot kurus sikit. Bleghh.
  4. Diet ke-4 ni lain sikit. Sejenis amalan yang aku pun tak pasti asal usulnya, tetapi agak berkesan lah. Selepas makan, tunggu 30 minit baru minum air. 2 minggu aku amalkan, ok lah perut jadi kempis. Tetapi, bila satu hari tu tiba-tiba lepas makan rasa haus pastu minum, terus buncit balik macam tak pernah amalkan apa-apa pun. Apakah pengkhianatan ini?
  5. Diet makan apa sahaja. Tapi malam jangan makan.

Method ke-5 nampaknya paling berkesan untuk badan aku. Seminggu je tak makan malam, aku turun 3kg. Aku masih tak percaya lagi sekarang ni.

Setelah 25 tahun baru ku kenal badan sendiri. 

Kau rasa kau kenal badan kau? 
Kau rasa kau kenal diri kau? 
Kau rasa kau kenal keluarga kau?

Tetapi kita hanyalah manusia yang sentiasa alpa. Pasti ada sesuatu yang baru kita sedar setelah bertahun-tahun hidup.

Kongsilah cerita anda disini :)





45 comments:

Nadia Havez said...

ye, saya num 5!

Anonymous said...

arrrr, susahnya. cakap jela diet berapa juta kali sekali pun, nak ikut memang payah.

Raz said...

boikot jgk!

Unknown said...

owh..ok la tu....lepas 32 tahun dan beranak 2 baru akak sedar diet di dalam negara Malaysia ni amat merugikan...kalau nak diet better puasa je la hari2...pahala pun dapat....selain dari itu...xde apa yang dapat mengawal kepala otak dari memikirkan mengenai makanan...

CeqGu said...

hak no 5 tu memang bagus. bukan elok utk kuruskan badan, elak penyakit pun bagus. selamat berdiet. ceqgu tak leh diet, sat gi kuruih kering hehe

zarifahmr said...

saya pernah amalkan diet atkins, ambil karbohidrat tak lebih 20g selama 2 minggu. siang malam cuma makan sup sayur dengan fishcake/fishball sahaja. berat turun hampir 3kg dalam sebulan. amaayyzingg. okay lepas tu makan macam biasa balik. haha

Anonymous said...

betul2.diet ni ikut kesesuaian badan.ade yang tak makan nasi boleh kurus, ade yang tak makan malam boleh kurus). me?puasa dua tiga hari berturut2 berat akan turun.eheh.plus nasi sekali sehari je.yang penting kena kira kalori in and out kita :)

maira

Anonymous said...

pe maksud x mkn pe2?xmkn langsung pe2 mcm buah ke atau air je leh minum?..nk try la

Anonymous said...

eh bukan u pregnant ke? xyah diet2 ni.. slagi hati senang jiwa tenteram xpe..

Anonymous said...

heheh...kalo makan haiwan laut jgn makan haiwan darat. i minum air kosong dlm 30 minit sblm makan. tak sentuh ais/air sejuk (sbb cpt selsema. dah hilang 1 nikmat dunia =(). so bila mkn dah tak rasa lapar sgt mkn sikit je jadiknye. i takde pantang. semua bedal je tak kira berlemak berminyak bergoreng bersantan. cuma still ikut rules atas tadi tu. so far tak pernah lebih 50kg.

Bro Dek'cot said...

yeah..takpe kekna..FAKTA : seorang mak @ suami yg gila babas punya penyayang lebih suka anak @ bini dia gemuk daripada x makan & berlapar..kehkeh

Anonymous said...

Sya mengamalkan diet rendah kalori atau pun defisit kalori. Makan secara kerap dgn kira kalori makanan yg saya makan hari2 (agak2 je) Alhamdulillah menjadi. Biar lambat asal xlapaq selalu. from 100 ++ turun 26 kg. hehe... u are what u eat. satu g pasal minum air, kalau nak kurang ambil solid food, seblum makan minum air kosong 1 atau 2 gelas dulu. Pastu makanlah, insyaAllah akan kenyang awal, kalori amek pun kurang. Yg penting xde pantang dalam diet ni. ekeke...

Yours Truely,
AVANTGARDE~ ngehehe

sarahunny said...

hi sis. saya diet kalori. apa2 yang saya makan dalam sehari takkan lebih 1300kcal sehari. Jadi makanlah apa saja asalkan tak lebih 1500. tp kena study kalori lebih sikit. tapi sangat berkesan for me. :)

afifah said...

tabik spring pada kak liyana yg berusaha utk gava.*thumbs up*

Anonymous said...

Diet perlu di susuli dengan senaman.
Amalkan senaman yang teratur dan jangan makan nasi pada waktu malam.
Senaman yang paling sesuai untuk menguruskan badan adalah senaman kardio. Confirm anda akan berjaya untuk menguruskan badan anda. Berat saya dari 95kg, kini hanye 71kg dalam masa 5 minggu. Selamat mencuba.

Iconia PC tablet dengan Windows 8 said...

bagaimana cara diet yang baik?

Aireen Osman said...

Salam semua, Aireen memang gemuk dari kecik lagi and kalau kata badan naikkkkkk turun naikkkkk turun naikkk tu dah selalu sangat la...so bila p check hormone aireen tak balance rupanya and yes if we have imbalance of hormone it will affect our body weight and all ;) salam perkenalan semua i'm still new in blogging mind to follow me and yes aireen ada share few tips on imbalance hormone, infertility etcetera etcetera ;)It is
www.aireenosman.com jemputlah

Hawa said...

saya diet dgn cara ke-5 and also dgn mboikot mcdonalds. it seems like berat sy naik dgn mdadak since jdk customer tegar. now for the sake of palestinians, not anymore. and berat saya turun as a bonus. :)

Anonymous said...

saya tak diet tapi jalan kaki homaigod jauh benau dari rumah sewa ke uni. Perjalanan 20 minit sehala. Seminggu dapat la kurang 3 kilo tapi kejap aje jalan kakinya. Maka berat pun x turun2 lagik. Makin bertambah aj T_T

hazirah said...

saya tak tahan diet no. 5. perut je buncit tp badan susah nak naik. mungkin cacing. haha.. yeay liana let's be istiqomah with our boycott mission~ :D

Zurina Hj.Zainal said...

yes..jgn mkn mlm...mmg berkesan...:)

Unknown said...

yg no.4 tu mmg amat berkesan. pas makan kena tnggu setengah jam baru mnum air..xpon minum dlu sebelom mkn..in shaa Allah berkesan..n boikot mekdi too! :)

Irfa said...

adui cakap bab diet ni,mcm2 dah cuba
hasilnya/alahai..malu nak citer kt org.skrg cuma elak makan malam je.kalau lapar sgt makan biskut tawar

lina said...

cuba baca artikel ni..yg penting kita happy ok!
http://cikcityholic.blogspot.com/2013/02/i-dont-dress-to-look-slim-i-dress-to.html

lickityclit said...

Sekor2 bila bab makanan nafsu macam ba alip ba ya..harapan la nak kurus hahaha

faizura said...

Salam,

yes number 5.. akak try diet fiber la, tak makan nasi la(ketar lutut xboleh tahan), sayur la tapi berat susah gila nak turun pastu kena gastrik yang teruk..

takut kena gastrik lagi akak makan breakfast dan lunch ikut masa, pastu kurangkan jajan2 semua makanan sampingan dan tak makan nasik malam.. tadaa senang pulak berat badan nak turun.

akak rasa ia sesuai untuk org yang mempunyai metabolisme yang rendah..
terima kasih

Ummi Balqis Ismail said...

DIET ATKINS!!!sgt terbaik dan berkesan untuk saya...dlm masa sebulan sng2 je boleh turun 10kg...diet yg plg x stress...boleh mkn byk2...

Iconia said...

Mau diet secara alami, coba makan satu buah apel atau 1 mangkuk sayuran 3 jam sebelum tidur malam hari. Dijamin BAB akan lancar dipagi hari sehingga berat ideal mudah tercapai.

Iconia said...

Mau diet secara alami, coba makan satu buah apel atau 1 mangkuk sayuran 3 jam sebelum tidur malam hari. Dijamin BAB akan lancar dipagi hari sehingga berat ideal mudah tercapai.

Iconia said...

Untuk diet alamiah, coba makan 1 buah apel atau 1 mangkok sayuran hijau (telah dimasak) 3 jam sebelum tidur di malam hari

Anonymous said...

kelakar bila jari kurus sikit... hahahaha

Life is Simple said...

Da try macam2 da...puase isnin kamis.xmkn malam..kurgkn pengambilan karbohidrat...sume xberhasil...now nak cube diet kevin zahri tp xstart2 lg..huhuhu...camne nih....susah tol la nk diet...uwa..=(

lily lotus said...

me too! i go for no. 5!

ain said...

liana,
cer try u-trim. dia fiber drinks. saya dh try, alhamdulillah 10hari 2kg turun. kena byk minum byk plain water & syarat terpenting makan masa lapar shj. :)

android phone said...

wah banyak sekali usaha yang telah dilakukan untuk program diet ini, untuk no 5 lebih cocok buat saya hehe

Kekna said...

Terima kasih semua yang sudi berkongsi. Memang wow! rupanya banyak lagi gaya berdiet yang saya tak tahu.

And boycott campaign is still on. Mari istiqamah :)

Obat Herbal Asam Urat said...

salam kenal mak cik

acer iconia pc tablet dengan windows 8 said...

jenis diet ini yang bisa saya coba sobat...thank for sharing...salam kenal...

acer iconia pc tablet dengan windows 8 said...

mau diet akhirnya ketemu blog ini makasih sobat telah berbagi..

botol susu asi said...

untuk diet atau menurunkan berat badan memang susah yaa :(

Anonymous said...

Dulu ms umur sekitar 19 hingga 25 tahun sy naik badan sbb mkn tak jaga n bila diet pun xde perubhn..like u said tak kenal diri..pastu sy tekad nk kurus gak so sy cuba diet no fast food n no mkn berat after mghrib..kfc mcd pizza berger ramli or apa2 yg ada kat mall sy xnk mkn..or lebih mudah sy kurangkn lepak or merayap kat malls..
Pagi mkn ns lemak berlauk n lunch sy lewatkan ke pukul 2 or 3 gitu..kul 6 mkn roti..mehun grg or yg lite but still yg sedap2..mcm sy minat chinese food so suka mkn ginger beef noodles ptg2..
Mlm hadap fruits..alhamdulillah badan turun dlm masa setahun from 64kg to. 48 kg sampai sekarang maintain..bila dah stabil tu saya lnggar jer mkn tapi mmg berat tu dah tak naik jauh busuk2 pun 52... Yeahyy...good luck

Honda Balikpapan said...

tetap semangat dalam menurunkan berat badan Honda Balikpapan

makansiput said...

sy tak pernah diet.

tapi kali terakhir sy turun berat dgn agak memuaskan adlh apabila pegi bercuti ke tmpt yg tak mudah cari mknan halal. sambil tu kena naik public transport n jln kaki dr pagi sampai malam. seminggu kemudian, balik negara sendiri, baru sedar sedikit sebyk kebakaran lemak berlaku luar biasa! (cewah)

anyway, satu lagi sbb sy penah turun berat adlh apabila tidur awl dan bgn awl. dan jgk mandi awl pagi. even better kalau before subuh. ni bkn takat turun berat, terasa sihat dan cergas lagi tuh. n also mkn ikut keperluan kalori hari tersebut. mmg perlu disiplin dan istiqomah. dlm masa seminggu dua takkan nmpk effect. tunggu la sebulan lebih nnt. kecergasan tu paling jelas terasa. dan turut dikatakan bahawa qiamulail pun boleh kurus. not easy come hence not easy go punya diet plan.

n the best tip i've find so far is to set your goal or niat from "saya mahu kurus!" to "saya mahu sihat!". pokok pangkalnya, it's our routine that builds our body gituh. bila sy selalu tido lewat bgn lewat mkn pun tak tentu, maka dtg semula spare tyre :3

gdluck with dieting!

Rezy said...

Yeahhh..!!!!Saya juga pemboikot tegar McD..Starbucks xpyh ckp lah...mmg tak pernah nak pegi ponnn....

Cipto Junaedy said...

Mohon Maaf Lahir Batin :)