Ingat lagi tak tahun lepas I jual rempeyek? Yang tak tahu boleh rujuk sini.
Tahun ni tak jual sebenarnya. Niat dihati nak berhenti rehat sebentar lah.
Memandangkan berbadan dua. Gituh.
Baru nak masuk second trimester. Memang letihnya badan ya rabbi.
TAPIII..ramai bebenor yang bertanya..memandangkan sambutan terhangat dipasaran, I jual lah jugak..ada lebih kurang 2 minggu je lagi nak raya ni kan. Time nilah orang sibuk nak cari kuih raya lah, kerepek raya lah, dodol lah ape lah. Nak penuhkan coffee table katanya :D
By the way, (dimana Bahasa Melayunya untuk ayat ini aku kurang pasti), kepada yang tertanya-tanya pasal kuih raya Nani Rostam tu...dia tak berniaga tahun ini. Nak berehat dan fokus pada ibadat katanya. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, tahun depan kembali berniaga kuih raya :)
Berbalik kepada cerita rempeyek tadi, nah.
Dari kiri, tumpi kacang hijau, rempeyek kacang tanah dan bilis, tumpi kacang dhal.
Sebotol ni harganya RM18 sahaja.
Kuantiti dalam tu ada lah lebih kurang 40-50 keping rempeyek yang rangup.
Yang stok makan tak boleh stop tu. Krap krup krap krup!
Rempeyek ini tidak boleh di pos, dikhuatiri pecah-pecah.
Jadi boleh Cash On Delivery (COD).
COD boleh dilakukan di 3 tempat berikut;
Johor Bharu, Seremban dan Shah Alam.
Sebelum apa-apa hal, harus diingatkan, I memang tak mampu la nak menguruskan rempeyek tu dengan keadaan diriku yang mabuk sekarang ni.
Jadi, I serahkan kepada sidekick I yang perasan dia Ella bila karaoke. :D
Anda yang berminat boleh hubungi terus:
Liya
(nama pun nak lebih kurang gitu)
010-7667094
Berhubung terus dengan dia dan plan lah nak COD dimana-mana 3 kawasan di atas.
Kepada abang kawasan, kami tumpang berniaga ya :)
Selamat menunaikan ibadah puasa!
p/s: Maaf, Moist Strawberry Chocolate Cake pun tak dapat buat..boo!
Salahkan ibu mengandung. Ok. Tetiba.
3 comments:
Amboi ella yer?bila kita nk g karaoke lagi ni??hahaha..thanks kekna!
Mesti aunty nani g solat kat masjid baru tue.. patut la lama menyepi..
peberet saya
Post a Comment