Tuesday, December 3, 2013

Nasi lemak daun pisang!


Hari ni genaplah 31 minggu usia kandungan.
Syukur ya Allah
Last check up doctor kata baby songsang.
Biasala baby aktif, pagi check kepala kat tengah a.k.a melintang.
Petang check, kepala dah kat atas.

Macam-macam petua orang bagi untuk suruh baby pusing.
Ada yang suruh pujuk baby. Maksudnya cakap-cakap dengan baby suruh turun.
Ada yang kata suluh torchlight kat bawah pusat. Nanti baby akan bergerak ke arah lampu.
Ada yang kata pergi berurut, betulkan kedudukan baby.
Ada yang kata baring dan lunjurkan kaki ke atas.
Mak aku pulak kata, masa mengandung jangan kopek buah atas ke bawah. Maksudnya dari tangkai ke bawah, takut nanti baby songsang. Ok, selama 7 bulan aku mengandung dengan selambanya kopek nenas la mangga la dari atas ke bawah. La ni baru dia teringat nak pesan! Cait!

Disebabkan aku memang nak sangat beranak secara normal, aku buat semua di atas!

Baru 2 hari lepas pergi berurut. Takut jugakla masa dia godak-godak perut aku. Rasanya baby dah pusing kot, sebab macam keras pulak kat bawah pusat ni. Aku assume tu kepala baby. Takpe, esok ada check up lagi, kita tunggu dan lihat!

Oh lepas tu tukang urut tu bagi air selusuh. 
Aku tak boleh minum langsung sebab dia wangi! 
Taktaula dia campur minyak apa dalam tu, tapi bayangkan kau kena minum air yang dititis minyak aromatherapy. Haa macam tu lah. Yekk.

Siapa yang tak tahu air selusuh, dia sejenis air yang dibacakan surah al-fatihah, surah al-hasyr dan surah apetah lagi satu, pastu selawat dan doa selusuh. Ada yang campur minyak dan akar fatimah dalam air ni. Tujuannya nak bagi senang bersalin pastu kurangkan sakit bersalin.

So, aku cari alternatif lain, sekarang ni tengah cari air zam-zam. 
Siapa yang ada info mana nak cari air zam-zam sila kongsi :)

Satu perangai masa mengandung ni ialah, aku pantang kopi. Pantang jumpa! 
Kalau boleh hari-hari nak minum kopi. 
Kalau keluar, pantang jumpa Coffee Bean ke San Francisco ke wajib singgah.
Sebelum mengandung biasa ambil single shot espresso je. 
Time mengandung ni, mintak double shot okeh!
Macam tak puas-puas je minum kopi!
Hai la anak, kau bajet intelektual ke minum espresso banyak-banyak?

Berkenaan perkara tajuk.
Sebenarnya mengidam sarapan nasi lemak daun pisang.
Sarapan tau.
Tapi kat Shah Alam ni macam susah je nak cari yang sedap.
Balik-balik Pak Ayob. Tak sedap mana pun, famous je lebih.
Suggest la kat kite, nasi lemak singgit pun ok!

Ok tu jelah update kali ini.

Chao!



p/s: Bagi aku, nasi lemak paling ngam dipadankan dengan kopi 'o'. Bagi aku la :)


20 comments:

cikserai said...

hmm banyak jugak eh petua nak suruh baby pusing..tapi yang torchlight tu first time dengar..

kat terengganu ade nasi lemak best. namenye nasi lemak bawah rumah :)

anna hashim said...

hehehehheee..nasi lemak pak ayub tu btol2 depan rumah saya...mmg x sedap pun..sambal dia bau n rasa hangit..baik makan nasi lemak buatan sendiri lagi sedap..kat opis saya masih ada nasi lemak daun pisang, mmg sedap sangat..sebab wife member office ni yg masak..jap saya tanya dia, dia ada supply kt mana lagi nasi lemak ni :) papehal saya bgtau...:)

shahsulong said...

kat mydin teganu ada jual air zamzam yg tong besar tu.. kat kl tak tau la..

semoga selamat melahirkan anak soleh solehah :)

Haidasafera said...

Kak Liana, air zam zam ada jual kat Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya, Shah Alam. Restoran makanan arab yg sedap tu. Hari tu kite pun ada beli kat situ.

seri said...

nasi lemak kat seksyen 16 shah alam. kedainya nama rnr kalau tak silap. kedai tepi sekali sebelah speedmart 99. ada daun pisang. awal ptg dah ada. tapi pukul 5.30 selalu dah habis.

seri said...

kat seksyen 16 shah alam. kedai sebelah speedmart 99. nasi lemaknya berdaun pisang. awal petang dijual pukul 5.30 selalu dah habis. bolehla cuba.

Unknown said...

Awak,nasi lemak yg kt sek 15 kan ada...yg dulu selalu abg shukri belkan tiap2 pagi tu...tak sedap ea??rm1.50 je..bg kitas edap jgk la...-lieya_

JaJa said...

kak, pergi dekat pj. ade org panggil triple 2, ade org panggil 223. dekat ngn the store nye ofis. bukan shopping kompleks. ofis je. nak bg direction jalan, takut pening. akak google je the store tu. nasi lemak tu nama die nasi lemak suri. jgn lupa, nasi lemak suri taw. sbb ade beberapa nasi lemak daun pisang rm1.20 situ. mmg daun pisang, sedap. then order kopi O. gud luck.

Asz Miza said...

Babe air zam2 boleh bli dekat post office..diorang ada jual direct from Makkah rasanya..Aritu i tanya utk tong besar dlm RM120 kot..tak sure..

Ezzan Yusop said...

air zamzam ada jual kat menara tabung haji. ada yg 5 liter, ada 10 liter...

cuba cek kat sana :)

Unknown said...

kat kg melatu subang..ada satu kedai org panggil kedai pak chot...kedai tu belakang bus stand kg subang...lorong jalan jati..mmg sedap..bungksu daun pisang ..dan sambal yg mavelus....

Kekna said...

Blogger Sara Serai : Nok bekfes kat teganu jauh sgt boh :p

Blogger anna hashim : Ok plis update cepat!! :D

Blogger Shah Sulong :teganu lagi..jauh boh.. :p

Blogger Haidasafera :yeke, nanti kite cekidaut! thanks :)

Blogger seri said...: kite nak breakfast :)

Blogger darikacamatai ly : yang telur dadar patsegi tu ke..not my taste :D

Blogger JaJa said..: dah pernah supper kat situ..kite nak yang sqarapan punya :)

Blogger Asz Miza said..: Wokey thanks :)

Blogger Ezzan Yusop said...: Wokey thanks :)

Blogger Norfaida Abu said..: breakfast ke??? nak try!!

JaJa said...

kak. kalau breakfast. pg kat wisma mais shah alam. nasi lemak gembira. :). femes.

Huda Ramlee said...

hai..
dekat paya jaras ada satu gerai jual nasi lemak daun pisang harga seringgit.
rakan-rakan opis pun beri review positif..

kak moon said...

Hi.. klu nasi lemak setakat ni yg boleh buat mengigau adalah nasi lemak pak hassan. masa belajar kat unikl dlu, mmg tu la port breakfast. dia berhadapan dgn UniKL City Campus, dh dekat dgn Kg Baru.. :) klu nak try, cuba2 la tgk page dorang ni.

https://www.facebook.com/pages/Bubur-Lambok-Warong-Pak-Hassan/197200483664272

slalu mkn kt KL ni jarang yg tepat dgn citarasa tekak ni.. tp yg ni insyaAllah, nasi lemak dia kukus, mcm2 lauk smpingan ada, tp faveret kitorang, ambik nasi lemak, dgn kuah roti canai.. hehehe...

Unknown said...

salam liana,

macam mana nak contact liana..? ni kak nida..dulu ada jual baju kat jems tmn tasik titiwangsa..

nak bg satu hari urutan selepas bersalin kat liana secara percuma dari Perkhidmatan Penjagaan Pantang Humaira.

boleh whatsapps akak kat 0172066286.

Cuba lah nasi lemak saleha di kampung pandan...

aimi said...

Dear...kat taipan usj9 ada restoran nasi lemak famous. Namanya restoran sambal warisan opah. Memang guna daun pisang, costed rm1 each. Kdg2 queue panjang jugak. Memang sedap :)

aimi said...

Dear...kat taipan usj9 ada restoran nasi lemak famous. Namanya restoran sambal warisan opah. Memang guna daun pisang, costed rm1 each. Kdg2 queue panjang jugak. Memang sedap :)

MizZ_AnN said...

hi liyana,
try nasi lemak kat sek 9, depan kondo warna kelabu...area blakang concord hotel. huhuhu nasi lemak rm1.50 sedap!!! hari2 beli bawak bekal sarapan kat opis..heheheh

Nutasyah said...

Kalau nak cari air zam-zam, cuba ke BinNurdin,seksyen 15 Shah Alam, dia jual RM100 untuk botol besar and RM12 (klu xsilap) untuk size mineral water mcm tu..