Showing posts with label MAKANMAKANMAKAN. Show all posts
Showing posts with label MAKANMAKANMAKAN. Show all posts

Wednesday, April 7, 2010

Apabila Lidah dan Perut Bersatu

Kalau tengok cooking show especially License To Grill, mesti teruja kalau dia masak ribs! Macam sedap gila je dia marinate ribs tu kan. Tony Roma's datang Malaysia angkut ribs-ribs dia pulak, lepas tu letak poster besar-besar depan kedai.."World's Famous Ribs". Tak ke dup dap dup dap aku tengok?! Hah apa lagi, mr l.o.v.e la jadi mangsa teman aku makan! (Mangsa bayar sekali kot..hewew)




Appetiser: Chicken in Honey sauce apetah name dia..
amboi3..kat umah tak payah pun pembuka-pembuka selera bagai~




World's Famous Ribs tu...jeng jeng jeng..




Haa..puas hati aku mentanakdarah mentekedarah...memang puas hati! Walaupun harga dia agak mahal, tapi rasa dia memang superb! Berbaloi!



Next review (cewah cewah), Nyonya Colours at The Gardens.
Nyonya Colours ni memang terkenal dengan kiosk-kiosk nya yang jual kuih-muih yang mahal gila sebiji 90sen tu kan. Tapi cafe dia macam kureng la..a big dissapointment sebab masuk dengan harapan menggunung. -_-"




Petang-petang ahad kan, order la Meehoon Siam..masam ya amat!
I should've expected the taste would be like tomyam meehoon (just because the name is Siam?) tapi ni tomyam ke tomsam????(ok tak kelakar)
masam = tak habis makan.





mr l.o.v.e teruja order Bubur Pulut Hitam tapi..
Tawar. Cair. Fail
Macam dia tuang air panas sebelum serve.
mr l.o.v.e = emo




Dah lah kami order Chinese Tea, dapat bubur tawar, meehoon masam.
Kau perli aku ke? Aku bukan diebetic!!
Tiba-tiba emo.





Childhood favourite juga yang dapat menghiburkan I.
Dah gelojoh minum separuh baru nak snap :p




Wajib order setiap kali walau berapa kali pun!





Waffle ni mengimbau zaman kanak-kanak sebab mama
takkan order benda lain kalau kami sekeluarga makan di A&W :)





Ok dah habis.
Kuiz penonton dirumah: Silat lihat garpu betul-betul.
Kemanakah hilangnya sisa-sisa garpu?


Dial 1-800-88-KAUTELANKOT untuk menjawab.








p/s: Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sabtu ni!!
Cuak ni...bayangan muka mak bapak kita yang penuh berharap tu bermain-main di kalbuku!Mohon doa kalian untuk lulus! Ngaaaa...

Saturday, December 6, 2008

Ayam KLG's Recipe up for grabs


Holla readers! I'm sorry for not updating as much recently as I've been busy working. But I promise I will not neglect this blog :) To those who requested Ayam KLG recipe (of mine..heheh),

here's a special entry for you.


Ingredients:




  1. Ayam.


  2. Salt and Ajinomoto to taste.


  3. Curry powder.


  4. Wheat flour.


  5. Cooking oil to fry.

Chef's note: Too much curry powder can result in your ayam to taste like bleghh..


(ceyhh..siap ada chef's note lagi :p)


Cooking method:




  1. Marinate your ayam with salt, Ajinomoto, and curry powder.


  2. Heat cooking oil.


  3. Coat marinated chicken with wheat flour (dry) and fry until chicken turns golden .

Results may vary due to air tangan.

Sunday, November 16, 2008

Ayam KLG



Pada suatu tengahari yang membutakan, emak menyuruh aku masak.
Ayam Goreng.
Perhatian: Ayam Goreng ini rangup di luar lembut di dalam.
Ececeh.


FLASHBACK




Terdapat sebuah francais makanan segera disini yang menarik
perhatian crew kami sewaktu
bejalan-jalan di sekitar bandaraya ipoh.

(tolong baca macam gaya Mazidul Akmal Sidek. Ok. Plis).

Sebuah ciplakkan KFC, jual ayam goreng juga,
tetapi ayam goreng biasa sahaja. S H J titik.


Aku mungkin dah pernah dengar akan kewujudannya,
tetapi…adik-adikku belum.
Keterujaan mereka memperkatakan tentang restoran itu menyebabkan
perkataan- perkataan seperti

‘lame’, ’bored’, dan sebagainya menari- nari dibibir mereka. WAH!


OK.FLASHBACK TAMAT.



Sebenarnya ada niat nak cakap ayam gorengan aku sangat sedap.

Bawah sikit je dari KFC. Hahahh.

Satu rumah memperkatakan tentang kesedapannya hingga

adik aku menggelarkannya Ayam KLG.

Jangan tertipu. Mereka tak pernah rasa pun Ayam KLG.


Yang buat aku terharu sangat-sangat ialah

Ayam KLG tu..


Ayam Kakak Liana Goreng.


Sobs. :’)