Saturday, November 22, 2008

MENYAHUT CABARAN SENARAI KESYUKURAN

    This time saya sahut cabaran senarai kesyukuran si Hanis.


  1. Saya bersyukur saya mempunyai blog untuk letak senarai kesyukuran :p
  2. Saya bersyukur nama saya Liana Ezzana. Cikgu-cikgu sekolah sukakan nama saya. Saya kembang.
  3. Saya bersyukur emak saya tak jadi nak menamakan saya Lily Shadoris. (nama tu tiada maksud rasanya).
  4. Saya bersyukur saya mempunyai kaki yang panjang.
  5. Saya bersyukur saya tinggi. (eh, Hanis baru sahaja memintas saya minggu lepas..ala..2cm je.. :p)
  6. Saya bersyukur saya pandai main futsal. (defend je..position lain tak reti..hahahh)
  7. Saya bersyukur saya sudah tidak tomboy lagi. Bolehlah saya pakai high-heels.
  8. Saya bersyukur saya tidak cacat fizikal dan mental.
  9. Saya bersyukur saya berada dalam keluarga yang bahagia.
  10. Saya bersyukur bapa saya kelakar.
  11. Saya bersyukur emak saya pandai masak.
  12. Saya bersyukur adik-beradik saya ramai.meriah.kecoh.riuh.hiruk pikuk.hingar bingar.
  13. Saya bersyukur kucing-kucing saya dapat survive dalam keadaan di atas.
  14. Saya bersyukur saya tahu goreng ayam sedap.
  15. Saya bersyukur adik-adik saya sukakan nasi goreng saya. Jadi bila saya malas, saya masak je nasi goreng.
  16. Saya bersyukur saya Islam. (ok tiba-tiba serius)
  17. Saya bersyukur saya tidak racist.
  18. Saya bersyukur saya tidak gemuk dan tidak kurus.
  19. Saya bersyukur saya tidak allergic terhadap makanan yang best seperti seafood, ayam dan lain-lain.(saya allergic terhadap kobis..tapi takpa..bukan best pun :p)
  20. Sayabersyukur saya tidak hisap rokok/ganja.
  21. Saya bersyukur saya dapat nombor satu dalam peperiksaan pertengahan tahun semasa darjah satu. Inilah kali pertama dan terakhir.Haha.
  22. Saya bersyukur saya selalu kena rotan di sekolah. Sekarang saya dah lali dengan hukuman rotan. Tak herannn..(eh tapi kalau yang rotan kat penjara tu mestila tak lali langsung! tak mau..takotttt!)
  23. Saya bersyukur saya takut dengan azab tuhan..takottt...eh jom sembahyang!
  24. Saya bersyukur saya pernah gagal ujian jalanraya kerana signal. Sekarang asyik nak signal walaupun tak perlu.
  25. Saya bersyukur saya pernah mempunyai peta negara asing di belakang seluar. Bukan semua orang dapat pengalaman ni tau.
  26. Saya bersyukur rambut saya lebat atau banyak menurut pekerja-pekerja salun berbangsa cina.
  27. Saya bersyukur kalau ada orang jealous sama saya. Maksudnya saya lebih bagus daripadanya. (sebab kalau saya tak bagus, buat apa orang nak jealous kannnnnnn)
  28. Saya bersyukur adik saya Khairi sekolah di Sabak Bernam. Di sana ada banyak barang menarik dan murah. Shopping!!
  29. Saya bersyukur ahli keluarga saya dan juga Nazmin tahu saya pemborong ubat nyamuk ;).
  30. Saya bersyukur saya masuk matrikulasi. Matrikulasi menjadikan saya seorang yang extrovert. (yeke?ke extravaganza?)
  31. Saya bersyukur terima tawaran kursus Ukur Bangunan di UiTM Shah Alam.
  32. Saya bersyukur ada kawan macam Nazmin, Nor Syizwani, dan Syafaf Nur.(ni ikut alphabetical order, yang depan sekali jangan perasan).
  33. Saya bersyukur saya jumpa Hery.
  34. Saya bersyukur Hery lelaki yang baik.
  35. Saya bersyukur Hery menghadiahi saya tabung yang sangat gemuk. Saya ada wang simpanan sekarang.(kalau tak, jangan harapla nak simpan...)
  36. -
  37. Saya bersyukur saya organize BISA Dinner. Dari situ saya kenal hati budi manusia.
  38. Saya bersyukur badan saya athletic. walaupun sebenarnya lembik takde stamina :p
  39. Saya bersyukur saya tinggal lagi 1 semester sahaja untuk habiskan degree yang saya rasa macam tak habis-habis ni. Phewwh!
  40. Saya bersyukur kerana saya bersyukur.
  41. Oh ya, saya bersyukur kerana anda berjaya baca list yang mengantukkan ini sampai habis. :D
Alhamdulillah.
Marilah kita bersyukur.



29 comments:

Owners of Monster Jambu said...

NI SENARAI KESYUKURAN IMRAN UNTUK KAKAK LIANA...
(walaupun ni bukan belog imran)

-Im bersyukur Im orang first yang comment post kakak Liana kali ni.

-Im bersyukur sebab kakak Liana bersyukur dengan apa yang ada skarang.

*Im=Imran

NA said...

23. Saya bersyukur saya takut dengan azab tuhan..takottt...eh jom sembahyang!

--> SEMUA ORANG KALAU NAK TAHU ADA KISAH-LAWAK-NAK-MATI-MASA-TU DISEBALIK POINT NO 23 INI. KALAU TAK, LIANAEZZANA TAKAKAN BERSYUKUR SEPERTI NO 23.

29. Saya bersyukur ahli keluarga saya dan juga Nazmin tahu saya pemborong ubat nyamuk ;).

--> SEMUA ORANG KALAU NAK TAHU MASA DUDUK KOLEJ-MAWAR-SKEMA-GILA-DAH-TAKBEST-BANYAK-NYAMUK-PULAK LIANAEZZANA ADALAH PEMBEKAL NO 1 BYGON TIN BIRU BILIK KAMI.

OH NO 32. HIHI HIHI HIHI
^_^ <-malu.

Balqiz said...

saya bersyukur saya boleh membaca dan menulis dan menaip dan berblog (o_0)

Hanis Zalikha said...

Adik-beradik kita memang (hiruk)pikuk. PEACOCK?! PEACOCKS?! Betul cakap anda, nasib kucing tabah.

Kekna said...

imran:ok tahniah.

nazminabdullah: ok nazmin sangat kepoh di sini. eh tin bygon bkn ijau ke??weyy..aku rasa..tin biru tu da btol..tp brand die munkin bukan bygon..hahahh..

balqiz: oh, betul juga..syukur2.

hanis zalikha: merepek memang bidang anda..peacock.

cikhajar said...

syukur alhamdulillah.. saya juga bersyukur kerana mak anda baru update blog... hiksssss...

Ly said...

Saya bersyukur dapat mengetahui ada wujudnya sebuah keluarga sebahagia dan seakrab keluarga Hanis & Liana... Alhamdulillah.. =)

NaniRostam said...

Saya bersyukur mempunyai anak sulung perempuan seperti Liana Ezzana.Taat kepada ibubapa, tidak pernah melawan cakap ibubapa,rajin masak,boleh diharap untuk bagi makan adik-adik,pemurah selalu bawa adik-adiknya keluar makan atau tengok wayang,pergi berenang,seorang yang nampak kasar tapi lembut, pendiam dan amat disayangi dan dihormati oleh semua ahli keluarga mama dia begitu juga dengan keluarga daddy dia dan pandai cari boyfriend yang baik, bertanggungjawab, pemurah dan menyayangi adik-adiknya.Alhamdulillah saya dapat melahirkan anak seperti Liana Ezzana.

dina said...

saya bersyukur kerana liana ezzana menambahkan entri kesyukuran ini untuk saya baca....

Kekna said...

cik hajar: oh, maaflah kalau tertunggu-tunggu..dia busy lately ni sebab superdupermoist choc cake dia tu banyak tempahan.

Ly: alhamdulillah. selalu jugak kami adik beradik bertekak..tu yang akrab tuh :p

Mama: wah komen yg mengembangkan hidung. pandai cari boyfriend? ala malula camni~

dina: oh, alhamdulillah. saya pun bersyukur anda baca dan komen. :p

PingganRahangRaksasa said...

ahh now i knoww why you and your friends look familiar! FSPU it is.

=)

Anonymous said...

hi~u have model-face too.mcm ur mom n hanis.alisya pon.aih,cantek sume org.besyukur ;)

Anonymous said...

saya juga dapat no 1 ketika darjah satu pada peperiksaan pertengahan tahun...itu juga kali pertama dan terakhir...hahahahaha

Brenda B said...

Hahahaha, pandai cari bf :) You're funny :D

Kekna said...

pingganrahangraksasa: wah!teman sefakulti..welcome2

ainmusa: fuyoo..bersyukur ada orang fikir macam ni..timakasih(sambil senyum kembang hidung)

french toast n peanut butter: yeah..kita geng..sep2.

brenda ang: haha..i pun tak sangka my mom nak cakap macam tu..:p anyway thanks.

NA said...

haha
haha
haha
weh. aku nak gelak baca komen mamamu. eh dah gelak. silap.

Pengembara said...

haha, tumpang gelak ye kat sini. sy org yg korg tk kenal, tp sy still ad bnda nk ckp. ko mmg lawak. keluarga ko pulak havoc dan happening. congrats!

Kekna said...

nazminabdullah: weyh aku pun tergelak gak..hahahh

muhammad maherilham alias: hahah..mari2 gelak2..ok2 tenkiu! keep on reading..

Anonymous said...

Tatkala membaca blog Liana dan Hanis & friends and food, terbayang2 cemanaa agaknya rasa ayam goreng famous Liana. Kita kat sini tgh snow, sejuk, terasa nak makan ayam goreng panas, tapi teringin ayam goreng yg betul2 best. KFC takde plak kat sini. Boleh share resepi? Maybe a blog post about it? pretty please ;)

P.s.: Saya bersyukur Msia byk blogger best2 ;)

Azzam?? said...

# Saya bersyukur saya sudah tidak tomboy lagi. Bolehlah saya pakai high-heels.

-sib baik tak tomboy dah... dah kuar fatwa tomboy haram.. =P

and high heels.. nanti tua sakit blakang.. =D ngehehehe

Anonymous said...

Hey there,
First time reading your blog. Just want to say, ur post make my day. I can't believe I haven't put in enough time on kusyukuran. Thanks a bunch.
And hey, your BM doesn't sound corny and doesn't even make me wanna puke. It sounds so real. Impressed.
Hope this comment make your day too! *wink*

NA said...

untie,
lu ada sibok kilija aa?
mannyaaakk lindu sama lu oh?

Khar said...

Salam

Jemput ke karya oline kami ya. Kalau ada cerita dark, gotik, thriller,fantasi, apa-apalah boleh le kot kalau nak sumbangkan kat tmpt kami. Terima kasih.

http://karyasidangpenulis.blogspot.com/
http://mekmulong.blogspot.com/

Izuan said...

saya pula bersyukur kerana dapat mengenali satu keluarga yang minat berblog.. tulisan anda juga ada sentuhan tersendiri.. will be waiting for more updates..

Kekna said...

whimsicaljottings: seronotnya duduk oversea..silalah coba ayam KLG saya =)

Saya juga bersyukur Malaysia ada ramai orang yang suka baca blog :p


Azzam??: ye saya bersyukur sudah tidak tomboy lagi..kalau saya tomboy..msti saya single sekarang :p

syaz: hey this kind of comment really puts a huge smile on my face..=)

nazminabdullah: lu ada lindu meh? waa..saya pun..nanti saya datang mandi swimming pool lagi woh..

Izuan: wah..bersyukurnya ada orang yang menghargai penulisan kami..=)

Fitri Shahrizat Jailani said...

oo budak FSPU rupanya. En. Mahyudin yang janggut pjg tu ke? hehehe

Kekna said...

Fitri Shahrizat Jailani: ya..tepat skali Incik Mahayuddin yang janggut pjg tuh..

tootsie said...

yeay, we actually studied in the same school - FSPU!! but m in ID (Interior design) thou!! so u r doing QS rite?? and m ur dooper dooper dooper SENIOR as i left like 7 years ago!! :)

tootsie

Kekna said...

tootsie: Oh I see..no I'm not QS, i'm doing BS (building surveying).

7 years ago? wow u must be the great grandmother of all super duper senior!

XD haha just joking