
Sunday, March 4, 2012
Bukan Anak Dara Lagi

Wednesday, November 2, 2011
Don't work hard. Work harder?
Mungkin semangat aku kuat. Semangat nak buat kerja.
Aku akui aku hampir terjerumus ke lembah workaholic.
Aku ingat lagi zaman sekolah menengah.
Kawan aku tanya.."Liana, awak dah besar nak jadi apa?".
Jawabku tersenyum, "kita nak jadi bos". Dari kecil aku selalu berangan, aku bekerja dalam bidang korporat, kalau pergi ofis aku akan fikir nak pakai baju apa.. seluar apa..kasut apa..dan dalam angan-anganku, aku mesti ada bilik aku sendiri..(aku kan bos). Waktu lunch, aku akan suruh office boy belikan aku makanan. Sebab aku tak keluar ofis waktu tengahari. Banyak kerja barangkali.
Gila bukan.
SPM pun belum lagi dah boleh berangan macam ni. Mungkin ini tanda-tanda awal seseorang akan menjadi workaholic.
Tapi disebabkan aku tak sakit, aku tak guna pun medical leave yang diberikan sebanyak 30 hari tu. Kadangkala aku teringin nak berehat dirumah pada hari-hari bekerja. Aku tak nak ambil annual leave, sebab aku nak kahwin hujung tahun. Nak cuti lama. Aku dah ambil annual leave semasa ke Bandung untuk membeli barangan persiapan perkahwinan. Aku juga bakal ambil annual leave lagi untuk ke Jakarta pula untuk membeli baju majlis resepsi di rumah ku. Aku juga dah menghabiskan 2 hari untuk ujian HIV dan melengkapkan permohonan dokumen-dokumen kebenaran bernikah.
Aku stress. Aku penat. Aku perlu rehat. Aku perlu keluar daripada huru-hara di ofis.
Aku tak nak jadi workaholic.
Kadang-kadang..dalam senyap aku berharap agar aku sakit. Bukan sakit teruk. Na'uzubillahiminzaliq. Cukup sekadar demam sedikit. Agar aku ada alasan untuk tidak ke ofis. Skema.
Ah, skema itu bukan aku. Aku terpaksa. Sebab ada seorang bekas Pegawai Sumber Manusia yang sentiasa memantau prestasi kerja aku.
Bapa ku.
Kalau aku lambat ke pejabat, sudah pasti dia bersuara. Apatah lagi kalau aku tidak ke pejabat. Haih.
Tapi hari ini, doa aku mungkin telah dimakbulkan. Aku demam. Aku boleh tidur sepanjang hari. Lagipun, bukankah sakit boleh menghapuskan dosa-dosa kecil? Tidak dinafikan, aku agak gembira.
Tetapi, cukup satu hari. Aku harus ke pejabat esok. Banyak kerja-kerja tergendala disebabkan aku ke luar daerah minggu lepas, dan aku MC hari ini.
Apakah semangat ini?
Aaahhh! Aku tak mahu jadi workaholic!!
Tolong! Tolong!
Thursday, October 6, 2011
Darah Manis.
Tuesday, June 7, 2011
Sekarang pukul 6 pagi.
Aku masih di pejabat.
Baca perkataan masih.
Bukan SUDAH BERADA di pejabat.
Tetapi MASIH di pejabat.
Aku belum balik kerja.
Buat Board Paper.
Benda aku paling benci.
Kalau begini, aku tercalon ke untuk dapat bonus 8 bulan?
p/s:
Just nak share sesuatu yang comel;
Nena: Arissa, say dog.
Arissa: Dog.
Nena: Say bird.
Arissa: Bird!
Nena: Say snake.
Arissa: Nake. Sss.
Nena: Ha? Say snake.
Arissa: Nake! Sss.
Nena: Kenapa S kat belakang?
**Nena ialah panggilan si demok itu terhadap saya.
Tuesday, February 1, 2011
Sediakan sapu tangan
Thursday, April 15, 2010
Saya Seorang Sulung.
Best ke jadi anak sulung?
1. Kecil-kecil lagi, anak sulung dah diberi tanggungjawab jaga adik. Tak kisah, kau ada orang gaji ke, mak kau surirumah ke, nenek kau jaga kau kat kampung ke...tapi kau tetap kena take care of adik kau..kan.
Kalau mak bapak pergi kerja, aku kena jaga adik, buat susu, bagi makan, mandikan dan lain-lain. Masa aku kecil, kalau balik kampung, aku selalu tak dapat ikut sepupu-sepupu aku merayap disekitar bandaraya Alor Setar. Sebab kena jaga adik. Kalau bunyi je diorang menangis, pasti akan berkumandang di udara..
Mama: "Liana! Tengok adik!"
Kalau adik jatuh..
Mama: “Girl! Kenapa tak tengok adik?”
Liana: “Dah tenung dah ma, tapi jatuh jugak..”
(Eh, boleh ke macam tu..)
Paling tak cool sekali..
Mama: "Liana! Tolong cebokkan Khairi ni, dia berak".
Malu wey, kalau tengah main dengan kawan-kawan kena panggil cebok adik. Serius tak cool.
Khairi dan Imran, you owe me one thousand ringgit for this.
2. Oh, tugas pembantu dapur sudah tentulah aku punya. Dari basuh pinggan mangkuk, ke potong bawang, ke goreng kacang, ke potong timun, basuh cili, kopek telur...eh macam nak masak nasi lemak je mak aku ni :p
Umur 12 tahun aku dah masak sambal tumis untuk makan tengahari wehhh. Okay my point is, Hanis and Alisya, that's why I know what, how, when and where in the kitchen. Kalau mama berniaga, aku jugak lah yang kena ikut tolong dia. Adik-adik duduk rumah tengok cartoon classic! Mungkin sebab tu aku suka kerja buat sales kot sekarang.
3. Kalau bergaduh adik-beradik dah tentu kau kalah bila mak bapak masuk campur. Especially, kalau adik kau tu anak kesayangan bapak kau kan.
I know you are smiling Hanis.
4. Bila dah boleh memandu kereta, kena ambil/hantar adik kat sekolah. Sekolah tak nak kalah, nak sekolah sebelah stadium negara. Ambil/hantar adik kat Sabak Bernam. Ambil/hantar adik kat Segamat. Pergi Tesco beli lauk untuk masak. Pergi beli bungkus kalau tak sempat/malas masak. Kena bawa adik-adik pergi jalan-jalan bila cuti sekolah. Kena langgan
Jadi,
best ke jadi anak sulung?
Best!
Sebab sekarang kakak boleh suruh korang semua buat kerjaaa. Yeah!
Hafiz pernah cakap, “Eee, kakak ni..suka hati je nak suruh.”
Hey, aku kan kakak!
p/s: Alisya, anda boleh mencuba bakat dimuka saya.
Wednesday, July 1, 2009
PROFESIONALISME
Prof Ezanee: Awak student BS ke? Part berapa?
Liana: Ye saya. Part 4.
Prof Ezanee: Come ikut saya. (sambil memberi isyarat tangan)
Kami pun berjalan masuk ke sebuah kelas. Kelas dipenuhi student beliau. Senior-senior saya.
Saya? Mestilah berdebar.
Prof Ezanee: Kenapa rambut awak merah?
Mana ada merah? Blonde lah! (Tapi ni cakap dalam hati je la..hehehh)
Liana: Sebab saya colour.
(gila gamble aku jawab sambil senyum)
Prof Ezanee: Siapa nama awak?
Liana: Liana Ezzana
(seronok tak nama kita lebih kurang sama..hahahh)
Prof Ezanee: Sekarang macam mana nak buat ni?
Liana:?? Kalau nak hitam, colour je la balik.
Prof Ezanee: Boleh colour balik? Kalau macam tu bila awak nak colour hitam?
Ceh menyesal la pulak cakap boleh hitamkan.
Kalau tahu cakap je ni permanent dah tak boleh buat apa-apa.
Kan?
Liana: Okla sebelum final exam saya hitamkan balikla..
Prof Ezanee: Ok, Kalau saya tengok awak tak hitamkan balik..saya ambil tindakan tatatertib. Tulis nama dan nombor matrik kat sini.
Menulis dengan jujur sambil fikir gila sayang nak hitamkan balik. Baru je seminggu colour. Student course lain colour rambut tak kecoh pun. Tapi saya tak hitamkan rambut, pergi kelas saya pakai tudung..hehe.
Sejak itu, senior-senior cakap beliau dah ‘mark’ saya. Sebab beliau selalu tanya pasal saya kat mereka. Saya agak kisah. Sebab kalau Part 6, confirm ada subjek beliau. Kenapa saya kisah? Sebab beliau memang prof yang hebat. Sesiapa yang beliau tak suka..memang habisla..pandai atau rajin macam mana pun..takkan dapat result bagus punya.. Lecturer-lecturer pun banyak tak puas hati dengan beliau..tapi nak buat macam mana..terpaksa akur..sebab beliau senior lecturer dan pengasas Building Survey malaysia kot! Student tak payah cakapla..boleh kata 99% bengang dengan beliau. Lagi 1%? Kurang normal la kot.
Beliau selalu cerita tentang kehidupannya semasa menuntut selama 5 tahun di Scotland. Oleh itu beliau merasakan, beliau lah orang yang paling mahir berbahasa Inggeris di fakulti.
Minus point- sometimes dia make fun of students yang kurang mahir berbahasa Inggeris.
Plus point- beliau selalu betulkan pronunciation student. Sampai kadang-kadang agak menyampah..contohnya..saya sebut Hotel Concorde sebagai “kongkord”. Tapi telah dibetulkan oleh beliau dengan sebutan “kenkerd”. Bagaimanakah sebutan anda pula?
Selain kehidupan di Scotland, kehidupannya semasa muda juga amat dibanggakan. “ Saya dulu gangster, suka bergaduh. Lagi-lagi kalau tengah main bola. Dulu time belajar rambut saya panjang, saya pernah hisap ganja, main perempuan..semua kaum saya dah try.Bapok pun saya layan. Tapi sekarang saya dah insaf”. Seorang senior saya mengatakan, semasa dia belajar diploma beliau cerita benda ni. Sambung degree..cerita lagi..sambung master pun beliau buka cerita yang sama! Mungkin beliau bangga dulu beliau budak jahat. Dan sekarang beliau bangga beliau dah insaf.
Case 1: Bapa kepada seorang senior course saya merupakan seorang bekas dekan di FSPU. Semasa perkhidmatannya sebagai seorang dekan..anaknya sedang menuntut ijazah tahun kedua dan salah seorang pensyarahnya..of course Prof Ezanee. Pada suatu hari, dekan mempunyai perselisihan faham dengan Prof Ezanee. Ketegangan antara mereka menyebabkan..anak dekan menjadi mangsa. Anak beliau mendapat Gred E untuk subjek Prof tersebut. Bayangkan..gred E..macam langsung tak pergi kelas..atau langsung tak buat assignment atau pergi exam tapi tak jawab apa-apa kan? Sedangkan..rakan-rakan seperjuangan anaknya yang satu kumpulan buat assignment sama-sama..dapat gred A.
Case 2: Senior saya lagi. Boleh saya sifatkan beliau sebagai seorang yang pintar. Kelulusan diploma in Architecture, pernah bekerja di architecture firm for 3 years.. Sangat up to date dengan latest construction technologies, kemahiran berbahasa inggeris? Muet band 6. Note prof ni tak pernah berubah daripada tahun 90-an lagi..so dalam class always argue dengan this student.
One fine day..
Prof Ezanee: Awak ada cari note yang saya suruh?
Student pintar: Tak
Prof Ezanee: Kenapa tak cari? Kalau saya buat test baru tahu!
Student pintar: Kalau prof nak buat, buatlah..saya jawab je.
(amboi amboi amboi mentang-mentanglah kau pintar)
***Silence***
Prof tu tak buat pun test, dia ugut je. .and of course this particular student kena aim!
He got C for Maintenance & Facilities Management. The same goes to me T_T .
Hancur luluh rasa hatiku. Target A dapat C. Impian nak dapat dean list lagi..punah.
Tapi berita baik kepada student yang berasal senegeri dengan beliau okeh! Kalau tak buat assignment ke, pasif dalam kelas ke, tak datang kelas atau tak tahu sepatah haram English pun takpe..you all akan lulus dengan cemerlang punya!
p/s: Tahniah kepada pemenang..eh yang dapat result bagus sempena peperiksaan baru-baru ini. Especially to adik saya Hanis, that was a great start. Keep it up!
Friday, May 29, 2009
Bachelor Degree in Building Surveying (Hons)
Amboi kak suka ya nak grad. Yang hujung sekali tu senggugut ke..?
Fuh lega. Baru selesai hantar hard-covered dissertation. Terasa ringan sangat.
Ringan sikit otak ni..dah tak perlu memikirkannya lagi.
Ringan bahu..dah tak perlu memikul beban dissertation yang tebal itu. Heeeh..
Ringan tulang sebab rajin…eh bukan.
Sekarang tunggu result la ape lagi..seramm…lagi-lagi result dissertation and Facilities Management.
Hambik kau muka roller coaster aku!
Zheng Laoshi
And so, the graduation of the language course was held in Grand Bluwave Hotel Shah Alam, I was accompanied by Mr L.O.V.E. Tapi kami sampai agak lambat jadi saya tak dapat naik pentas ambil file kosong :p
Tiihihii..
The food there was so-so..tak sesedap 5-6 tahun dulu..Cuma ada 1 je yang sedap..Bread Pudding with Custard Sauce.
The last paper (Professional Studies II) was on 6th May..in which, kalau course lain kebanyakkannya dah merdeka. Even ada yang after paper terus naik bas balik kampung. But not for courses in the Faculty of Architecture, Planning & Surveying. Building Surveying, Interior Design, Architecture etc..mereka ni lah muka-muka yang paling last balik cuti tiap-tiap semester. Sobs.. T_T
Ini semua gara-gara design projects yang bertimbun-timbun sampai habis exam pun dia belum habis lagi. Nampak macam sedih je..tapi sebenarnya kitorang enjoy! (I tak tahulah yang lain kan, tapi I enjoy staying up in faculty buat design sampai esok pagi, lepas tu kalau lapar pukul 2-3 pagi kirim dekat boys mi goreng mamak with teh tarik. Layann..)
Proses menyiapkan tugasan design ni sebenarnya best kalau kita kasi feel..cecehh..lagi-lagi kalau dapat group member yang sekepala dengan idea-idea yang out of this world! Our task for the final semester was conservation of shophouses in Muar Town. Agak mencabar sebab banyak design restrictions yang kena follow..bukan boleh suka-suka hati je nak design macam design modern buildings kan..even nak install lampu kat signage kedai pun kena tegur tau! “Anak-anak muridku sayaanggg…you are using too much energy!” So people, conservation work is very sensitive. Ewahh!
Backlane
Megatron Sdn Bhd.
Dibelakang tu proposal kami, sesiapa yang berminat boleh hubungi nombor yang tertera di kaca tv anda.
Oh how can I forget the unforgettably-scary Viva Presentation.
Viva Presentation? Who’s that pokemon?
Ok, for those who are unfamiliar with this, let me explain..(ceyhh) I did mention about a dissertation right. It is a research students had to carry out in order to obtain their degree. After the final submission of the research, they will have to undergo a viva presentation where they need to convince a panel of lecturers that their research is genuine and valid. And I survived! Alhamdulillah.
My panel consists of two killer lecturers and Miss Linda the pensyarah berjiwa rakyat..eh berjiwa student. Prof. Bill Hamilton from Scotland is a senior visiting lecturer and Sr. Nadzari is the pensyarah paling otai. However, Encik Nadzari behaved himself in front of Prof. Bill..hehehh..fuh selamattt. Kalau tak, boleh goyah iman tau nak jawab soalan-soalan puaka dia tu T_T. Prof Bill was very interested in the data I obtained from my research (I guess)because banyak sangat soalan dia tanya tahu!
Tiba-tiba Prof Bill senyum padaku sambil berkata... “Ok good.”
Aaaaarrrgghhh…rasa macam nak lompat kijang kat situ sambil senyum sampai mulut cramp!!
P/s: Kak, sini ada kerja kosong tak? Saya pandai buat Ayam KLG. :p
Saturday, April 11, 2009
MALAM BERSAMA RAHIMAH RAHIM
Kalau darurat sangat, pakai je lah baju kurung hijau mama. Bisik hati kecilku.
4.00 p.m
NAME: LIANA EZZANA
COURSE: BUILDING SURVEYING (AP229)
TABLE NO: 25
LUCKY DRAW NO: 230
Best of Friends
*Oh gambar yang sedikit kabur disebabkan candlelight mode.
Mdm Zarina & Prof Mohamad
Bila masa diorang ambil gambar ni pakai kamera aku?
Class of April 2009
Kami & Encik Azizan Supardi yang cool bersama Rahimah Rahim
Pengacara 1: Nombor seterusnya..2…3…
Liana: Hah! *tahan nafas..
Pengacara 2: 0!!
Nazmin: Liana!!
Liana: Weh~(sambil kembang hidung)
Liana bangun sambil tersenyum
Pengacara 1: Siapakah pemilik nombor ini? Mungkin boleh angkat tangan.
Pengacara 2: Mungkinkah yang berbaju hitam?
Liana Ezzana pun berjalan ke pentas lalu mengangkat tangan.
Pengacara 2: Ya itu dia..berbaju hitam..
Pengacara 1: Mukanya ada iras-iras Siti Nurhaliza.
Pengacara 2: Kasutnya bergemerlapan ya..
What the..
OK mungkin style aku pada malam tu ala-ala Dato’ Siti..cuma takde jambul je..tapi itu tidak membuatkan muka aku ada iras-iras Siti Nurhaliza kot kan. Walau apa pun..aku sukakan pujian itu..ahaks! Terima Kasih! You made my day Encik Pengacara Majlis.
Saturday, November 22, 2008
MENYAHUT CABARAN SENARAI KESYUKURAN
- This time saya sahut cabaran senarai kesyukuran si Hanis.
- Saya bersyukur saya mempunyai blog untuk letak senarai kesyukuran :p
- Saya bersyukur nama saya Liana Ezzana. Cikgu-cikgu sekolah sukakan nama saya. Saya kembang.
- Saya bersyukur emak saya tak jadi nak menamakan saya Lily Shadoris. (nama tu tiada maksud rasanya).
- Saya bersyukur saya mempunyai kaki yang panjang.
- Saya bersyukur saya tinggi. (eh, Hanis baru sahaja memintas saya minggu lepas..ala..2cm je.. :p)
- Saya bersyukur saya pandai main futsal. (defend je..position lain tak reti..hahahh)
- Saya bersyukur saya sudah tidak tomboy lagi. Bolehlah saya pakai high-heels.
- Saya bersyukur saya tidak cacat fizikal dan mental.
- Saya bersyukur saya berada dalam keluarga yang bahagia.
- Saya bersyukur bapa saya kelakar.
- Saya bersyukur emak saya pandai masak.
- Saya bersyukur adik-beradik saya ramai.meriah.kecoh.riuh.hiruk pikuk.hingar bingar.
- Saya bersyukur kucing-kucing saya dapat survive dalam keadaan di atas.
- Saya bersyukur saya tahu goreng ayam sedap.
- Saya bersyukur adik-adik saya sukakan nasi goreng saya. Jadi bila saya malas, saya masak je nasi goreng.
- Saya bersyukur saya Islam. (ok tiba-tiba serius)
- Saya bersyukur saya tidak racist.
- Saya bersyukur saya tidak gemuk dan tidak kurus.
- Saya bersyukur saya tidak allergic terhadap makanan yang best seperti seafood, ayam dan lain-lain.(saya allergic terhadap kobis..tapi takpa..bukan best pun :p)
- Sayabersyukur saya tidak hisap rokok/ganja.
- Saya bersyukur saya dapat nombor satu dalam peperiksaan pertengahan tahun semasa darjah satu. Inilah kali pertama dan terakhir.Haha.
- Saya bersyukur saya selalu kena rotan di sekolah. Sekarang saya dah lali dengan hukuman rotan. Tak herannn..(eh tapi kalau yang rotan kat penjara tu mestila tak lali langsung! tak mau..takotttt!)
- Saya bersyukur saya takut dengan azab tuhan..takottt...eh jom sembahyang!
- Saya bersyukur saya pernah gagal ujian jalanraya kerana signal. Sekarang asyik nak signal walaupun tak perlu.
- Saya bersyukur saya pernah mempunyai peta negara asing di belakang seluar. Bukan semua orang dapat pengalaman ni tau.
- Saya bersyukur rambut saya lebat atau banyak menurut pekerja-pekerja salun berbangsa cina.
- Saya bersyukur kalau ada orang jealous sama saya. Maksudnya saya lebih bagus daripadanya. (sebab kalau saya tak bagus, buat apa orang nak jealous kannnnnnn)
- Saya bersyukur adik saya Khairi sekolah di Sabak Bernam. Di sana ada banyak barang menarik dan murah. Shopping!!
- Saya bersyukur ahli keluarga saya dan juga Nazmin tahu saya pemborong ubat nyamuk ;).
- Saya bersyukur saya masuk matrikulasi. Matrikulasi menjadikan saya seorang yang extrovert. (yeke?ke extravaganza?)
- Saya bersyukur terima tawaran kursus Ukur Bangunan di UiTM Shah Alam.
- Saya bersyukur ada kawan macam Nazmin, Nor Syizwani, dan Syafaf Nur.(ni ikut alphabetical order, yang depan sekali jangan perasan).
- Saya bersyukur saya jumpa Hery.
- Saya bersyukur Hery lelaki yang baik.
- Saya bersyukur Hery menghadiahi saya tabung yang sangat gemuk. Saya ada wang simpanan sekarang.(kalau tak, jangan harapla nak simpan...)
- -
- Saya bersyukur saya organize BISA Dinner. Dari situ saya kenal hati budi manusia.
- Saya bersyukur badan saya athletic. walaupun sebenarnya lembik takde stamina :p
- Saya bersyukur saya tinggal lagi 1 semester sahaja untuk habiskan degree yang saya rasa macam tak habis-habis ni. Phewwh!
- Saya bersyukur kerana saya bersyukur.
- Oh ya, saya bersyukur kerana anda berjaya baca list yang mengantukkan ini sampai habis. :D
Marilah kita bersyukur.