kacukan ke?!.
Yang menetap di Malaysia sepanjang tempoh itu. Yang sangat-sangat menghargai makanan Malaysia.
Oh, aku mungkin tergolong dalam kelompok hidup untuk makan. Pantang dengar makanan sedap, mesti cari!
Lepas kahwin lagi gemuk kau!
Sepanjang tempoh gemuk, saya ada mencuba beberapa jenis diet.
- Diet ikan. Diet yang menolak daging ayam/lembu/kambing/unta/arnab. Sumber protein yang diperoleh dari ikan sahaja. - Tett..langsung tak berkesan! Mungkin sebab aku makan nasi berlauk kari ikan, ikan 3 rasa dan ikan masak lemak hahahahahahhahahh
- Diet makan apa sahaja selain nasi. - Sejujurnya, selama mana perut Melayu Jawa ni boleh tahan?
- Diet Subway. Selama 2 minggu, siang malam makan Subway. Tak turun pun. Tang jari kot kurus sikit. Bleghh.
- Diet ke-4 ni lain sikit. Sejenis amalan yang aku pun tak pasti asal usulnya, tetapi agak berkesan lah. Selepas makan, tunggu 30 minit baru minum air. 2 minggu aku amalkan, ok lah perut jadi kempis. Tetapi, bila satu hari tu tiba-tiba lepas makan rasa haus pastu minum, terus buncit balik macam tak pernah amalkan apa-apa pun. Apakah pengkhianatan ini?
- Diet makan apa sahaja. Tapi malam jangan makan.
Method ke-5 nampaknya paling berkesan untuk badan aku. Seminggu je tak makan malam, aku turun 3kg. Aku masih tak percaya lagi sekarang ni.
Setelah 25 tahun baru ku kenal badan sendiri.
Kau rasa kau kenal badan kau?
Kau rasa kau kenal diri kau?
Kau rasa kau kenal keluarga kau?
Tetapi kita hanyalah manusia yang sentiasa alpa. Pasti ada sesuatu yang baru kita sedar setelah bertahun-tahun hidup.
Kongsilah cerita anda disini :)