Sunday, March 4, 2012

Bukan Anak Dara Lagi


Entry ini adalah jawapan kepada pertanyaan Carl S.."Liana, how's life after dah jadi wife orang?"
2nd month jadi isteri orang..agak awkward at times. Paling awkward bila jumpa mak mertua. Asyik nak terpanggil aunty je. Mak mertua pun kadang-kadang “aun..aun..mama..” haaa.
Susah sebab dua-dua pun panggil mama. Seumur hidup tak pernah panggil orang lain mama selain mak sendiri. Tu yang liat sikit tu.
I have two families now. Sebelum bertolak ke Perak, (untuk bertugas) suami sempat berpesan “Tolong tengok-tengok kan mak I”. Haaa..kau..terasa selepuk jatuh kat bahu. Tanggungjawab..tanggungjawab. Amanah dari suami. Nasib baik la Shah Alam – Klang je. Kalau Jumaat di klang, sabtu tengahari dah di Shah Alam. Jadi tiap-tiap minggu pun memang dengan both parents. Alhamdulillah..tiada konflik dilemma dan drama swasta la disitu.
Lagi satu yang awkward bila keluar kena minta izin suami dan bila bergurau kasar dengan suami. “You ni, berdosa tau cakap macam tu dengan suami”. Si suami mungkin sengaja nak kenakan kita, tapi kita yang cuak..”eh, alamak dosa ke?” Haaa..tak sama macam zaman belum kahwin.
Suami pun masih dalam proses mengenali adik-adik aku yang pelbagai ragam. Ada masa, tak kena cara suami terkecil hati, ada ketika pulak, adik pulak merajuk..macam-macam. Kita la tukang jadi orang tengah.
Anyway, despite all that..kahwin itu seronok. Nak keluar dating lewat malam pun tiada masalah. Kalau masa anak dara kan ada curfew :p Kami ni pulak jenis suka holiday, jalan-jalan..macam-macam tempat dah plan nak pergi, baik berdua juga bersama keluarga.
Bila kita kerja kuat sikit, sakit-sakit badan, ada orang tolong urut. Bila lagi nak bermanja kan :) Paling seronok, bila tengok suami berselera makan masakan kita. (Bukanlah nak cakap kita ni masak sedap sangat, tapi..berani dia cakap tak sedap?! HAHAHAH)
Itulah serba sedikit kehidupan selepas kahwin. Hopefully, semua pasangan berkahwin termasuklah kami pun..jangan baru-baru kahwin je loving romantic bagai..dah 10 tahun kahwin ke 20 tahun kahwin ke kenala pandai ambil hati masing-masing :)

PEACE!
2 hari lagi, hari jadi mak mertua. Tak tau la nak beli hadiah apa..2 tahun lepas, (belum jadi mak mertua lagi) saya bagi dia scarf sutera warna kuning. Beli pun rushing masa tu. Tak ingat pun favourite color dia merah. Masa nak bagi tu rendah diri je. Takutla orang tak suka kan. Saya memang betul-betul tak sangka it became one of her favourite scarf. Siap tanya lagi beli kat mana..sebab nak buat collection semua warna.
Tapi sejujurnya, tahun ni macam pening sorang-sorang. Nak beli baju, size pulak tak tau. Perfume lagila tak berani..kang tak suka bau tu dia tak pakai. Gila lame kalau beli scarf sutera lagi. Tapi satu yang saya tahu dia appreciate; orang belanja makan. Bagi la idea sikit nak bawa makan di mana. Eksklusif tapi tak menyebabkan aku terpaksa berpuasa di hujung bulan. :p


p/s: Untuk pengetahuan semua, mak saya Nani Rostam dah menurunkan bisnes Strawberry Moist Chocolate Cake dia yang menggiurkan tu kepada saya. Kek seberat 2kg bertopping sos coklat dan buah strawberry berharga RM85 sahaja! So, siapa-siapa yang berminat..boleh hubungi saya terus di 0126938365. Chiao!

*Okay gambar obviously ambil dari blog mak. Terima kasih mak!*



22 comments:

Hanys Najib said...

seronoknya..nak kawen!tp xde calon lah..hakhak..
by the way, bagi lah hadiah blouse ke utk mak mertua..?atau handbag pon boleh, atau jubah..? sbb slalunya birthday my mom, bagi antara item2 tu..;D

ADEEYA said...

Hehe ada best ada tak best eh kawin ni :)

# said...

wah..tahniah..semoga bebahgia dunia akhirat..amin :D

Emylia Shahila said...

post la ckit pic kek tu.. nak order la utk bday bff :)

Anonymous said...

gambar kawin??

Lynn said...

Salam Liana,

Hopefully masih belum terlambat untuk wish Selamat Pengantin Baru dan selamat menempuh kehidupan berumah tangga.
Berkenaan hadiah harijadi mak mertua Liana,mungkin Liana boleh hadiahkan sepasang baju kurung (or kain ela yang boleh ditempah kemudian buat baju),tudung,subang,perfume,jubah or take her out somewhere for dinner.

Risik-risiklah apa yang your MIL suka..nanti senanglah nak cari kan?

All the best!

Kekna said...

Thanks all :)

Saya dah edit entry, minta suggestion nak bawak dia keluar dinner.

Gambar kahwin I dah siap dah. Cuma photographer terlupa nak bagi softcopy, so sedang menuggu lagi ni.

Will upload in the next entry :)

Hanis Zalikha said...

We the adik-beradiks love having your husband around!

Anonymous said...

Hey Liana,

Congratulations on your wedding, it was beautiful (mind you I stalked Hanis's blog first) LOL

Anyways, about a dinner suggestion, if you seek for privacy, why dont take your MIL family to Tamarind Spring in Bukit TAR Ampang? It's a very secluded place yet awesome ambience. Very clasyy. You can google that up for reservation. Or for a traditional taste, bring her to Istana Bambu, located in Bukit Antarabangsa, both are quite reasonable and has a soft touch of classy. Or if you want an Arabic Dish, I recommend Restaurant Al-Diafa in Sri Petaling, very nice ambience and the food is mashaallah marvelous. Hope this helps!

fingerkontot. said...

wah! ni first time blogger story psl newly-wed life. naiss.

alamak, xde suggestion la. sorry banget. hehe

Miss Anis said...

terliur plak tgk kek ni...

Anonymous said...

mak i bday bulan march.few days lagi bday dia. dan dia suka warna merah.dan masih mencari "somethin special " utk mommy.

Mak Wardah said...

Liana, Auntie agreed on dinner with MIL. Anyway, congratulations. Great daughter, good big sister, InsyaAllah peaceful & happy life ever after. Can't wait for your wedding photos. Thank you

Are-Pie said...

wah.....sedapnye....area mana yea bleh dapatkan kek nie....kasi la kek nie kt mertua....menantu buat sendiri kan...mesti besh....

Atien Dyana said...

sis, gi itallianies pon ok.. simple but still romantic for family dinner.. :)

Anonymous said...

try la italian restaurant kat Ciao Ristorante emm sedap ...

freezal said...

baru rasa tadi.. Ziha order.. sedap! ehehe

lily lotus said...

congrates dear :) semoga terus maju dgn bisnes kek pula...

my beloved diary said...

nice~~
semoga perkahwinan kekal abadi.. ok... :)

Puan Eka said...

dgr cite org kawin best...
ni tak sabar nak kawen..

oh,suami kak liana,abg khairu tu keje kat perak eh??
sebab ada satu malam tu nak naik train ets di kl sentral,nampak macam suami akak..lama juga tgok..sebab selalu perasaan kat blog auntie nani rostam..kot tak silap orang la..tapi macam sama je..hehehe

ecahcah said...

liana,nk tnye kek nie bley tahan bpe ari??ingt nk order tuk raye nie..:)

Kekna said...

Kek boleh tahan seminggu kalau simpan dlm peti sejuk. Tapi dinasihatkan keluarkan dr petisejuk beberapa jam sebelum makan..supaya moist kembali.