Showing posts with label Yang jauh mari dekat yang dekat mari rapattt. Show all posts
Showing posts with label Yang jauh mari dekat yang dekat mari rapattt. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

"Kain kak, tebu kak.."


"Kain kak, tebu kak.."

Pernah dengar lawak ni masa sekolah rendah? Famous ni..walaupun entah hapehape :)


Kain & tebu adalah dua item yang sinonim dengan nama Ramadhan yang bakal menjelma sekejap sahaja lagi. Rasa macam baru je bertungkus-lumus tolong mak kita jual biskut raya hari tu ;)


Dalam kesibukan membuat persiapan untuk jualan biskut raya, tak ku lupa persiapan menyambut bulan Disember. Sambut apa? Krismas? No no no...akaks nak kahwin dah dik ooii...


La ni dok kumpul duit la nak menampung segala perbelanjaan kahwin nanti..salah satu kaedahnya..berniaga kain laa..


(tebu? kekekeke..nanti kita tunggu bula posa noh!)


Mai la tengok kain-kain terhangat di pasaran ni...


Kain mak pilih kelasss..tapi harga memang berpatutan..dengan kualiti & design yang meletup tu kenzzz...


Sesuai la shopping kain dengan Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi ni kan..
confirm Raya tahun ni baju you all meletup dengan kain-kain ni tau!


(jadi tak watak yang cuba diketengahkan ni? jadi tak jadi tak? hahahah)




Okay, pertama...Kain Chiffon Hitam..ada bunga ros timbul..kelass..





Lining hitam sesuai untuk gaya klasik dan sofistikated..

tapi I cuma ada lining pink untuk sample so, hasilnya...






tadaa...gaya yang lebih moden dan unik.


[SOLD!]







Design yang sama cuma yang ini bewarna 'pale peach'.

Idea untuk menyerikannya, gunakan lining satin bewarna agak gelap.






Details untuk Chiffon bunga ros.

[Yang ini pun SOLD!]


Tips: 1. Jika bentuk badan epal (besar bahagian atas), maka design bunga ros boleh letak di bahagian pinggul untuk keseimbangan (ilusi pinggul montok).



2. Jika bentuk badan pear (besar bahagian bawah), design bunga ros letak di bahagian dada. So cute...tak perlu explain lah dah tau kan :)



3. Jika bentuk badan hourglass, tak perlu pura-pura baca tips ini sila terus ke kaunter pembayaran. :D












Ini Kain lace bewarna merah hati. Quite glittery which makes it suitable untuk majlis makan malam :) Bak kata orang, vogue dalam kesederhanaan ;p (baru cipta)

Lining ikut suka hangpa..tapi I tengok lining pink I ni macam cun jek dengan warna lace tuh..peace!

[Yang ini pun SOLD!]







Hokey Wohkey..



Untuk kain Chiffon bunga ros, harga nya RM150 untuk 2 meter. (Baju sahaja, kain boleh beli kain chiffon hitam kosong..sebab kalau atas bawah nak letak bunga jugak....boleh naik kereta berhias..kekekekeke)



Untuk kain Lace merah hati, harganya RM50 untuk 2 meter. Murah kan :)



Promosi pertama kali jual kain kan...free postage! :)



Lining tidak dijual hokeyhh.



Sekiranya berminat, bolehlah email ke lianaezzana@rocketmail.com.







Marilah membeli kain bagi menjamin majlis perkahwinan yang sejahtera..kekeekeeke.



Tuesday, April 21, 2009

COMING SOON

Dalam kesibukan mengejar dateline, aku sempat juga mencuri masa untuk relaks. Kenapa ayat aku macam segmen Remaja Minggu Ini? OK. Zaman remaja kau dah habis, Liana.

Movie Coming Soon ini mungkin dah seminggu ditayangkan. Tertarik dengan cerita ni apabila tengok iklan dia. Masa tu sedang tonton cerita Street Fighter, Legend of Shun Li. Iklan dia yang horror tu buat aku dan Mr L.O.V.E teruja.




Pengarahnya Sophon Sakdapisit, dimana beliau juga yang menulis screenplay untuk Thai horror "Alone" dan "Shutter".



Cerita Coming Soon ni mengisahkan tentang
err..

(kamu tahu tak aku tak reti nak tulis sinopsis, kalau aku tulis juga nanti aku tertulis sekali dia punya klimaks pastu tertulis ending..habiss2..~)

Apa yang mami nak habaq sebenaqnya, cerita ni best!

Seram ke tak seram kalau kau rasa kau bawa backpack..sedangkan kau sebenarnya tengah gendong hantu perempuan tua..lepas tu kau j..
Ok cukup la Liana.


Siapa yang belum tonton sila pergi sekarang juga sebelum adik perempuan kamu annoying balik rumah terus nak cerita apa yang dia dah tengok siap dengan ending sekali.



Thai horror movie beb!





p/s: Tayangan di TGV sampai 22 April je, GSC sampai 29 April, ada yang 28 April. Tapi GSC Mid Valley sampai 24 April.