Friday, March 9, 2018

Happy Birthday Camilla Kyra - part 2

Tahun ini sebenarnya buntu nak sambut birthday Camilla macam mana.

Mula2 rasa nak celebrate di mana-mana restoran di dalam mall dan bawa dia ke kedai mainan untuk pilih hadiah. Simple je.

Suatu hari saya tanya dia, Camilla, where do you want to celebrate your birthday?
Dia jawab "hotel". Tu je. Ringkas dan jelas.

Kebanyakkan budak memang sukakan hotel. Termasuklah Camilla ni. Kalau ajak holiday je mesti tanya "are we going to hotel"? Homestay pun dia panggil hotel. Oklah tak diva nak demand2 lima bintang kan hahaha

Sambut di hotel ni macam mana pulak? Makan buffet lunch/dinner di coffeehouse aje ke? Bermalam ke?
Mulalah kita buat kira2 kan, agar duit yang dikeluarkan berbaloi. Kebetulan memang ada voucher Agoda yang terkumpul. Memang jimat sangat! Diskaun 50% kau! Oklah ambik satu unit di Gardens Hotel & Residence.

Saya pun bincang2 dengan adik-beradik lain minta idea. Memandangkan adik-beradik saya sangat rapat dengan Camilla, mereka sangat teruja nak tolong buat persiapan untuk birthday dia. Siap bertekak2 lagi pasal tema hahaha...

Akhirnya kami pilih tema Barbie Tea Party 
memandangkan Camilla sedang minat bermain patung Barbie pada usia ini hehe..

Tinis la paling excited sebab ada la satu zaman tu kan, minah tu minat gila warna pink dan Barbie! 
Jadi dia mengimbau la tu hehe..

Plan dia macam ni, saya dan suami bawa Camilla ke The Gardens Mall konon2 jalan2. Saya pilih The Gardens Mall sebab dia bersambung dengan Gardens Hotel & Residences. Senanglah nak buat surprise. Camilla memang tak expect pun, sebab dia betul2 ingat cuma jalan2 window shopping di mall hehe..

Preparation tu ala2 take time sikitla kan..diorang kata jalan2 dulu, lambat lagi nak siap tengah tunggu bunga lah belon lah hape lah..sebab traffic jam kat Mid Valley masa tu (ada baby expo hahahah). Kami pun decide ok minum kopi dulu la sambil tunggu. Lepas minum kopi, ronda2 sampai ke Mid Valley, dapat whatsapp kata ok dah boleh naik. 

Sampai kat lobi takda access card, gelabah weh. Memang ramai sangat nak check-in masa tu, jadi cari2 staf bagitau unit number staf tu bagi guna access card dia. Nasib kau. Sampai atas, eh macam mana nak masuk takda access card nak bukak pintu!! ahhahahahaha..tekanlah loceng 80juta kali, orang2 yang tunggu kat dalam apartment ni dok fikir dah kenapa aku tekan loceng? Ate katenye surprise? 
Ada la sorang yang terang hatinya teringat "kekna takda kad!" Tetiba je ada access card slide dari bawah pintu hahahahahha...lawak apakah ini :D

Buka pintu je, Surprise!!!

Videographer: Azim Wahab



Berbaloinya rasa tengok anak senyum lebar macam ni



Minat betul tea party. Selalu main olok2 je. 
Haa kalini betul2. Sukanya dia :)



Terima kasih ahli keluargaku yang bermurah hati memberikan hadiah untuk Camilla



Tengok muka Yusuf tu hehe..



Apartment di Gardens Hotel & Residence. 
Selesa untuk satu family lepak2 hujung minggu :)


Oh ya, lupa pulak pasal makanan. Makanan semua bawa sendiri, ada yang masak sendiri, ada yang order je. Menu dia sesuai untuk tea party dan juga boleh dibawa ke makan malam. Jimat dan takda pembaziran :) Kekna masak nasi ayam hainan dan sheperd's pie. Order pulut kuning kak Zarina Zainuddin, kouign ahman, ice cream, brownies dan karipap untuk dessert, mama saya pula order smoked lamb dan mashed potato. Air bawak je sebotol kordial F&N tu, bawak jug, cawan2, pinggan2, sudu2, dan ais sendiri.


Masak banyak sikit sekali dengan makan malam. 
Lepak2 sambil berulang makan. hehe best kan.


Ain my cousin siap bawakkan kek lagi. 
Terima kasih, murah rezeki kita semua :)


Alhamdulillah semua happy dapat luang masa dengan keluarga tersayang, terutama birthday girl lah kan. Benda2 macam ni kalau tak beria memang susah sikit nak jadi. Kalau kena time2 birthday sesiapa barulah jalan ye dak. Kalau saja2, jaranglah kot. Apa2 pun objektif dia nak luang masa dengan keluarga. Dirumah ke di homestay ke di restoran ke tak kisah ikutlah bajet masing2. Tak semestinya kena keluar duit banyak baru boleh bahagia atau gembira. Insyaallah itu prinsip yang saya pegang.


Thursday, March 1, 2018

Happy Birthday Camilla Kyra - part 1



Setakat ini lah. 

Setakat tahun 2018 ni, setiap tahun bila dah dekat2 bulan Sep-Okt,

kepala ni mula la cari idea nak sambut birthday anakandaku Camilla Kyra.
(atau nama instagram dia @dedobot )

Birthday pertama kami sambut kecil-kecilan je di cafe Wondermama, Bangsar Village. 
Cuma makan malam sekeluarga je. Yelah baru umur setahun, belum faham pasal majlis, pasal kawan2, orang nyanyi lagu 'happy birthday' pun dia menangis sebab nervous hahahaha'..





Birthday kedua mamawan (nenek dia belah mummy) nak buat kenduri doa selamat.
Lauk nasi campur ala minang dan kambing golek 2 ekor kau! Kambing tu asalnya order seekor je..tapi grandpa (atuk belah mummy) dia excited lebih pergi tambah lagi satu hihihi..
Masa ni Camilla menangis juga tapi bukan sebab nervous, sebab geram orang tak bagi dia pegang kek hahahah..








Birthday ketiga. Masa ni Camilla suka sangat indoor playground dan hello kitty. Masa ni bajet tight sikit. Allocate RM1000 je untuk majlis. Survey la Hello Kitty cafe di Sunway Pyramid, ok suka la jugak tapi mahal sikitla food dia. Dah book tapi belum buat payment. 
Tapi tak jadi lepastu. Tak berapa ingatlah insiden sebenar yang membuatkan saya tak berpuas hati dengan customer service mereka. Yang saya ingat saya asyik call cafe tu, P.I.C asyik takda dan tak dapat feedback pun. Pada tarikh yang saya booking tu barulah mereka asyik call saya. Sorrylah dah terlambat. Saya dah book tempat lain memandangkan tak tau status booking saya dengan cafe tu. 
Jadi, cari indoor playground, teringat Gula Cakery di Kota Kemuning Shah Alam. Alhamdulillah memang menepati bajet (RM700 untuk 20 orang makan beserta kek hello kitty) dan birthday girl pun happy sangat! Indoor playground yang bersih dan dekat dengan meja parents duduk makan2. Very cosy. Parking pun banyak!







Birthday keempat.
Next entry okie. Panjang dah ni. 
Mengantuk puleks.





Thursday, February 22, 2018

Resepi Kekna


Assalamualaikum semua :)

Genap 4 tahun sejak entri terakhir blog Kekna ni.

Rindu sangat nak berblog tapi sibuknya menguruskan keluarga dan bisnes :D
(padahal anak cuma seorang haha)

Bila buka balik blog ni, baca entri lama2..alahai macam bengong je rasa hahahaha. Takpalah it's all part of our life journey kan. Semua orang pasti ada zaman bengong dan jahil dia. Lesson learnt and moved on :)

Anyways,

Tahun 2018 ni Kekna harap dapat berblog semula dengan konsisten.  Jadi Kekna ingin beri nafas baru kepada blog ini. Kalau boleh taknak lah negativity kan. Stress lah dekat dengan orang2 negatif ni kan.

Jadi, selain tukar nama, Kekna delete entri2 lama yang ala2 kontroversi, ala2 vengong hahaha!

Kenapa tukar kepada resepikekna.blogspot?

Sebab kalau boleh Kekna nak kongsi bukan sahaja resepi masakan tetapi apa2 tips2 yang relevan di blog ini okie. Insyaallah :)


Friday, February 14, 2014

Antara rahmat dan musibat.


Dalam perjalanan masuk ke dewan bedah aku sangat gementar.

Untuk hilangkan gementar aku cuba berselawat. Tiba-tiba aku menangis.

Mungkin terlalu gementar. Yelah, kita tahu perut kita akan dibelah.

Kita juga tahu tulang belakang akan disuntik ubat bius.

Aku paling takut kalau tulang belakang diusik.

Tapi aku kuatkan mental. Aku buat ni untuk anak aku.

Keibuan sangat kenz.


Aku juga dapat rasa perut aku ditoreh. Tak sakit sebab ada bius.

Tapi ngilu dan ngeri. Sebab boleh rasa apa yang doktor buat kat kita.

Tapi yang aku tak rasa ialah bila bayi keluar dari perut.

Aku tahu anak aku dah keluar bila nurse jeirt "8.55 a.m"!

Lepas nurse tepuk-tepuk anak aku pun menangis sekuat-kuatnya.

Secara automatik aku pun mengalirkan air mata. Sebak.

Ya. Itu suara anak aku. Aku dah jadi mak.

Antara moment terindah dalam hidupku.

______________________________________________________


Setakat ni apa yang aku rasa. Bersalin secara cesarian sangat tak best.

Pergerakan terhad. Gerak lebih sikit sakit berdenyut dekat luka.

Jalan pun terbongkok-bongkok. Bangun duduk sangat sopan santun. Sebab sakit.

Mandi penuh hati-hati. Kadang-kadang pedih kena percikkan air shower.

Risau lepas mandi luka tak kering. Risau luka bernanah. Risau luka terbuka.

Paling takut nak bangun dari perbaringan. Paling takut nak batuk dan bersin.


Ya. Hari ke-17. Luka aku bernanah. Tapi sikit je sebelah kiri.

Sebelum tu ada tisu bengkak kat perut. Lepas tu aku demam urat.

Ketiga-tiga musibat ini aku suspek disebabkan aku berurut.

Tukang urut aku sangat hardcore. Dia urut perut aku macam tiada esok.

Dia bengkung aku seketat-ketat yang dia mampu.

Ada sekali dia ikat bengkung terhampir dengan luka.

Masa dia tarik bengkung tu azabnya macam rasa nak terburai jahitan.

Macam rasa nak bagi penampar pun ada.

Lepas demam aku berhenti sesi berurut. Nanti dah betul-betul baik baru sambung balik.

Takpela kurus perlahan-lahan. Aku suri rumah je pun. Tak perlu rushing.


Hari ni hari ke-23.

Luka cesar dah hampir kering. Masih sakit. Tapi tak sesakit dua minggu pertama.

Anak aku pun masih jaundis. Prolonged jaundice.

Tapi ia normal. Sebab aku darah O positif.

90% bayi kena jaundis apabila ibu berdarah O.

Dan kebanyakkannya prolonged jaundice.

Doktor kata "your baby do not need any treatment, just continue to breastfeed as usual".

Lega.







Tuesday, January 21, 2014

Bergurau ada batasnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni genap 38 minggu usia kandungan.

Dan aku dijadualkan untuk pembedahan cesarian lagi 2 hari.

Selepas segala percubaan untuk mengubah posisi bayi menemui kegagalan.

Dia masih di posisi songsang atau breech.

"Liana, jangan risau-risaulah, ini semua kerja Tuhan".

Makcik yang mengurut aku seperti dapat membaca kekecewaan di wajahku.

Apekejadahnya intro sendu ini. Pui!



Okeh! Minggu lepas ada buat ECV iaitu External Cephalic Version. Ini adalah sejenis prosedur dimana doktor pakar akan memusingkan bayi di dalam kandungan dengan menggunakan tangannya. Kalau tak boleh nak bayangkan, boleh tengok video dibawah ni :)


Macam seremmm kan :D


Seperti perbincangan dengan doktor, kadar kejayaan prosedur ini adalah 50-50. Dan aku di persiapkan dengan 3 kemungkinan iaitu:

  (i)   Bayi berjaya dipusingkan ke posisi normal dan jika posisi masih normal selepas seminggu, maka cuma perlu tunggu turun tanda untuk bersalin normal.

  (ii)  Bayi berjaya dipusingkan ke posisi normal, tetapi bayi kembali songsang selepas seminggu, maka doktor akan bagi tarikh untuk pembedahan cesarian.

 (iii)  Semasa prosedur ECV, didapati degupan jantung bayi lemah disebabkan tali pusat terbelit, pembedahan cesarian akan dilakukan serta-merta.


Kebetulan, sehari sebelum doktor cadangkan untuk buat ECV, aku ada la buat research sikit pasal prosedur ni. Bila doktor sebut je, terus aku setuju! Walaupun ada beberapa blog yang menceritakan betapa sakitnya proses ECV ni, aku tak peduli. Sebenarnya, aku taklah heran sangat dengan sakit tu. Yang penting result dia.

Tiba hari kejadian. Perut aku dilumur dengan gel oleh doktor. Bukan doktor pakar. Dan dia seorang yang sangat kasar. Dia cengkam perut aku. Automatik perut aku mengeras. Walaupun dah masukkan ubat untuk relax kan muscle perut. " Awak jangan keraskan perut," kata doktor bukan doktor pakar tu. Aku cuba kawal pernafasan untuk relax. Dia cuba untuk pusingkan baby. Sakit gila dia godak perut aku.

Aku : Aaarghhh.!!
Bukan doktor pakar : Awak sakit ke?
Aku : Sakit.
Bukan doktor pakar : Ok awak relax dulu, bila dah relax saya cuba lagi.
Aku : Ok. (sambil cuba kawal pernafasan dan relaxkan muscle perut)
Bukan doktor pakar : Boleh saya cuba lagi?
Aku : Boleh.
Bukan doktor pakar : (mencuba sedaya upaya memusingkan baby)
Aku : ugghhhhh!! (mengerang menahan sakit)

Aku betul-betul rasa nak jerit " Doktor, stop! Takpe cesar je saya!" Tapi, aku kuatkan mental. "Liana, cesar lagi sakit," bisikku dalam hati.

Bukan doktor pakar : Awak jangan keraskan perut, saya ni nak kena lawan perut awak lagi, nak pusingkan baby lagi.
Aku : (eh, eh marah pulak dia ni). Sorryla perut saya keras secara automatik!
Bukan doktor pakar : (scan baby) Baby awak tak nak pusing la. Ketegaq. Awak nak cuba lagi ke?
Aku: Nak. (nampak tak kuat semangat :D)
Bukan doktor pakar : Ok relax ye, (sambil godak perut aku)
Aku : Ugghhh..(sakit gila wey)
Bukan doktor pakar : (scan baby) Baby awak taknak pusingla. Saya tak boleh cuba lagi sebab bahaya.
Aku : Ok, takpe. (sambil memberi senyuman yang penuh redha)
Bukan doktor pakar : Awak tunggu kat luar nanti saya bagi awak tarikh cesar.

Aku pun keluar sambil muka berkerut-kerut sebab perut aku sakit. Selepas setengah jam menunggu, bukan doktor pakar panggil aku. "Ada seorang doktor pakar yang dapat tahu awak buat ECV, jadi dia nak cuba. Awak nak cuba lagi tak?" tanya bukan doktor pakar.  "Nak!"

Doktor pakar pun letak gel dan scan.

Doktor pakar : Baby dah engage sikit la.
Bukan doktor pakar : Tu la saya dah cuba disengage tadi, tapi susah.
Aku : Dia tipu! Dia terus je pusing baby tadi.. (jerit dalam hati je la..)

Doktor pakar tolak dari bawah perut sebagai percubaan untuk disengage baby.

Doktor pakar : Bismillah..(dan terus memegang perut aku).
Aku : ….*senyap* (pejam mata sambil kawal pernafasan)
Doktor pakar : Minta maaf ye puan. Saya cuba. (mula pusingkan baby)

Aku : ….*senyap* (pejam mata sambil kawal pernafasan)

Doktor pakar mengarahkan bukan doktor pakar untuk scan baby, sambil tangannya masih di perut aku. Baby mula bergerak sedikit.

Doktor pakar : Kau tolong hold baby ni, tangan aku dah lenguh. 
Aku :  ….*senyap* (pejam mata sambil kawal pernafasan. sambil senyum dalam hati sebab aku boleh rasa baby pusing sikit)

Bukan doktor pakar terus cengkam baby dalam perut. 

Aku : Ughh..(sakit!)

Nampak tak daripada dialog di atas, doktor pakar buat tak sakit langsung! Damn you!!!
Sakit hati kite tau. Doktor pakar buat rasa lembut je kat perut. Lepas tu asyik minta maaf je. Sampai aku naik segan.

Doktor pakar : Baby tak boleh pusingla puan. Minta maaf ya. Saya dah cuba sedaya upaya untuk puan bersalin normal tapi saya minta maaf ye baby tak boleh pusing. Saya bagi puan tarikh cesar ye.
Aku : Ok takpe. Cesar pun saya ok. (senyum)
Doktor pakar : Nanti balik rumah kalau baby kurang gerak atau ada rasa sakit, terus datang balik ke sini ya.
Aku : Ok. 

Malam tu, perut aku sakit. Rasa macam muscle koyak. Perut merah-merah mungkin melecet sikit dan sakit dia macam lebam. Bukan doktor pakar punya kerja. Demm.

Esoknya aku monitor pergerakkan baby macam biasa. Sampai pukul 12.30 tengahari. Lepas tu aku leka buat kerja sampai pukul 4 petang. Baru aku teringat pasal pergerakan baby. Alamak baby tak gerak ke? Aku pun usik-usik perut, goncang-goncang dan cucuk-cucuk perut untuk dapatkan respon baby. Tiada respon. Panik wey! Aku terus ke klinik dekat dengan rumah untuk kepastian sebab nak ke hospital jauh dan aku perlu status baby dengan segera.

Doktor klinik : Lebih baik awak pergi hospital. Equipment kat sini tak canggih sangat.
Aku : Hospital jauh, saya nak tahu status sekarang. Lepas ni baru saya pergi hospital! (first time aku desak doktor macam ni)
Doktor klinik : Ok. (macam terpaksa). Tengok ni, jantung anak awak. Jantung bergerak tapi rate dia berapa saya tak dapat ukur. Lemah ke kuat ke saya tak tahu. Tangan dia tak bergerak. Dan tali pusat ada kat leher ni. Baik awak pergi hospital. Nasihat saya jangan tunggu esok.
Aku : Ok. (agak lega sebab jantung baby bergerak). Lega sikit at least saya tak panik dalam perjalanan ke hospital.
Doktor klinik : Saya tak boleh nak cakap lega. Baik awak pergi hospital sekarang.
Aku :  Ok terima kasih ya.

Sampai di hospital, tengah aku tunggu giliran untuk cek jantung baby. Dia bergerak.
Lepas cek jantung, doktor scan.

Bukan doktor pakar : Macam pernah jumpa la awak ni.
Aku : Ye, semalam saya buat  ECV.
Bukan doktor pakar : Oh, a'ahlaaaa..baby tak gerak ke?
Aku : A'ah. Last gerak pukul 12.30 tengahri tadi. Tapi masa tunggu tadi dia gerak.
Bukan doktor pakar :  So hari ni total dah berapa pergerakan?
Aku : 7.

Bukan doktor pakar pun mula godak perut aku. Haadoi…dah la masih sakit hal semalam..Dia scan perut dan tengok jantung baby ok. Tapi disebabkan tak cukup 10 pergerakan, aku ditahan bermalam di situ untuk observation. 

Sepanjang cek jantung baby, baby sangat aktif. Geram kan. Hai la anakkkkk….janganla buat aku risau! Depan doktor boleh pulak dia aktif kan! Gurau kasar nama dia ni. Dia punya gurau menyebabkan aku kena tahan kat hospital. Ish!


Itulah sedikit sebanyak pengalaman aku buat ECV.

Terima kasih yang baca sampai habis entry panjang ini.

Ok, nak kemas beg. 

Esok dah masuk wad. Nak jadi mummy! Weeeee….






Tuesday, December 3, 2013

Nasi lemak daun pisang!


Hari ni genaplah 31 minggu usia kandungan.
Syukur ya Allah
Last check up doctor kata baby songsang.
Biasala baby aktif, pagi check kepala kat tengah a.k.a melintang.
Petang check, kepala dah kat atas.

Macam-macam petua orang bagi untuk suruh baby pusing.
Ada yang suruh pujuk baby. Maksudnya cakap-cakap dengan baby suruh turun.
Ada yang kata suluh torchlight kat bawah pusat. Nanti baby akan bergerak ke arah lampu.
Ada yang kata pergi berurut, betulkan kedudukan baby.
Ada yang kata baring dan lunjurkan kaki ke atas.
Mak aku pulak kata, masa mengandung jangan kopek buah atas ke bawah. Maksudnya dari tangkai ke bawah, takut nanti baby songsang. Ok, selama 7 bulan aku mengandung dengan selambanya kopek nenas la mangga la dari atas ke bawah. La ni baru dia teringat nak pesan! Cait!

Disebabkan aku memang nak sangat beranak secara normal, aku buat semua di atas!

Baru 2 hari lepas pergi berurut. Takut jugakla masa dia godak-godak perut aku. Rasanya baby dah pusing kot, sebab macam keras pulak kat bawah pusat ni. Aku assume tu kepala baby. Takpe, esok ada check up lagi, kita tunggu dan lihat!

Oh lepas tu tukang urut tu bagi air selusuh. 
Aku tak boleh minum langsung sebab dia wangi! 
Taktaula dia campur minyak apa dalam tu, tapi bayangkan kau kena minum air yang dititis minyak aromatherapy. Haa macam tu lah. Yekk.

Siapa yang tak tahu air selusuh, dia sejenis air yang dibacakan surah al-fatihah, surah al-hasyr dan surah apetah lagi satu, pastu selawat dan doa selusuh. Ada yang campur minyak dan akar fatimah dalam air ni. Tujuannya nak bagi senang bersalin pastu kurangkan sakit bersalin.

So, aku cari alternatif lain, sekarang ni tengah cari air zam-zam. 
Siapa yang ada info mana nak cari air zam-zam sila kongsi :)

Satu perangai masa mengandung ni ialah, aku pantang kopi. Pantang jumpa! 
Kalau boleh hari-hari nak minum kopi. 
Kalau keluar, pantang jumpa Coffee Bean ke San Francisco ke wajib singgah.
Sebelum mengandung biasa ambil single shot espresso je. 
Time mengandung ni, mintak double shot okeh!
Macam tak puas-puas je minum kopi!
Hai la anak, kau bajet intelektual ke minum espresso banyak-banyak?

Berkenaan perkara tajuk.
Sebenarnya mengidam sarapan nasi lemak daun pisang.
Sarapan tau.
Tapi kat Shah Alam ni macam susah je nak cari yang sedap.
Balik-balik Pak Ayob. Tak sedap mana pun, famous je lebih.
Suggest la kat kite, nasi lemak singgit pun ok!

Ok tu jelah update kali ini.

Chao!



p/s: Bagi aku, nasi lemak paling ngam dipadankan dengan kopi 'o'. Bagi aku la :)


Monday, September 30, 2013

Wanita dan kain.


Hai.
Pertama-tama, nak ucap terima kasih kepada pelanggan yang memberi 
sambutan terhangat terhadap kain-kainku sayang sempena Aidilfitri yang lalu :)

Alhamdulillah ramai bagi feedback kain I cantik dan berkualiti. 
Ada juga dua tiga orang yang sampai pening tak tau nak buat design macam mana.  Alasannya kain cantik sangat jadi takut nak hantar kat tailor. Ye la kalau tailor buat tak cantik, alahai sayangnya kan…

Cadangan saya, boleh dapatkan ilham di majalah-majalah. 
Kalau ada duit lebih, invest untuk hantar ke tailor yang professional.

Wanita dan kain tak dapat dipisahkan :)
Bukan musim perayaan pun kena beli kain. Lagi-lagi yang bekerjaya.
Walaupun cuma duduk ofis, apatah lagi yang sering menghadiri majlis-majlis korporat.
Hmm tak payah korporatlah, kenduri kahwin kawan-kawan je pun dah penuh kalendar!
Dalam setahun sekurang-kurangnya kena tempah 10 pasang :)

Jadi, I dah kemaskini kain. Ini je yang tinggal.
InsyaAllah akan restock sebelum Ramadhan 2014 menjelang.




Ratu.
Kain lace yang stretchable. Boleh buat baju yang fitting ikut badan. Lace biasa tak boleh melekap kat badan sangat kan sebab nanti koyak bila bergerak. Tapi yang hakak jual ni boleh buat fit dan melekap kat badan. Kain dia lembut, dan jatuh cantik kat badan sebab dia ada weight yang sesuai.
Ukuran 5 meter lace, 5 meter high quality lining. Untuk memudahkan anda design baju. 5 meter boleh buat dress, kebaya moden butang bungkus..dan lain-lain. Material high class!
Tinggal warna putih je ni ;)



RM350



Ratu in white.
Code: RT01




Citra Karisma.
Simply because kain ni buat pemakainya nampak vogue dan berkarisma gituh.
Kain chiffon bermotif timbul. Coraknya diperbuat dari baldu. 
Very limited, very exclusive sensorang kau.
Ukuran 4 meter. Tinggal warna maroon je ni ;)


RM270


Citra Karisma in maroon.
Code: CK03



Sartika Anggun.
Kain Chiffon bermotif timbul. Corak daripada baldu.
Ukuran 3 meter.


RM230


Sartika Anggun in dark blue.
Code: SA01
ONLY TWO UNITS LEFT



Puteri Kayangan.
Lace bermotif timbul. Corak daripada baldu. A strip of velvet di kaki kain.
Ukuran 3 meter.


RM230


Puteri Kayangan in dark purple.
Code: PK01
ONLY ONE UNIT LEFT




Puteri Kayangan in dark green.
Code: PK02
ONLY ONE UNIT LEFT



Dewi Kartika.
Kain chiffon berkualiti tinggi yang yang elegant ini bermotif timbul. 
Corak daripada baldu. With glitter highlights.
Bunga besar pada kaki kain. Material sangat lembut.
Ukuran 3 meter.
Very limited, very exclusive. 
Nanti boleh cakap kat orang, kau hado?! haa..gituh.



RM250


Dewi Kartika in ash brown.
Code: DK01
ONLY ONE UNIT LEFT





Dewi Kartika in mint green.
Code: DK02
TWO UNITS LEFT




Dewi Kartika in maroon.
Code: DK03
ONLY TWO UNITS LEFT




Dewi Kartika in dark green.
Code: DK04
ONLY TWO UNITS LEFT






Semua design very limited. Ratu dan Citra Karisma memang jual sepasang sahaja.
 So, first to confirm and pay, first serve basis.
Lining not included except for Ratu. Postage fee is FREE! Yeay!